Wednesday, March 11, 2015

5 Tips “Bercinta” Agar Cepat Hamil


5 Tips “Bercinta” Agar Cepat Hamil

tes kehamilan
Pasangan suami istri pasti ingin memiliki buah hati. Meskipun ketentuan lahirnya buah hati adalah takdir Allah, ikhtiar perlu dilakukan. Baik dalam aspek kesehatan, makanan, maupun “saat bercinta.”
Berikut ini lima tips dari dokter Abu Hana el Firdan agar istri cepat hamil, sebagaimana disarikan dari buku Konsultasi Kehamilan secara Medis dan Islam:

1. Lakukan di masa subur

Kenali masa subur dan lakukan hal itu di masa subur, terutama di puncak masa subur. Peluang kehamilan akan lebih besar jika dilakukan di puncak masa subur.

2. Persiapan fisik dan psikologis

Siapkan fisik agar berada dalam kondisi fit dan kondisikan psikologis agar rileks saat melakukannya. Stress menyebabkan kualitas hubungan berkurang. Pun dengan kondisi sel telur dan kualitas sperma. Sebaliknya, jika dilakukan dengan rileks, kualitas pun meningkat dan kemungkinan hamil lebih cepat.

3. Posisi suami di atas

Untuk mendapatkan kehamilan, posisi suami di atas adalah posisi terbaik. Lebih baik lagi letakkan bantal kecil pada panggul istri untuk memudahkan menampung “cairan” dan memudahkannya berenang menuju rahim. Jangan gunakan bantal yang besar karena menyebabkannya hanya tergenang di belakang rahim.

4. Jangan banyak bergerak ketika “selesai”

Tenanglah selama sekitar 15 menit setelah selesai agar cairan suami berenang ke rahim. Jangan banyak bergerak apalagi berdiri.

5. Teruslah mencoba

Teruslah mencoba langkah-langkah di atas. Jangan berputus asa jika baru mencobanya beberapa bulan. Disarankan, langkah-langkah tersebut dilakukan dengan benar selama satu tahun. Jika satu tahun belum berhasil, sebaiknya konsultasikan dengan dokter. [Keluargacinta.com]
Admin

AYAT PENGASIH WAKATOBI (1) :



AYAT PENGASIH  WAKATOBI (1) :

  1. Niatkan dalam hati :
     
    Perasaannya dan hatinya ………………………( sebutkan nama ) kepadaku seperti perasaannya dan hatinya Zulaikha kepada Nabi Yusuf AS.
Baca ayat 31, surah Yusuf :
  1.  
     
    فلما سمعت بمكرهن ارسلت اليهن واعتدت لهن متكئا واتت كل وحدة منهن سكينا وقالت اخرج عليهن فلما راينه اكبرنه وقطعن ايديهن وقلن حش لله ما هذا بشرا ان هذا الا ملك كريم
     
  2. Baca dalam bacaan ganjil ( 1 kali, 3 kali, 5kali ,…….. )
  3. Baca ketika matahari naik, matahari terbenam dan menjelang nak tidur.
  4. Niat dahulu baru baca.
     
     
    Sumber : Idu, Wakatobi, Tel : 0822 – 9267 6999, email : mus_Idu@yahoo.com

 

Amalan untuk Pengerun





AYAT PENGERUN
  1. Baca ayat berikut 3 kali, tahan nafas pada saat mahu berpergi  seperti ke hantar :
     
    ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة
    ( ayat 14, Surah al Mukminun )
  • Ayat yang tidak mempunyai baris di bawah.
 
Sumber : IDU, Wakatobi, Sulawesi, Tel : 0822 – 9267 6999, email : mus_Idu@yahoo.com.





Zikir Murah Rezeki :

1. Bacalah zikir di bawah 99 kali sehari atau 99 kali semalam ;


Ya, Jibril khaliqun Nur,
Ya, Mikail Abdul Razak,
Ya, Israil, Abdul Rejab,
Ya, Izrail, Mutmainah.




