Wednesday, December 11, 2019

Di Manakah Hang Tuah Ketika Melaka Diserang Portugis? -------------------------------------------------------------------------

Di Manakah Hang Tuah Ketika Melaka Diserang Portugis?
-------------------------------------------------------------------------

Yusrin Faidz
Pengkaji sejarah mengemukakan pelbagai faktor penyebab kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Ini termasuk faktor luaran iaitu Portugis yang lebih mahir dalam taktik pertempuran; dan faktor dalaman iaitu kelemahan pentadbiran dan juga perbuatan khianat pedagang terkaya Melaka iaitu Nina Chatu dan Utimutiraja.
Terdapat rekod dalam simpanan Maharaja Ming iaitu Ming Shi-lu (MSL) yang saya ingin kemukakan sebagai sebab utama kekalahan Melaka pada Ogos 1511. Ianya secara langsung menjawab persoalan mengapa Laksamana Melaka yang tangkas dan armada lautnya yang digeruni tidak mempertahankan Melaka dari serangan Portugis.
Seperti yang pernah dirumuskan, Laksamana Melaka sekitar 1470-1481, yang juga dicatat sebagai Laksamana Hang Tuah dalam karya agung Hikayat Hang Tuah (HHT) dan Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu (SM), berada di Ryukyu pada April 1481 dan kemudian di Cina dari Ogos hingga Sept 1481. Menurut rekod Rekidai Hoan (RH) dan MSL, agenda diplomasi Melaka ketika itu adalah untuk membuat aduan tentang tindakan agresif Annam yang telah membunuh Laksamana Melaka sebelumnya (MSL: "Duan-ya-ma-la-di-na-da Wei-zhe-ran-na" / Tuan Laksamana DiRaja Sang Bija Ratna?) bersama-sama ahli rombongannya pada 1469, dan untuk mendapat keizinan Kerajaan Ming dalam melengkapkan bala tentera dengan senjata secukupnya bagi menyerang Annam.
Lihat:
Berdasarkan HHT, Laksamana Hang Tuah dikatakan membeli 6 ekor gajah di Siam dan sebelum itu telah melawat Brunei. Jika dirujuk silang MSL, beberapa ekor gajah telah dibawa rombongan yang diketuai Laksamana Melaka dan telah dihadiahkan kepada Maharaja Ming pada 27.8.1481. Berdasarkan HHT, terdapat catatan bahawa Laksamana Hang Tuah telah ke Turki Uthmaniyyah (Rum) sekitar 1482 untuk membeli 3,000 pucuk bedil dan pelbagai senjatapi, di mana beliau sempat menunaikan ibadah Haji pada musim haji 886H (8 hingga 12 Zulhijah) bersamaan 28.1.1482 hingga 1.2.1482. Melalui HHT juga kita maklum bahawa apabila belayar jauh, armada Melaka selalunya belayar dalam kumpulan 40 hingga 50 buah kapal bersama lebih kurang 1,500 hingga 2,000 anak kapal. Sebagai contoh, menurut HHT pelayaran Laksamana Hang Tuah ke Jeddah diiringi 42 buah kapal yang memuatkan 1,600 bala tentera.
Menurut catatan Mao Qiling, Melaka mempunyai bala tentera yang kuat. Direkodkan Mao Qiling juga bahawa 30,000 tentera Annam yang lengkap dengan istinggar dan rentaka telah dikalahkan oleh tentera Melaka di Lanxang sekitar tahun 1483. Dari sudut garis masa, perperangan ini berlaku sejurus Melaka mendapatkan senjatapi dan bedil dari Turki Uthmaniyyah. Jadi, secara logik, semestinya tentera Annam telah diperangi Melaka dengan menggunakan 3,000 bedil dan senjatapi Turki Uthmaniyyah tersebut.
Menurut MSL lawatan ufti Melaka ke Cina yang berikutnya berlaku dari 29.12.1508 hingga 2.1.1509. Akan tetapi, kali ini ketua rombongan ufti Melaka membahasakan dirinya sebagai Tuan Haji (MSL: 'Duan Ya-zhi' (端亞智)). Saya berpendapat berdasarkan cerita Hang Tuah ke Mekah dalam HHT, sosok Tuan Haji ini dan ketua rombongan Melaka yang sebelumnya (April 1481) iaitu Tuan Laksamana DiRaja (MSL: 端亞媽剌的那查 / Duan-ya-ma-la-di-na-zha) adalah orang yang sama.
Juga saya rujuk silang HHT & SM di mana ketika itu jawatan Laksamana telah diserahkan kepada penjawat seterusnya iaitu Laksamana Khoja Hassan dan kemudiannya Laksamana Hang Nadim. Juga terdapat cacatan dalam SM di mana Laksamana Melaka pada sekitar tahun 1492 (anggaran) adalah Laksamana Hang Nadim dalam kisah beliau membawa lari Tun Teja dan bertempur dengan perahu tentera Sultan Pahang di Pulau Keban (kini Pulau Aceh di Mersing).
