Thursday, February 23, 2023

Penemuan Paling Hebat di Akhir Zaman

 *🄿🄴🅁🄸🄽🄶🄰🅃🄰🄽*


*INI ADALAH PERKARA BENAR*


Hati-hati Ingatkan keluarga jangan terlalu terleka dengan kecanggihan pada zaman sekarang !!!


*Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar Biasa pada ABAD ini..???*


   ELETRIK...?

   KAPAL TERBANG...? 

   KERETA...?

   TELEVISYEN...?

   KOMPUTER..?


*SALAH. TERNYATA SEMUANYA TIDAK !!*


Penemuan yang paling hebat di abad ini adalah *"SMARTPHONE"*     


Kenapa..????


*Ini sebabnya...* 


*SMARTPHONE* melenyapkan Telefon rumah.

*SMARTPHONE* melenyapkan Public phone.

*SMARTPHONE* melenyapkan Cyber cafe.

*SMARTPHONE* melenyapkan Televisyen.

*SMARTPHONE* melenyapkan Radio.

*SMARTPHONE* melenyapkan Tape Recorder.

*SMARTPHONE* melenyapkan Kamera.

*SMARTPHONE* melenyapkan Game.

*SMARTPHONE* melenyapkan Surat khabar.

*SMARTPHONE* melenyapkan Kalendar.

*SMARTPHONE* melenyapkan Mesin ATM.

*SMARTPHONE* melenyapkan Duit kertas.


...nanti akan datang, *SMARTPHONE* akan melenyapkan apa lagi..???


*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *MATA* kalian.

*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *TULANG LEHER* kalian.

*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *KESIHATAN* kalian.

*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *PERKAHWINAN* kalian.

*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *KASIH SAYANG KELUARGA* kalian.

*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *WAKTU BERHARGA* kalian.

*SMARTPHONE* boleh melenyapkan masa depan *ANAK ANAK* kalian.

*SMARTPHONE* boleh memutuskan tali *SILATURRAHIM*

*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *ADAB dan ETIKA* terhadap orang tua dan sanak saudara.


*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *anak kita* tidak peduli dan merasa bodoh akan tanggungjawab terhadap orang tua mereka.


_*BAHKAN*_.......


*SMARTPHONE* boleh melenyapkan *IMAN* kalian!


*A W A S....!!!*


Mari kita ingatkan diri kita, anak-anak kita dan keluarga kita agar boleh bersikap BIJAK dalam penggunaan *SMARTPHONE* memberi manfaat dan agar *SMARTPHONE* tidak melalaikan diri kita!!


*Silakan di share bila bermanfaat bagi anda dan orang lain...*


Silakan forward mesej ini... Semoga bermanfaat.


*MENYINDIR DIRI SENDIRI*


Tidak orang tua

Tidak orang muda

Tidak para lelaki

Tidak juga para wanita

Kalau dah letak SMARTPHONE di suatu tempat.. ditinggal sekejap lepastu mesti tengok balik, ditutup sekejap lepastu mesti dibuka balik..... 


Semua orang sayang sangat dengan yang namanya SMARTPHONE,

Pergi kemana-mana mesti bawa SMARTPHONE.

Berjumpa dengan kawan-kawan bawa bag tangan yang dalamnya ada SMARTPHONE.

Sehari SMARTPHONE boleh keluar masuk dari bag tangan atau poket baju/seluar lebih dari lima puluh kali.


Bangun dari tidur, tengok smartphone.

Selepas mandi, tengok smartphone.

Selepas sapu sampah, tengok smartphone.

Selepas masak, tengok smartphone.

Selepas kemas-kemas rumah, tengok smartphone.

Sebelum makan, tengok smartphone

Tengah makan, tengok smartphone.

Habis makan pun tengok smartphone..

Habis kedatangan tetamu, tengok smartphone.

Tengah malam terjaga tengok smartphone.


Jadi.. asal habis dari buat apa saja perkara pertama yang dilihat adalah SMARTPHONE...