Sumber : Pak Idu, Wakatobi, Sulawesi Timur, Tel : 0822-9267 6999, email : mus_Idu@yahoo.com

Amalan untuk murah rezeki


Amalan untuk murah rezeki :

  1. Bangun tengah malam ( pukul 1.00 – 2.00 malam ).
  2. Buat solat hajat dua rakaat.
  3. Sederkah al Fatihah sekali kepada :

  1. Rasulullah SAW.
  2. Kedua-dua ibubapa kita sendiri.
  3. Bapaku : Haji Othman Bin Haji Keteni dan Ibuku : Hajjah Mistijah Bte Deni,
  4. Datukku. Hajjah Kechichik Bin Ramli dan Haji Keteni Bin Salam
  5. Diri sendiri.
4.   Lepas solat baca doa ini 
السلام عليكم يا ملائكة الرحمن
السلام عليكم يا ميكاءيل
  1. Yيا الباسط
     
    ( As Salamualaikum Ya Malaikur Rahmanu,
    As Salamualaikum Ya Mikailu,
    Ya, Basitu )
  2. Baca doa di atas 44 kali.
  3. Lepas berdoa seperti berikut :
     
    Yek Puang,  Lek ngah deh laih, ima bila air,  pak daper kak, pak pawang kak
    ( Bahasa bugis – ya, tuhan, tolonglah daku, jika  rezeki aku jauh dekatkan lah )
     
  4. Sejarahnya : di negeri bugis terdapat satu keluarga kematian ahli keluarga, maka tiada duit untuk menguruskannya. Maka ahli keluarga telah beramal dengan doa tersebut di atas ditengah malam. Tiba-tiba rebut turun dan tidak mena-mena pintu rumahnya terbuka. Mereka dapati sebungkus kain berisi wang. Berjayalah menguruskan mayat itu.
  5. Sesiapa yang beramal dengan doa ini, apabila sudah kaya ( ukurnya : dapat pergi haji di mekah ) hendaklah buat kenduri arwah.
  6. Sesiapa yang telah kaya dengan amalan doa ini, tidak menggunakan wang ini untuk berzina, minum arak dan berjudi. Sesiapa berbuat demikian, maka akan jadi miskin. Wa Allahu Aklam.

 

Sumber : Bapaku Haji Othman Bin Haji Keteni, SPL109A, Kampung Sungai Pulai Laut, Parit Jawa, 84160 Muar, Johor.

Dengan nama Allah,, saya dengan ini memberi ijazah kepada sesiapa yang ingin beramal dengannya.

Sunday, March 1, 2015

10 Jenis Wanita Yang Lelaki Takkan Jadikan Isteri


1. Perempuan Bodoh

Bodoh dalam konteks yang aku gunakan ini bukanlah bodoh dalam pelajaran tapi suka membuat diri kelihatan bodoh depan khalayak ramai. Antara perkara yang boleh dikatakan bodoh adalah tergelak kuat kuat, gelabah kerbau, berpakaian seperti Lady Gaga dan sebagainya. Sememangnya tak salah jadi lain dari yang lain tapi tengok keadaan la. Kalau orang lain dah kata ”macam bodoh je” maknanya adalah yang tak kena.

2. Perempuan Gedik

Yang ni bukan setakat lelaki saja yang tak minat tapi perempuan pun sama menyampah. Kalau berjalan pun over sangat. Tak tahulah kenapa. Selalunya pelaku gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka. Jika yang mengelilingi mereka tu lelaki baik okey la sikit tapi semuanya nakkan sesuatu. Faham faham saja lah.

3. Perempuan Perasan Cantik

Yang ni paling aku menyampah. Kalau yang betul betul cantik tu tak payahlah dihebohkan kecantikan tu. Bukannya orang lain tak nampak. Jelas depan mata kan? Inikan tidak. Untuk tambah cantik tu, pakai lagi seksi seksi. Siap promo dekat status facebook lagi tu. Lelaki ni memang suka perempuan macam ni tapi bukan nak buat isteri tapi saja nak main main. Dan ada juga yang tak cantik tapi perasan diri tu hot. Pernah sekali jumpa seseorang dekat hentian bas. Dahlah gemuk, hitam pula tu. Lepas tu diwarnakan pula rambutnya. Memang macam afrika. Sepatutnya bila dia dah sedar muka tak market, tak payahlah perasan lawa. Lelaki straight pun boleh jadi gay kalau ditakdirkan hidup dengan perempuan macam tu.

4. Perempuan Banyak Membebel

Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Aku dengar cikgu Arbayah membebel dekat sekolah dulu pun dah naik pitam. Pening lelaki tu bila seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari sebenarnya. Bila waktu exam tak nak pula mereka tulis panjang panjang. Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir ”jika begini la keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti lepas kahwin kena buat pembedahan telinga”.

