Monday, October 20, 2014

Jangan buat kesimpulan tatkala tidak tahu

Posted on Tuesday, October 21 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Artikel Oleh  TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Alkisah satu kemarahan

Setelah bertungkus-lumus membantu sahabatnya memenangi satu jawatan penting, Cik Salmah tertunggu-tunggu jemputan untuk meraihkan kejayaan bersama.

Namun, jemputan daripada sahabatnya Cheku tidak sampai-sampai. Cik Salmah yang terkecil hati terus mengambil keputusan memutuskan bantuan yang selalu diberikan pada Cheku.

“Hilang madu sepah dibuang. Ambik ko,” bisik Cik Salmah di hatinya pada setiap hari sahabatnya Cheku tidak call mahupun menghantar sebarang SMS kepadanya.

“Waktu kempen bukan main call tiap-tiap hari. Lepas menang, tak call langsung. Menyampah,” bisik Cik Salmah lagi di hati.

Bisikan-bisikan Cik Salmah itu sedikit demi sedikit dan air liur mengumpat yang ditelannya menyebabkan timbulnya perasaan benci pada Cheku.

Akhirnya, Cik Salmah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan Cheku. Yang paling dimarahi Cik Salmah ialah pada tanggapan Cheku langsung tidak perasan kehilangannya.

Setelah berminggu lamanya, Cik Salmah menerima satu sms daripada Cheku – memohon maaf dan bertanya khabar dan meminta untuk berjumpa.

Cik Salmah ingin memberikan peluang pada Cheku lalu menerima jemputan tersebut.

“Saya baru balik daripada Sabah. Bapa kena kanser tahap tiga, berdarah tak henti. Maaf tak sempat maklum. Kelam kabut saya. Jawatan baru ini pula banyak hal, keluarga pula saya tak boleh tinggal.

"Sekarang bapa dah keluar wad baru lega sikit. Mah ok? Dah lama tak terima mesej Mah. Ingatkan Mah bercuti ke luar negara. Terima kasih banyak bantu saya. Maaf saya tak sempat lagi pun nak belanja makan atau apa-apa sebab keadaan bapa,” kata Cheku pada perjumpaan tersebut.

Hati Cik Salmah terasa sayu mendengar penjelasan Cheku.

Pertama, Cheku tidak tahu pun Cik Salmah kecik hati dengannya kerana lama tak berhubung. Cheku mengganggap Cik Salmah kawan sejatinya yang hubungan tidak akan putus.

Kedua, kerana ego inginkan Cheku yang menghubungi dia, Cik Salmah terlepas peluang untuk membantu sahabat terbaiknya dalam waktu dia paling memerlukan seorang kawan. Sebaliknya, Cik Salmah menghabiskan masa berkhayal, mengumpat dan marah tidak tentu pasal pada Cheku hanya kerana bersangka buruk.

Cik Salmah tidak berani memberitahu Cheku apa yang berlaku sebenarnya sehingga dia mengambil keputusan untuk memutus hubungan dengan Cheku kerana bimbang rakannya akan pandang serong padanya.

Nasib baik Allah masih memelihara hubungan ini. Cik Salmah hanya boleh menangis dalam hati penuh kesyukuran kerana Allah menyelamatkan persahabatannya dengan Cheku daripada minda sangka buruknya dan hati yang diracun air liur mengumpat.

“Cheku, you are my best friend!,” kata Cik Salmah kepada Cheku dan mereka saling berpelukan.

Cik Salmah berpeluk kerana rasa bersalah dan bersyukur mendapat sahabatnya kembali, Cheku berpeluk kerana gembira ada seorang sahabat seperti Cik Salmah yang sentiasa teguh di sisinya.

Wahai anakku,
Jangan biarkan minda kamu meliar memikirkan sesuatu yang belum berlaku atau bersangka buruk pada perkara yang tidak diketahui kamu.

Ego kamu akan menjadi baja kepada minda kamu untuk terus bersangka buruk. Ingatlah, perasaan membawa kepada benci adalah bisikan syaitan. Wahai anak kesayanganku, sekiranya minda kamu menjurus kamu ke arah perasaan negatif, berwaspadalah itu adalah bisikan syaitan.