Kerana setianya kita bersama SMARTPHONE, topup yang tinggal sikit cepat-cepat kita belikan,


Bila bateri smartphone dah tinggal sikit cepat-cepat nak cari plug charger.


Bila phone signal lemah, cepat-cepat cari tempat yang dapat signal.


Bila dipanggil oleh suami/isteri pura-pura tak dengar..

Bila SMARTPHONE bunyi terus lari mencari dekat mana smartphone yang diletaknya kita tadi..


Jadi kalau dah habis selesai dari buat apa-apa benda perkara pertama yang dicari adalah SMARTPHONE...


Semoga kita tidak terjangkit penyakit seperti ini..


Yang merasa seperti itu jangan senyum sorang-sorang...

Nanti suami/isteri kita tak faham dengan sikap kita..


*DOA UNTUK SMARTPHONE*


YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa saya yang mempunyai SMARTPHONE ini YA ALLAH


Kerana saya:

             

1. Lebih banyak MENGISI TOPUP daripada BERSEDEKAH...

 

2. Lebih banyak baca SMS/WHATSAPP/FB/IG dari pada baca KITAB SUCI Al-Qur'an...


3. Lebih kerap update status daripada update amal soleh kepadamu YA ALLAH...


4. Lebih selalu buka BLUETOOTH daripada BERLUTUT SUJUD kepadamu YA ALLAH... 


5. Selalu telefon tapi jarang SILATURRAHIM.... 


6. Isi topup RM 10 tak puas, tapi isi TABUNG MASJID RM 10 je dah rasa macam terlalu banyak.....


7. Kalau dengar SMARTPHONE bunyi terus cepat-cepat angkat sambil tersengih-sengih, tapi lepas dengar panggilan AZAN dikumandangkan malah boleh berelaks-relaks layan media sosial..


YA ALLAH, semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya yang ada SMARTPHONE ini...


Dan semoga SMARTPHONE yang saya punya ini lebih bermanfaat untuk buat IBADAH kepada-Mu YA ALLAH...


Dan semoga kawan-kawan saya yang seperti saya juga ALLAH AMPUNI dosa-dosanya, YA ALLAH... 


Aamiin... YA RABBAL 'ALAMIIN...


Edisi bukan menyindir, tapi mengingatkan untuk diriku sendiri, 


Terima kasih dan mohon maaf bila ada yang tersinggung.. saya pun tersinggung juga, hanya untuk renungan kita semua..


Semoga bermanfaat.

Boleh di SHARE dan FORWARD kepada yang lain...👍🏼👍🏼👍🏼

Saturday, February 18, 2023

Doa Rasulullah untuk cucunya

 18/02/2023 (Sabtu)

Doa Rasulullah untuk cucunya

------------------

Sahih al-Bukhori:3120


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ وَيَقُولُ: 


إِنَّ أَبَاكُمَا كَانَ يُعَوِّذُ بِهَا إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ.


Dari Ibn Abbas RA, dia berkata: Nabi S.A.W  biasa memohonkan perlindungan untuk al-Hasan dan al-Husein (dua cucu beliau) dan berkata:


Sesungguhnya bapak kalian (Ibrahim AS) memohonkan perlindungan untuk Ismail dan Ishaq, aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap setan dan segala haiwan berbisa, serta dari setiap 'Ain yang dapat mencelakai.


Pesan :

Doa ini merupakan doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim untuk kedua putranya, Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Kemudian Rasulullah S.A.W. membacakan doa ini untuk kedua cucu beliau, al-Hasan dan al-Husein. Doa ini merupakan permintaan perlindungan dari Allah untuk kedua anak tersebut, dari kejahatan setan, haiwan berbisa dan dari 'Ain yang bisa mencelakai seseorang. Hendaklah para orangtua membacakan doa ini untuk anak-anak mereka.


*ABIM*

Tuesday, August 9, 2022

Kata2 Hamka

 Hamka berkata ...


Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.


Kamu belajar tentang Sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 


Kamu tengok pula Sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 


Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 


Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 


Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 


Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 


Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 


Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 


Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 


Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurga-Nya.


Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.


Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.


Moga bermanfaat


Sumber: Almarhum Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Mantan Ketua Majlis Ulama Indonesia / Ahli Falsafah Tersohor

Tuesday, July 19, 2022

Kontrak Sosial Kerakyatan Malaysia

 PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR


MAKLUMAT PENTING.


KPD RAKYAT DAN KHAS NYA ANAK2 MUDA MALAYSIA YG KURANG TAHU TENTANG SEJARAH NEGARA DI HARAP BACA PERJANJIAN SOSIAL INI.


PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR


Oleh Peguam Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz


*1. Proses Malaya menuntut kemerdekaan daripada British dipermudahkan dengan dasar British Decolonisation Programme (BDP) selepas tahun 1945.*


2. BDP adalah dasar Kerajaan Britain untuk meninggalkan negara yang telah dijajah akibat kos pengurusan negara yang meningkat tinggi akibat perang dunia dan hasil bumi yang dirompak dari negara-negara yang dijajah tidak lagi menguntungkan British.


3. Ketika ingin melepaskan Malaya, terdapat lebih 2 juta BURUH paksa dari negara CHINA dan INDIA yang telah dibawa masuk oleh British ke Malaya untuk industri bijih timah dan getah British.


*4. Tunku Abdul Rahman mahu Malaya Merdeka dan pendatang semua dihantar balik ke NEGARA ASAL.*


5. Namun British enggan menanggung kos penghantaran balik pendatang dan Tunku DIPAKSA untuk menerima mereka semua sebagai warganegara.


*6. Tunku TIADA PILIHANAN melainkan menawarkan skim KONTRAK SOSIAL kepada kaum PENDATANG.*


7. Sebagai balasan kepada KEMURAHAN HATI ORANG MELAYU memberikan taraf warganegara kepada kaum-kaum PENDATANG, kaum pendatang telah BERSETUJU untuk mengiktiraf ISLAM sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara, HAK ISTEMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


*8. Mengikut undang-undang kontrak, apabila mana-mana pihak memungkiri sesuatu kontrak maka pihak-pihak boleh dikembalikan kepada STATUS QUO ASAL masing-masing.*


9. Bermaksud jika satu pihak telah mula TIDAK menerima kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, HAK ISTIMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu, maka pihak yang satu lagi juga berhak MENARIK BALIK pemberian kewarganegaraan kepada kaum PENDATANG.


*10. Jadi berhati-hatilah dalam mengurus keturunan kamu. Jangan biar mereka BUTA SEJARAH.*


Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)


Baca berita selanjutnya di;

https://www.editormalaysia.com/5611/


SOALAN - Adakah boleh DITARIK BALIK HAK KERAKYATAN BUKAN MELAYU yang telah diberikan dengan MEMPERTIKAI KEDUDUKAN MELAYU ?


Info ini dikongsi oleh sahabat pejuang saya. Mengikut perkara di atas,sukacita ingin di ingatkan, YA, hak kerakyatan bukan Melayu boleh ditarik balik jika terdapatnya pertikaian yang serius terhadap perlembagaan tentang kedudukan hak orang Melayu. Malah terdapatnya contoh yang sudah pun berlaku.


Menurut Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan.


CONTOH yang telah dilucutkan hak kerakyatan adalah Lim Lian Geok (Presiden Jiao Zong) pada 12 Ogos 1961 dan C.C. Yong pada 30 Oktober 1968. Kes ini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang cuba mencabar kedudukan hak orang Melayu dalam perlembagaan Tanah Melayu.