Seperti yang kita maklum, kedatangan Portugis pertama pada September 1509 tidak mendatangkan hasil malah 20 laskar Portugis telah ditahan. Dalam kejadian lawatan pertama Portugis itu, HHT ada menyebut kewujudan seorang Laksamana tetapi beliau tidak diberi nama. Ketika itu, jika dibanding rekod MSL, Laksamana Melaka terdahulu yang ketika itu digelar Tuan Haji sedang dalam pelayaran ke Cina. Berpandukan jadual pelayaran berdasarkan angin monsun, beliau dianggar bertolak dari Melaka sekitar Ogos-September 1509 dan tiba di Guangdong pada Oktober-November 1509.
Portugis tidak putus asa dan telah kembali ke Melaka pada 1.7.1511. Ketika itu, Alfonso de Albuquerque mencatat hanya 4,000 tentera Melaka yang bersedia untuk perang (battle ready). Jadi kemana pergi yang lainnya? Juga amat pelik apabila Albuquerque mencatat terdapat jumlah senjata yang melebihi jumlah tentera. Iaitu terdapat antara 3,000 senjatapi pelbagai jenis yang ditinggalkan sejurus Melaka tumpas. Ini tidak termasuk senjata yang dibawa semasa berperang dan berundur ke Johor yang dianggar dalam jumlah 5,000. Albuquerque juga bersetuju dengan anggaran hasil risikan Nina Chatu dan Rui de Araújo yang menyatakan Kesultanan Melaka mempunyai lebih kurang 8,000 senjatapi.
Berbalik kepada rekod MSL yang ingin saya ketengahkan, terdapat catatan yang dibuat pada 2.3.1510 bahawa "Tuan Haji" iaitu pegawai tertinggi dalam rombongan ufti Kesultanan Melaka telah dibunuh oleh seorang bekas jurubahasa Cina bagi delegasi Melaka. Bekas jurubahasa tersebut bernama Huo-zhe Ya-liu (火者亞劉) (‘Haji Ya-liu' / Haji Melayu?) dan nama asal beliau adalah Xiao Ming-ju (蕭明舉) dari Jiang-xi, Cina. Beliau dicatat Cina sebagai bekas penjenayah dan pernah berkhidmat sebagai jurubahasa dibawah 'Tuan Haji' dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai ketua rombongan ufti Melaka pada sessi ufti 1509. Memandangkan beliau juga bergelar Haji, boleh dirumuskan beliau juga menyertai rombongan Haji dari Melaka pada tahun 1482.
Dicatat bahawa pembesar Melaka seramai 21 orang termasuk Tuan Haji telah dibunuh di "Postal Relay Station" ('yi' 驛 atau 'yizhan' 驛站) di Guangdong oleh Haji Ya-liu dengan bantuan beberapa orang yang diketuai Peng Wan-chun. Perkara ini mungkin berlaku lebih kurang antara Oktober hingga November 1509 kerana rombongan ufti ini belum sempat bergerak melalui jalan darat ke Kota Larangan di Beijing.
Dicatat bahawa Haji Ya-liu, Peng Wan-chun dan kuncu-kuncunya telah ditangkap, dibawa ke ibu negeri di Beijing dan dihukum bunuh oleh Maharaja Zhengde atas kesalahan memberontak, membunuh, mencuri, memberi rasuah, dan menipu Kerajaan Ming untuk mengeluarkan dokumen kapal & mohor palsu dalam percubaan menipu dan mendapat barangan berharga dari Kesultanan Brunei melalui penyamaran sebagai wakil Kerajaan Ming.
Setelah dua kali siasatan dibuat, Haji Ya-liu dikenakan hukuman dihiris hidup-hidup (slow slicing / lingchi), manakala Peng Wan-chun dan beberapa orang yang lain dikenakan hukuman pancung. Kepala mereka telah diletakkan di perkarangan Kota Larangan.
Beberapa pegawai Kerajaan Ming yang terlibat didapati hanya bersubahat dalam memalsukan dokumen dan telah dikenakan hukuman ringan. Mereka terdiri dari:
1. Senior Interpreter Wang Yong. Setelah siasatan kedua dijalankan, hukuman bunuh beliau telah dikurangkan kepada denda 300 shi (18,000 kg) beras;
2. Usher Zhang Zi dibuang negeri ke sempadan dan dijadikan askar;
3. Pegawai 'Ministry of Rites' Hou Yong dibuang negeri ke sempadan dan dijadikan askar;
4. Battalion Commander Dong Yuan diturunkan 2 kenaikan pangkat;
5. Director Qiu Rang didenda 300 shi (18,000 kg) beras;
6. Menteri 'Ministry of Rites' Bai Yue dan lain-lain dihukum penggantungan gaji selama 3 bulan;
7. Guangdong grand defender, grand coordinator, pegawai dari 3 pejabat utama, dan pegawai-pegawai kawasan yang terlibat didenda 200 shi (12,000 kg) beras setiap seorang;
8. Pan Zhong pegawai 'Maritime Trade Supervisorate' telah diampunkan,
9. Pegawai-pegawai dari Jiang-xi (tempat asal Haji Ya-liu) dikatakan tidak berintegriti di mana 50 darinya telah dibuang kerja serta merta; dan catatan dibuat untuk tidak menaikan pangkat walau mereka tidak terlibat, juga catatan supaya calon daerah Jiang-xi tidak diambil bagi posisi kerja di Beijing, dan juga secara amnya mengurangkan calon pekerja dari daerah Jiang-xi tersebut.