Ketika itu, sms, telefon dan segala tindak-tanduk yang boleh menyelamatkan keadaan akan menjadi berat seperti keadaan Cik Salmah. Walhal, satu telefon pada Cheku pada peringkat awal sudahpun boleh mengelakkan segala konflik dalaman yang wujud di minda Cik Salmah.

Jaga air liur yang ditelan ketika bersangka buruk, kerana dari situlah, timbulnya perasaan benci dan lebih banyak gambaran sangka buruk.

Pendek kata, jangan mudah membuat kesimpulan tatkala kita tidak tahu. Lebih elok kekal tidak tahu daripada membuat sangkaan yang salah dan buruk, terutamanya pada sahabat dan ahli keluarga kita kerana tindak-tanduk mereka tidak mencapai tahap yang diinginkan kita.

Senyum 

Saturday, October 18, 2014

Khasiat Dan Fadhilat Yasin 7 Mubin

Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
.
.

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1)   Ayat 12 = Mubin Pertama
36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua
36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga
36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.
4)   Ayat 47 = Mubin Keempat
36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5)   Ayat 60 = Mubin Kelima
36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6)   Ayat 69 = Mubin Keenam
36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.
7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh
36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

Tatacara Ilmu Pengasih, Pengasihan Ummul Fatihah

Jadi, pak cik akan postkan satu ilmu pengasih untuk korang buat, supaya korang boleh la ngorat anak dara yang korang suka, ataupun anak teruna yang korang suka, tapi dengan niat, korang kawin la, jangan la men men kan hati orang dengan cinta ni. <Pak cik penah jadi mangsa taw >

  1. Dilakukan selama 3 atau 7 malam pada lingkungan jam 10 hingga 12 malam
  2. Solat hajat 2 rakaat
  3. Istighfar 33 kali, selawat 101 kali
  4. Baca al fatihah ke list name dibawah
-NABI MUHAMMAD SAW.
-4 MALAIKAT (JIBRIL,MIKA’IL,IZHROFIL,IHZRO’IL)
-4 SAHABAT NABI(ABUBAKAR,UMAR,USMAN ALI)
-NABI ALLAH KHIDIR AS.
-NABI SULAIMAN AS.
-NABI YUSUF AS.
-SYEH A.QODIR AL ZAILANI
-SYEH ACHMAD QODIR -(sunan gunung jati)
-SYEH ZAIDIN MAULANA- (Sunan gunung sembung)
-SYEH MAS SA’ID-Joko Gending (Sunan kali jogo)
-SYEH KANG PANJI ALI-(Sunan Demak)
-SYEH MUHAMMAD KADIR-(Wali Songo).
-SYEH QODIR ZAILANI ABDULLAH- (Abah Presiden Banten)
-SYEH ALI MADEK-KANOMAN (Raja tanah Jawa)
-SYEH UMAR ABDULLAH KALIMAH- (Syeh wali sembilan)
-SYEH HABIB HUSIEN-(Habib luar batang)
-SYEH HABIB ZIEN (Habib Empang Bogor)
-SYEH PANGERAN SYARIEF- ( Keramat Pondok Gede)
-SYEH ABDUL RACHMAN- (Penguasa Palembang)
-SYEH KMS. ABDUL HAMID (Ki Marogan)
-KEPADA KEDUA ORANG TUA
-NABI-NABI ALLAH,WALI-WALI ALLAH,SYEH-SYEH ALLAH,AULIQ,ALIM ULAMA,NENEK MOYANG,
KAUM MUSLIMIN KAUM MUKMINAT WALMUKMININ WAL MUKM
  1. Baca al Fatihah sebanyak 7 kali dan diaminkan pada al Fatihah ke tujuh kepada orang yang kita suka
  2. Al Ikhlas 3 kali
  3. Ayat kursi sekali
  4. Baca Fatihah 99 kali
  5. Baca doa dan hajat =“YA ALLAH YA ROHMAN YA ROHIIM DENGAN SEGALAH HAKNYA FATEHAMU KUMOHON HAJATKU ADA DALAM JANTUNG DARAH SI…A…BIN….SI…A JADIKANLAH NIATKU DI RUHNYA, DISUKMANYA, DIZHOHIR BATINYA. TUNDUK KASIH SI…A..BIN/TI…SI..A PADAKU. ya ALLAH 5X ya Rohman ya rohiim 5X HU ALLAH 5X ALLAH AKBAR
  6. Baca doa ni :- Robbana atinna fidhunnia hasanah walfil akhirotihasanna wakinna azhabanar
    wal hamdulillah hirobbil alamiin
Dan yang bestnya, korang akan dapat rasakan perubahan yang ketara. Begitulah ampuhnya ilmu pengasih Pengasihan Ummul Quran ni. Tapi korang janji korang kena kawin dengan dia tu :)

Wednesday, October 15, 2014

Kenapa Dr Tariq Sweidan datang ke Malaysia? Siapa bawa dia?

