Thursday, May 14, 2015

Bahaya tidur berdengkur dan cara mencegah

Bahaya tidur berdengkur dan cara mencegah

05:55 Redaksi Admin
petua cegah tidur berdengkur
Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti menyanyi dengan nada sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah antara perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu dek dengkuran tersebut
Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas
Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar
Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA)

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung)

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya
Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat
Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes
PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR
1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obes
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak
KESAN TIDUR BERDENGKUR
Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan
Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik
CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR
1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok

Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur berdengkur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan dan ketagihan ubat-ubatan



Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bahaya-tidur-berdengkur-dan-cara-mencegah.html#ixzz3aAMQvOYY

Bahaya kolesterol tinggi: tanda-tanda dan cara kurangkan

Bahaya kolesterol tinggi: tanda-tanda dan cara kurangkan

06:00 Redaksi Admin
Kolesterol Tinggi
Bercakap tentang kolesterol, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini
Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah berikutan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang
Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi
BAHAYA ‘MENCINTAI’ KOLESTEROL
Meskipun masalah kolesterol tinggi bukanlah dianggap penyakit namun ia tetap bahaya kerana paras kolesterol yang tinggi mampu memberi komplikasi yang digeruni antaranya:-
Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri
Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti
PUNCA KOLESTEROL TINGGI
Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan kita. Hepar dan sel lain dalam badan kita mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah
Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang kita makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari
Kita selalunya dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi
Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol , tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya
Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan
Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah
Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen
TANDA-TANDA  KOLESTEROL TINGGI
Seseorang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi kebiasaannya akan mengalami tanda-tanda berikut:-
Tanda Kolesterol Tinggi
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi
Jika tanda-tanda yang dinyatakan ada pada anda, segeralah membuat pemeriksaan doktor dengan  melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda
CARA MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL TINGGI
Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti berikut
Cara Kurangkan Paras Kolesterol


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bahaya-kolesterol-tinggi-tanda-tanda-dan-cara-kurangkan.html#ixzz3aALnGfFI

Cara merawat demam selsema tanpa makan ubat

Cara merawat demam selsema tanpa makan ubat

06:06 Redaksi Admin
Petua Rawat Demam Selsema
Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan
Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh
Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak
Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema

HALIA
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari
IKAN
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik
SAYURAN HIJAU
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema
BAWANG PUTIH
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
KUNYIT
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema
MADU
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak
AIR BERAS
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Ini adalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya



Pautan sumber : http://www.mysumber.com/cara-merawat-demam-selsema-tanpa-makan-ubat.html#ixzz3aAKhSNUo