Jika dilihat, pembunuhan delegasi Melaka ini dilakukan dengan terancang dan dengan bantuan penuh pegawai-pegawai Kerajaan Ming di Postal Relay Station Guangdong. Motif pembunuhan adalah dicatat berpunca dari pergaduhan antara Haji Ya-liu dan pembesar-pembesar Melaka, di mana Haji Ya-liu kemudian berkomplot untuk membunuh dan mencuri dari mereka. Saya percaya bahawa pembunuhan tersebut dilakukan dalam keadaan terdesak iaitu dalam motif untuk menutup perbuatan jenayah Haji Ya-liu yang telah didapati bersekongkol dengan pegawai Kerajaan Ming dalam mengeluarkan mohor palsu bagi menipu Kesultanan Brunei.
Memandangkan ketua dan pembesar mereka telah dibunuh, armada Melaka yang berlabuh di Guangdong tidak sempat pulang mengikut jadual pelayaran iaitu pada Disember 1509 hingga Januari 1510. Mereka perlu menguruskan pengkebumian pembesar-pembesar Melaka di Guangdong; dan kemudian mengikuti siasatan dan menunggu keputusan perbicaraan dan hukuman Haji Ya-liu dan lain-lain pesalah sekitar Februari 1510 di Beijing, dan kemudian menerima pesanan dan utusan Maharaja Ming untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka. Direkodkan perjalanan darat dari Guangdong ke Beijing mengambil masa 140 hari pergi dan balik.
Dalam catatan MSL dua pembesar Melaka yang terselamat iaitu "Po-jie-ya-ban" dan "Dun-du-si" (Tengku?) telah diarahkan untuk membawa balik laporan penuh siasatan dan butiran hukuman yang telah dijatuhkan terhadap kes pemberontakan Haji Ya-liu tersebut kepada Sultan Melaka. Armada Melaka kemudian perlu menunggu pertukaran angin seterusnya untuk belayar pulang. Akan tetapi tiada rekod dalam MSL tentang bila mereka memulakan pelayaran pulang.
Dirujuk silang dalam HHT & SM, adalah jelas bahawa Laksamana Hang Tuah tiada di Melaka semasa serangan Portugis pada Julai hingga Ogos 1511. Catatan Albuquerque pula menyatakan armada Melaka tiba disekitar perairan Melaka tapi tidak bertindak apabila mengetahui Melaka telah ditawan. Berdasarkan rekod MSL ini, adalah jelas kenyataan Albuquerque tentang Laksamana berumur 80 tahun yang dikatakan ingin kembali ke Melaka dan difitnah ingin berkhidmat dengan Raja Portugal adalah bukannya merujuk kepada Laksamana Melaka yang dibunuh di Guangdong (i.e. bukan Laksamana Hang Tuah menurut HHT & SM).
Pada pendapat saya penduduk Melaka yang menjadi asas teks penceritaan HHT dan SM tidak tahu sebab sebenar mengapa Laksamana dan armada Melaka tidak pulang untuk mempertahankan Melaka. Malah sehingga kini tidak diketahui kemanakah armada Melaka tersebut pergi setelah ditugaskan Maharaja Ming untuk memaklumkan kepada Sultan Melaka tentang tragedi yang menimpa 21 orang pembesar dan wakil Melaka di Cina.
Nota: Catatan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya. Rekod-rekod MSL seharusnya diteliti dan dikaji lebih lanjut oleh ahli akademik dan mereka yang pakar dalam bidang kajian sejarah.
Rujukan:
1. The Ming Shi-lu (veritable records of the Ming Dynasty) as a source for Southeast Asian history, 14th to 17th centuries, Geoffrey Wade (1994).
2. Ryukyuan Relations with Korea and South Seas Countries: An Annotated Translation of Documents in the Rekidai Hōan. Kobata, Atsushi and Mitsugu Matsuda (1969)
3. Sejarah Melayu diusahakan oleh W.G. Shellabear, Fajar Bakti, (1978).
4. Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad (ed.), Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
5. Mao Qiling. Mansi hezhi [A Comprehensive Record of the Aboriginal Chieftains]. Taipei: Guangwen Shuju, (1968).
6. Comentários de Afonso de Albuquerque, (1557), t. A Bailo, Combra (1923).
7. The postal stations (yizhan 驛站) in Ming China, Ralph Kauz in 'Trade and Transfer Across the East Asian "Mediterranean", Angela Schottenhammer (2005).

