Wednesday, January 29, 2014

AMALAN FATIHAH 41 UNTUK HAJAT

1. Sederkah al Fatihah sekali kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Sederkah al Fatihah sekali kepada kedua-dua bapa sendiri.
3. Sederkah al Fatihah sekali kepada Tuan Guru Haji Wahid.
4. Sederkah al Fatihah sekali kepada Saudara Rosli Hassan.
5. Sederkah al Fatihah sekali kepada Ustaz Zainal Abidin Bin Haji Othman.
6. Sederdah al Fatihah sekali kepada seluruh muslimin dan muslimat.
7. Baca al Fatihah 41 kali.
8. Habi Rabi Jalalullah Ma Fi Qalbi Ghairullah Nur Muhammad SAW. La ilah ha illah Muhammadir Rasulullah.
9. Dengan berkat fatihah 41 kali, dengan rahmatmu ya Allah, dengan syufaat Nabi Muhammad SAW, ku mohon hajatku ....................................

Wa Allahu Aklam.

Monday, January 27, 2014

KISAH GURU MULIA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ

KISAH GURU MULIA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ

Suatu ketika dahulu. Ada seorang syiah berjumpa Habib Umar. Dia bertanya kepada Habib Umar " mengapakah kamu membenarkan anak muridmu menundukkan bdn mencium tanganmu. Kamu telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Sepatutnya kita kena sembah Allah bukan mahkluk. Ini kamu mengajar anak muridmu perkara syirik." Habib Umar mendengar dan membalas dengan senyuman kepada lelaki itu. Selepas itu habib Umar mengambil pen yang berada di poket lelaki trsebut dan jatuhkan ke lantai. Lelaki itu pun terus mahu tunduk mengambil pen trsebut. Tetapi Habib Umar menahan. Habib Umar berkata "kamu mahu buat... apa ,jangan2 tunduk2 kebawah" Kata lelaki itu " tidak aku mahu mengambil pen aku". Kata habib Umar " tidak boleh tunduk kebawah menyembah pen kita kena sembah Allah " Kata lelaki itu " tidak , aku bukan sembah pen .aku qosod (niat) nak ambil pen bukan menyembah". Habib Umar tersenyum. Dan lantas berkta "begitu jugalah pelajar2 aku. Mereka salam menundukkan bdan bukan kerana menyembah aku tetapi mereka mahu menghormati aku sebagai guru mereka meskipun aku tidak meminta begitu" SubhanAllah.. jawapan yang superb.. tidak perlu dengan berdebat bertelagah.. Berhikmah itu ialah jawapan seorang alim...WALLAHUA'LAM

Friday, January 24, 2014

KISAH SEORANG HAKIM DI INDONESIA

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus l...adang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
See More

Wednesday, January 22, 2014

PAKEJ PERNIKAHAN HARI BEKERJA DI SONGKHLA, THAILAND

Pakej Pernikahan Hari Bekerja (Isnin/ Selasa/ Rabu dan Khamis) [RM1,500]:
-       Pengangkutan disediakan dari Alor Setar Airport/  Bukit Kayu Hitam atau Hatyai Airport ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.
-       Pengangkutan semasa berada di Thailand yang berkaitan dengan urusan nikah kahwin dan konsulat selama 2 hari.
-       Pengangkutan dari Majlis Agama Islam ke pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dan ke tempat penginapan.
-       Makan tengah hari di salah sebuah restoran Halal Muslim berhampiran Majlis Agama Islam Songkhla /Songkhla Beach.
-       Penginapan satu malam di hotel yang terpilih.
-       Bayaran kepada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
-       Bayaran kepada kadi dan saksi.
-       Bayaran kepada pejabat konsulat malaysia di Songkhla.
-       Bayaran fotostat dokumen.
-       Nota panduan mendaftar pernikahan semula di Malaysia.
-       Gambar dan video clip majlis akad nikah.
(2) Pakej Perkahwinan Hujung Minggu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)[RM1,500]:
-       Memandangkan ramai pasangan yang ingin bernikah di Songkhla, Thailand susah untuk mendapatkan cuti dari majikan dan sebab-sebab yang lain, pihak kami ingin menawarkan kepada mereka pakej pernikahan pada hari Sabtu dan Ahad.
Maklumat pakej:
-       Khusus untuk pasangan warganegara malaysia sahaja.
-       Urusan pada hari yang sama. Datang bernikah dan kembali ke malaysia pada hari yang sama.
-       Tempat bernikah/berkahwin: Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
-       Selesai nikah anda akan diberi sijil nikah (original) dan surat pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
-       Surat pengesahan dari konsulat Malaysia di Songkhla akan diberi selepas 3 hari bekerja.
Kelebihan:
-       Pasangan tidak perlu bermalam di Thailand.
-       Pasangan boleh singgah membeli belah di hatyai plaza/ green market dan lain-lain.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE THAILAND

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Kad pengenalan
  • Pasport atau Pas Sempadan
  • Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
Bawa bersama kamera untuk merakam akad nikah. Ini diperlukan sebagai evidence (bukti) di Mahkamah.

