Sunday, August 7, 2011

TAFFAKUH DAN INZAR

Taffakuh fi deen dan Inzar adalah amat penting dalam Islam. Oleh kerana tiada taffakuh iaitu tidak ambil ajaran Islam yang sebenar, maka kepimpinan pemerintahan Islam telah berpindah dari bangsa Arab kepada hamba iaitu Imam Malek, berpindah kepada bangsa Kurdish iaitu Salahuddin al Ayubi, berpindah kepada bangsa Tartar dan berpindah kepada bangsa Turki iaitu pemerintahan Uthmaniah.


Disebabkan tiada taffakuh dalam ibadat Haji, ada yang melontar dengan batu besar atau selipar. Begitu juga tiada taffakuh dalam jihad, maka ada yang membunuh orang tua, kanak-kanak dan perempuan dalam peperangan.


Dengan adanya taffakuh, maka telah wujud persefahaman antara imam yang besar; Imam Shafie, Imam Malik dan Imam Ahmad Ibnu Hambal. Begitu juga dengan adanya taffakuh, Ulama Islam telah mengembangkan Islam di Asia Tenggara sehingga mencapai 300 juta umat. Wlaupun, orang Hindu dan Budha tidak termasuk di kalangan ahli Kitab tetapi ulama Asia Tenggara tidak membunuh mereka tetapi mendakwahkan kepada mereka.


Inzar perlu dilakukan din kalangan ulama agar Islam sentiasa ditegakkan di bumi Allah ini.


Petikan daripada Ucap Utama TG DS Hj Abdul Hadi Awang di Konvokesyen KIDU ke 10 pada 30 Julai, 2011.