Kenapa Dr Tariq Sweidan datang ke Malaysia? Siapa bawa dia?Posted on Thursday, October 16 @ 11:43:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pendapat Oleh Albangi



Sebenarnya puak2 Triple IT (IIIT), group Anwariyun di USA bersama Abrar Bhd (kepalanya Dr Rahim Ghouse dan Dr Wan Hasni) bawa Tariq Sweidan ke Malaysa sebab ....
Pertama nak imbangkan imej Nuar apabila imej Nuar tersisih kerana TGHH dilantik sebagai Timbalan Ulamak Dunia kepada Prof Dr Yusuf Qardawi dan....
Kedua, kerana imej Nuar tercalar dan jatuh dalam isu MB Selangor apabila DSWA gagal jadi MB Selangor. Tariq Sweidan ini bukan ikhwan.....di Kuwait mana ada Ikhwan Muslim...katun betul puak2 PKR dan IKRAM ni....
Tariq Sweidan ini dari Kuwait. Dia berada di USA sejak 1983 lagi..dia duduk di Tulsa Oklahoma buat Ph.D dan kini ada kad hijau PR di USA. Dia bukan Ikhwan tapi dia kenal orang Ikhwan Muslimin Mesir yang lari ke Eropah dan USA ...ada juga yg lari ke Jordan, Kuwait, Syria...mereka dikenali sebagai Ikhwan dalam buangan dan dalam buruan oleh kerajaan Mesir ....dan ikhwan ni dikenali sebagai Ikhwan Alami. Mereka bertaburan di Amerika dan Eropah khususnya England.
Ikhwan Alami ni lah yg menjadi murabbi kepada pelajar2 Malaysia dalam IRC di UK dan MISG di USA. Anak2 didik mereka termasuklah Dr Fuad Zakarshi, Dr Syed Azman, Azman Hussin, Sahri Bahari, Idrus Wan Cik, Dr Rahim Ghouse, Dr Wan Hasni dan ramai lagi....95% pimpinan IRC dan MISG bila balik Malaysia masuk UMNO antara 1990-1998. ...skrg ni mereka bawa Tariq Sweidan untuk pulihkan imej Nuar dan utk dapatkan momentum baru utk group Anwariyun...alahai...bukan kita tak tahu tektik puak2 anwariyun ni...PASMA menumpang sekaki la....
Masa Nuar dalam UMNO, Nuar sudah establish beberapa Financial groups melalui IIIT dan Saar Foundation di Virgnia. Abrar Group ditubuhkan dan dketuai oleh Dr Wan Hasni dan Dr Rahim Ghouse dan mendapat backup yang kuat dari kerajaan Kuwait. Pimpinan IIIT dibawa masuk kuasai UIA Malaysia sehinggalah 1998, apabila Nuar kena buang dari UMNO, pimpinan IIT lari keluar Malaysia, sementara Abrar Group kena beku. Dr Rahim Ghouse lari ke Australia. Dr Wan Hasni kena tahan dan soal siasat tentang harta Abrar dan hubungan dengan Nuar.
Dr Tariq Sweidan rapat dengan Dr Rahim Ghouse Presiden MISG dan rDr Tariq menjadi murabbi kepada MISG sebelum Dr Rahim Ghouse datang ke USA lagi. Yang baju biru Melayu berdiri dalam gambar dibawah ialah Azman Hussin, mantan pensyarah UKM, mantan Presiden MISG, kawan baik Dr Tariq Sweidan di Oklahoma. Dr Mujahid juga hadir. Hampir semua bekas pimpinan MISG dan IRC hadir du rumah Anwar tanpa mengira parti.....tetapi yang menyatukan mereka ialah tarbiyyah manhaj Ikhwan Alami (Ikhwan buangan dan buruan kerajaan Mesir)
Di Malaysia, anak2 didik Ikhwan Alami dalam IRC banyak di UM. Mereka ikut usrah pimpinan Ustaz Alias Othman dan Ustaz Zawawi Ali. jadi tak heran bila Ust Mat Hussin mantan YB PAS Kelantan bersama PASMA. Husam juga anak didik kumpulan yang sama semasa dia di UM. Pada umumnya mana-mana anak didik Ustaz Alias Othman mesti ada kaitan dengan JIM, IRC, Ikhwan Alami. IRC di Mesir uga hidup dan dipimpin oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa. Mereka sentiasa bersatu walaupun mereka duduk dalam parti lain-lain. Bagi mereka yg dalam PAS, mereka kata politik bersama PAS, jamaah masing-masing. Itulah slogan yang dibawa oleh Yb Saari Sungip dan Dr Dzulkfli Ahmad apabila mereka menyertai PAS. Sepertimana dalam kertas kerja grand design JIM, mereka mahu kuasai UMNO dan PAS, dan jika perlu mereka akan wujudkan parti baru untuk kuasai politii Melayu Islam. Mungkin PASMA adalah platform awal ke arah parti baru jika mereka gagal kuasai PAS dalam Muktamar 2015. Bagi mereka Nuar adalah pemimpin Agung.
Kesimpulannya, ini semua wayang IKRAM (pecahan JIM) dan PKR. Dulupun mereka dalam UMNO, dan ramai masuk UMNO pada tahun 1990 selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah tawan Kelantan. Biarlah IKRAM dan PKR syok sendiri. PASMA menumpang teduh di bawah payung ni sebab Ir Pahrolrazi tak termasuk dalam rangkaian ini dulu semasa dia mahasiswa....kini dia menjadi dalang dalam PASMA untuk mencalarkan kredibiliti PAS.