PAKEJ NIKAH SIAM

Jumaat, 3 Januari 2014

Pakej Pernikahan Di Thailand

PAKEJ NIKAH SIAM SERENDAH RM1,500 SAHAJA..!!!


Pakej yang ditawarkan termasuk:


1) Pengangkutan pergi dan balik.
2) Penginapan dua hari satu malam.
3) Makan tengah hari untuk pasangan.
4) Bayaran kepada Majlis Agama Islam Songkhla.
5) Bayaran kepada Imam jurunikah (Qadhi).
6) Bayaran kepada 2 orang saksi (Naib Qadhi).
7) Bayaran kepada Konsulat Jeneral Malaysia.
8) Bayaran fotostat semua dokumen
9) Gambar dan video
10) Khidmat nasihat pendaftaran nikah luar negara.

Segala proses pernikahan yang dijalankan adalah mengikut prosedur yang  telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia


Proses Nikah di Thailand


Pihak kami akan membawa pasangan ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau Majlis Agama Islam Phatthalung (MAIP). Perkahwinan akan berlangsung di MAIS/ MAIP sejurus selepas tiba di sana. Dalam tempoh 30 minit selepas perkahwinan, MAIS/ MAIP akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.

Selepas itu, kami akan membawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Bandar Songkhla untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk jamuan makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Selepas makan, pasangan akan terus pergi ke hotel yang terletak berhampiran pantai di Bandar Songkhla.

Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan dan terus ke Pejabat Konsulat untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai segala urusan di Konsulat, kami akan membawa pasangan untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik ke Malaysia melalui imigresen Bukit Kayu Hitam.


Dokumen yang Perlu Dibawa ke Thailand


Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) Kad pengenalan
2) Pasport atau Pas Sempadan
3) Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
4) Bawa juga videocam (kamera atau telefon berkamera) untuk merakamkan akad nikah


Keperluan Visa untuk memasuki Thailand


Rakyat ASEAN dan negara-negara tertentu tidak memerlukan visa untuk memasuki Thailand. Ada baiknya membuat semakan di kedutaan Thai di Malaysia tentang keperluan visa bagi pasangan yang bukan berasal dari negara ASEAN.

Penduduk negara-negara berikut mungkin perlu kembali ke negara mereka untuk membuat visa sebelum ke Thailand; Afghanistan, Algeria, China, Egypt, India, Iran, Iraq, Lebanon, Libya, Pakistan, Palestine, Sri Lanka, Sudan, Syria dan Yemen.


Pemilihan Tarikh Pernikahan/ Perkahwinan


Pilih tarikh mana-mana dua hari bekerja untuk nikah di Thailand supaya pasangan boleh balik dengan dokumen yang lengkap iaitu; surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam serta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Sekiranya pasangan menghadapi kesukaran untuk pergi pada hari bekerja, pasangan boleh pergi pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) atau cuti umum untuk urusan nikah terlebih dahulu, manakala urusan surat pengesahan Konsulat Malaysia boleh dibuat kemudian. Pihak kami akan menguruskan surat pengesahan tersebut dalam tempoh tiga hari bekerja.


Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1) Pernikahan itu mengikut rukun nikah
2) Pernikahan itu melebihi dua marhalah
3) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Sila rujuk:  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0


Keputusan Persidangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Mesyuarat memutuskan bagi perkahwinan yang tidak mendapat kebenaran bernikah dari JAIN,  semua pihak sama ada di Malaysia mahupun di Selatan Thailand hendaklah memastikan perkahwinan yang dijalankan mengikut hukum syara’ dalam masa sama hendaklah mempunyai dokumen-dokumen utama seperti mempunyai dokumen keluar masuk sempadan Malaysia – Thailand yang sah, perakuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand, serta sijil nikah yang sah dari Majlis Agama Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Thailand.