5. Perempuan Banyak Bekas

Jika seseorang perempuan itu banyak bekas pasangannya selalunya dia merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan. Asyik bertukar sahaja. Oleh itu, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si isteri akan main kayu tiga dengan lelaki lain manakala rumahtangga asyik berperang.

6. Perempuan Yang Kuat Cemburu

Jika diikutkan keadaan sebenar, lelaki lagi kuat cemburu. Tapi ada juga perempuan begitu. Apabila melihat si lelaki keluar dengan seorang perempuan lain mulalah si perempuan menuduh. Kadang kadang apabila si lelaki berpimpin tangan dengan seorang perempuan tua buta melintas jalan pun boleh jadi kes. Adakah patut? Jika cemburu sangat cari lah dahulu saksi atau bukti.

7. Perempuan Yang Memang Sudah Terserlah Kejahatannya

Kalau perempuan tu merokok, minum arak dan ada kalanya mengaku sudah bukan islam lagi maka memang bukan pilihan si lelaki lah untuk mereka dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya. Jika peneman hidup, ”tak ada maknanya”. Sebenarnya aku pernah bercinta dengan seseorang yang mempunyai ciri ciri seperti diatas. Apabila dinasihatkan tidak pun mahu dia mendengar. Siap promo agama baru dia lagi tu. Tak minat aku. Tak sampai dua bulan berpisah.

8. Perempuan Yang Tak Tahu Buat Kerja

Apa rupanya bila seseorang perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju, menyapu dan sebagainya? Adakah si lelaki yang harus menjaga urusan keluarga kelak manakala si perempuan yang mencari nafkah batin? Jika tidak, maka nampaknya tunggang terbalik lah keadaan rumah. Bontot anak bermekap kunyit kuning tidak berbasuh, kain pakai bersepah sepah dan dapur tidak pernah berasap. Lelaki pun cari lagi satu.

9. Perempuan Selekeh

Oleh kerana dulu aku ni selalu bersendirian di sekolah jadi aku selalu la perhatikan perempuan. Kadang kadang tu banyak juga aku tengok perempuan yang tak ada muka perempuan. Dengan tudung tak beriron, baju ada sos, lengan ketiak pun ada hitam, geli aku tengok. Kalau budak tingkatan satu tu okey lagi tapi ni dah nak masuk tingkatan lima. Dalam hidup ni, tak lawa tak apa. Tapi jangan jadi selekeh. Tak kan si lelaki nak dengar orang kampung kata ”bini si polan tu muka cam kerbau bala. Berlumpur je setiap hari”?

10. Mahal Sangat

Yang ni istimewa sikit sebab bukan semuanya salah perempuan. Jika kita perhatikan sekarang ni, ramai betul perempuan yang nak dinikahkan dengan hantaran kahwin yang tinggi. Selalunya bukan si perempuan yang minta tapi ibubapa yang menggatal sangat nak menjual anak. Kadang kadang anak tu dilelong sampai sepuluh ribu ringgit. Kalau anak tu sambung Master okey lagi. Tapi belajar setakat form 4. SPM pun tak ambil. Harapkan muka sahaja sebagai pakej. Adakah patut harganya mahal? Si bakal suami kalau berkemampuan tidak apa tapi kerja setakat toreh getah. Jangan anak tu jadi andartu sudah

22 perkara penting untuk kereta


Nota editor : Kereta adalah kenderaan yang paling banyak digunakan di atas jalanraya. Namun tidak semua pengguna mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan kereta. Blog provoox senaraikan 22 perkara asas yang anda mesti ambil tahu dalam penjagaan kereta.
Kereta
Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.
Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.
Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
Kereta
19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
20. Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.
Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :
Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc
22. Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.
Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
BACA JUGA: Wujudkah Kereta Automatik Tanpa Pemandu? Ini Jawapannya
p/s: konklusinya, sebagai pemilik kereta kita bukan sahaja perlu mempunyai lesen memandu sahaja tetapi kita juga amatlah digalakkan untuk mengetahui sedikit sebanyak ilmu penyelenggaraan kenderaan yang sesuai.
Like Page The Vocket untuk lebih banyak kemaskini yang bermanfaat.

Korea Izin Berzina, Batal Larangan 1953 Hukum Berzina