 

Saturday, October 11, 2014

Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus :-

 Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus | Apa jenis jamban yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis b...ertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.

Kalau yang biasa di kampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.

Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang dilampirkan.

Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.

Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.
Lihat seterusnya..
Gambar: Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus :-

Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus | Apa jenis jamban yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.

Kalau yang biasa di kampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.

Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang dilampirkan.

Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.

Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.

Wednesday, October 1, 2014

NASIHAT IMAM IBNU ATHAILLAH

Lelah memikirkan isu semasa, politik dunia dan negara, apakata kita berhenti sejenak untuk memikirkan perihal diri kita;
JOM KITA HAYATI NASIHAT IMAM IBNU ATHAILLAH
“Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang mahupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah ‘Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak menampung lagi”.
Oleh kerana itu beramallah sesuai kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari zikir. Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. Zikir adalah ibadah yang paling mudah.
Rasulullah saw bersabda :
“Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt.”
Bacalah secara berkesinambungan doa’ dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikanNya. Dia akan mengurniaimu”.
“Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, sewajarnya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan di antaranya meninggal dunia. Tentu ia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Kamu telah menyia-nyiakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu. Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt”.
“Seseorang yang telah mendekati ajalnya ( berusia lanjut ) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak berzikir yang ringkas tetapi berpahala besar. Zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang.
Jika sebelumnya kau sedikit melakukan solat dan puasa sunah, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak berselawat kepada Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat kepadamu sekali saja, maka satu selawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu. Sebab, engkau berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt berselawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap selawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih?
Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berzikir kepada-Nya dan berselawat kepada Rasulullah saw.”
“Orang yang menggunakan masa sihatnya untuk bermaksiat kepada Allah swt adalah seperti seorang anak yang mendapat warisan dari ayahnya sebesar seribu dinar, kemudian ia gunakan semua wang itu untuk membeli ular dan kalajengking yang sangat berbisa yang kemudian mengelilingi dan menggigitnya. Bukankah ular dan kalajengking tersebut akan membunuhnya? Kamu gunakan masa sihatmu untuk bermaksiat kepada Allah swt, maka nilaimu adalah seperti burung pemakan bangkai yang terbang berkeliling mencari bangkai, di mana pun ia dapatkan, maka ia segera mendarat.
Rujukan :
1. “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [Surah Ali ‘Imran: 190-191]
2. “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. [Surah An-Nisa’: 103]
3. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]
4. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]
5. Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]
6. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :“Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]
7. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]