Tuesday, July 1, 2014

Kenyataan Kassim Ahmad dianggap kufur, murtad

Kenyataan Kassim Ahmad dianggap kufur, murtad
1 Julai 2014                
MOHD-ROZALI-SALLEH                                                    
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
  
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
  
'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' itu berlangsung di Putrajaya.
  
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
  
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media hari ini.
  
Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang.

Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
  
"Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat.
  
"Oleh yang demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya.
  
Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis ini diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit, katanya. - Bernama

Rahsia Tanda-Tanda Penyakit Melalui Jari

Rahsia Tanda-Tanda Penyakit Melalui Jari
Asas 5 Jari
Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung...
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..
Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...
Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan..nanti penyakit lain pulak yang datang. Walallahua'lam.