Oleh itu,janganlah kita mempertikaikan perlembagaan yang telah termaktub dan dipersetujui seluruh rakyat Tanah Melayu dari dahulu lagi. Kita semua mahu hidup dalam keadaan aman dan sejahtera bersama keluarga dan sahabat handai tidak kira Melayu,Cina mahupun india. Mari kita hormat menghormati sesama kita berlandaskan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama dari zaman tok moyang kita dahulu lagi. Boleh disebarkan untuk tujuan pembelajaran rakyat Malaysia. Sekian.


Terima kasih.


COPY & SHARE JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN RAJA2 MELAYU, AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU & NEGARA MALAYSIA YANG KITA CINTAI SERTA TIDAK MAHU ANAK CUCU NANTI JADI PENGEMIS DI TANAH SENDIRI.. 


VIRALKAN...SEGERA

Thursday, July 7, 2022

Kisah Rusa Betina Sedang Hamil

 Seekor rusa betina

sedang Hamil

Ketika hampir detik-detik kelahirannya,

rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh

di pinggir hutan yang berdekatan

dengan sungai.


Tiba-tiba.....

sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !


Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.


Ketika rusa ini menoleh ke kiri,

tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.


Saat menoleh ke kanan,

ia pun terkejut melihat seekor singa lapar

yang siap menerkamnya.


Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :


1. Mati dimangsa singa.

2. Mati terkena panah.

3. Mati terbakar.

4. Atau mati tenggelam karena melompat

ke sungai.


Yang jelas ...

Bahaya mengancam dari berbagai penjuru

dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.


Lalu apa yang harus ia lakukan?

Bersedih dan merintih?


Menangis dan menjerit?

Atau ia harus berlari

sementara kondisinya begitu lemah?

Atau menyerah pada keadaan?


Rusa pun pasrah.

Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.


Lalu apa yang terjadi?


Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu.

Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar.

Singa malang itu mati seketika.


Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.


Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.


Rusa pun melahirkan dengan selamat !


Sahabatku....


Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.


Masalah di tempat bekerja,

masalah di dalam keluarga,

masalah di kampus,

masalah dengan pasangan hidup semuanya datang bersamaan.


Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..


Lalu apa yang harus dilakukan?

Jadilah seperti Rusa.

Biarkan semuanya berjalan apa adanya dan tetaplah fokus dan optimis.


Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !

Selebihnya serahkan kepada TUHAN


Karena Tuhan lah yang mengatur jalan kehidupanmu.


🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏


Foto ilustrasi

Monday, July 4, 2022

Kes Tuntutan nafkah ibubapa kepada anak

 🌈😷


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di *Kampung Jiboi Baru, Ampangan.*


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. 


“Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

“Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.

Perintah ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.


Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.


Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan , memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.


Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


*Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah :*


1. Pentingnya ibu bapa *mendidik anak-anak dengan Islam* sehingga lahir kasih sayang kerana Allah dan perasaan tanggungjawab di antara mereka.


2. Penting ibu bapa *memadankan anak-anak mereka dengan pasangan-pasangan yang beragama* yang turut menghormati mertua disamping menghormati ibu bapa mereka sendiri.


3. Setiap dosa di dalam Islam boleh dianggap jenayah oleh Mahkamah Syariah. *Ini termasuk menghalau ibu bapa keluar dari tempat kediaman mereka tanpa pembelaan.*


4. Dokumen dan penama pemilikan rumah, tanah atau apa sahaja hartanah adalah suatu yang penting disimpan. *Jangan mudah menukar nama pemilikan tanpa sebarang jaminan ketaqwaan dan hitam putih.*


5. Sebarang permasalahan keluarga yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri *boleh dirujuk ke Mahkamah Syariah.*


6. Penting seseorang *mengatur kehidupan mereka termasuk mengatur budget perbelanjaan bulanan.* Jika gagal mengaturnya dengan baik, gaji ribuan ringgit sebulan pun tidak akan mencukupi bukan sahaja untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa yang telah tua, tetapi juga untuk diri dan keluarga sendiri.