(Dipetik daripada portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia -http://www.islam.gov.my/bila-dua-kuasa-duduk-bersama)


Pautan Berkaitan Nikah Kahwin Di Thailand


Di sini terdapat pautan-pautan yang berkaitan dengan segala urusan pernikahan di Thailand yang amat bermanfaat dan memberi maklumat terpeinci kepada bakal-bakal pasangan yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nikah kahwin di Selatan Thailand (Songkhla):

http://www.nikah-kahwin-thailand.com/
http://hajitaufiqconsultant.wordpress.com/
http://wanzarma.blogspot.com/
http://www.nikah-kahwin.com/
http://nikah-siam.sukasamasuka.net/
http://nikah-kahwin-thailand.blogspot.com/
http://nikahkahwindithailand.blogspot.com
http://drinamayra.blogspot.com/
http://wm-perkahwinan-pernikahan-thailand.blogspot.com/
http://www.majalah.com/?classified:menguruskan-nikah-kahwin-di-thailand-urusan-mudah:7BNYNJQQ0J

Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pakej yang disediakan. Namun, pihak kami akui bahawa agen-agen di atas boleh dipercayai dan bertanggungjawab.  Bakal pasangan juga haruslah berhati-hati agar tidak tertipu dengan agen-agen nikah di luar sana yang menawarkan pakej yang mungkin lebih murah atau lebih mahal, tetapi status pernikahan tersebut adalah tidak sah.

Khamis, 2 Januari 2014

Perkhidmatan Kami

Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah:

1.PERMOHONAN PERKAHWINAN
- Wali Hakim
- Poligami

2.PENGESAHAN & PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA

3.SABITAN NUSYUZ/PERINTAH TAAT

4.PERCERAIAN
- cerai seksyen 47
- fasakh
- ta’liq
- khulu’ (tebus talak)
- anggapan mati
- faraq pernikahan

5.TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
- Nafkah iddah
- Mutaah
- Harta sepencarian
- Nafkah tertunggak isteri

6.Hak Jagaan (hadhanah) & Nafkah Anak
- Nafkah tertunggak anak

7.Perlaksanaan & Penguatkuasaan Perintah

8.Wasiat, Hibah dan Faraid

9.Kes-kes Jenayah Syariah

10.Kes-kes mal syariah

Rabu, 1 Januari 2014

Latar Belakang Syarikat

Faiz Muhamad (Ustaz Faiz)

Faiz bin Muhamad merupakan bekas pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau telah berkhidmat di Jabatan tersebut lebih dari 5 tahun dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Undang-undang Syariah di Malaysia. Setelah meletakkan jawatan dalam Jakim, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (M.A). Kini, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat perunding yang beroperasi di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Alfaiz Consultancy merupakan sebuah syarikat perunding yang menguruskan hal ehwal rumahtangga. Bermula daripada urusan pernikahan, penceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta pusaka serta khidmat guaman syar'ie.

Bagi mendapatkan khidmat urusan yang berkenaan boleh kunjungi pejabat kami di alamat berikut:

Alfaiz Consultancy
No. 201, Jalan Anggerik 3,
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

No. Telefon: 013-335 2275 (Ustaz Faiz)

NIKAH KAHWIN DI NARATHIWAT, THAILAND


NIKAH KAHWIN DI NARATHIWAT, THAILAND

 

SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA
HARGA PAKEJ NIKAH KAHWIN DI NARATHIWAT THAILAND
RM 1,300.00 SAHAJA.. BERMULA 2 FEB - 8 FEB 2014 
TEMPAHALAH SEKARANG !!!

Sila buat tempahan dengan menghubungi En Azahari di talian 
012-2908459
Harga Pakej hari biasa RM 1,500.00 bermula 2 Feb - 8 Feb 2014 Harga pakej RM 1,300.00 Diskaun RM 200.000.

CARA-CARA KAHWIN DI SINI :-

Buat Tempahan dan tetapkan tarikh nikah.. 
hubungi h/p 012-2908459 Azahari.

sila bawa dokumen yang di perlukan :
1. i/c
2. passport atau border pass
3. sijil cerai / sijil mati suami ( Ibu Tunggal)

Tempatnya akad nikah di Majlis Agama Islam Naratiwat Thailand..
Sijil Nikah Akan di keluarkan selapas akad nikah selesai.. 
Masa urusan keseluruhan kurang dari 4 Jam.

Pakej kawen ini, termasuk bayaran Kadi, Sijil Nikah, Bayaran saksi, Pengangkutan dan makan minum..

Bayaran Pakej nikah boleh di buat setelah masuk ke Thailand di Sungai Golok sebelum ke Narathiwat Untuk Kahwin..

SAH, RINGKAS, & CEPAT SERTA BERKAT...