7. Kejayaan dalam pelajaran adalah satu perkara. *Namun kejayaan dalam berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat adalah suatu perkara yang lain pula.*


8. Mendapat gaji adalah suatu perkara. *Namun mendapat wang yang berkat adalah suatu perkara yang lain.* Rezeki yang diberkati Allah melahirkan taqwa kepada insan, puas (qanaah) dengan apa yang ada disamping memberi dorongan kepada seseorang untuk terus menambah usaha demi berbakti kepada umat dan Agama.


9. *Pasangan yang baik di dalam perkahwinan ialah pasangan yang sering mengingatkan kita akan tanggungjawab kita terhadap keluarga* dan selebihnya sanak saudara.


Sebaik-baik perhiasan di dunia ialah Isteri yang Solehah. Sebaik-baik peninggalan di dunia ialah Anak Yang Soleh. Lihatlah, kesemuanya ialah harta insan atau manusia, bukan banglo yang tersergam, kereta mewah yang meluncur dan wang ringgit yang melimpah ruah.


Allah swt Maha Penerima Taubah (At-Tawwab). Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat, tidak kembali kepada perbuatan salahnya, membaiki dan mempertingkatkan dirinya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.


Semoga kita dan anak-anak kita dapat manfaat dari kisah tauladan ni.

😷😔😕

Friday, June 24, 2022

Ciri2 kepimpinan UFMNoor

 Ciri-ciri kepimpinan berpengaruh:


✅ Banyak membaca.

✅ Tegas dan lembut pada tempatnya.

✅ Pendengar yang baik.

✅ Moden, sofistikated dan relevan.

✅ Bagus dan kemas penampilan. Wangi.

✅ Pengucap yang bagus sebutannya. Almarhum apabila mengucapkan sesuatu fonetiks jelas dan sedap didengar. Menjadi ikutan oleh anak muridnya seperti DSAI dan lain-lain.

✅ Berfikiran terbuka dan tidak jumud.

✅ Mampu mencuba benda baharu.

✅ Pendorong kepada orang lain untuk ke hadapan.

✅ Inspirasi kepada orang di bawah.

✅ Menjadi rujukan oleh orang di atas.

✅ Melekat di hati sahabat, dan lawan.

✅ Dihormati kawan dan lawan.

✅ Mengasihi dengan ilmu dan membenci dengan ilmu.

✅ Seimbang kehidupan, namun melebihkan akhirat.

✅ Tidak melatah di dalam membuat keputusan.

✅ Berani mempunyai pandangan berbeza dengan penilaian ilmu dan pengalaman.

✅ Berbaik dengan lawan politik namun tidak menggadaikan prinsip.

✅ Mencintai isteri, anak cucu, keluarga dan seluruhnya.

✅ Mendahuhulukan orang lain.

✅ Bijak membuat penilaian tanpa tergesa-gesa.

✅ Mampu mempengaruhi orang lain dengan ilmu dan hujah tuntas.

✅ Pemikiran jauh dan di luar kotak.

✅ Pasti ada salah dan silap, namun diperbetulkan segera.

✅ Mempunyai pengikut namun tidak membenarkan ampuan.

✅ Kuasa dan pangkat di bawah dagu (tidak dinampakkan di depan mata).

✅ Hormat pandangan sahabat perjuangan dan orang lain.

✅ Kasih akan semua.

✅ Mengasihi sahabat baik sejak muda dan tidak membawa ke kancah konflik.


Lagi, dan lagi…


Apabila sudah tiada di dunia, dirasakan hidup dan disebut-sebut jasa dan pemikiran.


Tip pengucapan beliau, adalah apabila memulakan ucapan, sentiasa membaca doa, 

رب اشرح لي صدري ويسرلي امري واحلل عقدة من لساني يفقه قولي.


Semoga ramai lagi pemimpin dilahirkan yang boleh membawa perubahan dan kebaikan di dunia dan akhirat.


23 Jun 2022.

Almarhum Fadzil Mohd Noor.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون 


_*"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihig wa'fuanhu"*_ 


Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 


Al Fatihah .... 


بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ام