Monday, October 14, 2019

rendam kaki dalam ais

2 hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak... memang banyak kebaikkan nya
Untuk gout, sakit kepala, sakit badan, lesu, minor stroke, sakit urat, tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa..
☆Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu😍
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.
Menurut Perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.
Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki
Surah Al_Fatihah7x
Surah Al_ikhlas7x
Dan_selawat7x
InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.
Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti
=Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki
Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

Perang Saudara 25 tahun Sri Lanka vs LTTE – Apa yang anda patut tahu..!

Perang Saudara 25 tahun Sri Lanka vs LTTE – Apa yang anda patut tahu..!

1. LTTE adalah sebuah organisasi bersenjata yg teratur, hasil dari pendapatan sebanyak kira-kira USD 200 juta setahun - dari sumbangan expatriat Tamil di luar negara, peras-ugut, penjualan senjata dan percukaian yg dikenakan keatas penduduk dikawasan yg mereka kuasai.

2. Pada kemuncak kekuatan LTTE ini, pada tahun 2000, mereka menguasai kawasan seluas 15,000 km persegi di utara dan timur Sri Lanka (76 % dari kawasan tersebut). Keganasan yang dilakukan oleh LTTE adalah melakukan sabotaj berprofail tinggi seperti menyerang pangkalan tentera, lapangan terbang antarabangsa, pembunuhan ahli-ahli politik di Sri Lanka dan India. Dua tokoh utama yg mereka bunuh adalah bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada 1991, dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadesa pada 2009.

3. LTTE juga adalah perintis kepada penggunaan wanita sebagai pengebom bunuh diri. Kebiasaannya pengeboman seperti ini mengakibatkan jumlah kematian yg tinggi seperti di Central Bank pada tahun 1996 dimana 90 orang menjadi korban. LTTE bukanlah yg pertama menggunakan kaedah ini, tetapi merekalah yg pertama mengadaptasi sebagai taktik tersusun peperangan mereka. Menurut satu wawancara oleh Lynn Neary dalam program radio Talk of the Nation, 21 May 2009 - Prof. Robert Pape, Pengarah Chicago Project on Suicide Terrorism, pada tahun 1983, kader-kader LTTE telah mendapat latihan dari kem Hezbollah. Dari dari jumlah 273 serangan bom yg dilakukan oleh LTTE dari tahun 1987 hingga 2009, 46 serangan telah dibuat oleh pengebom bunuh diri wanita, dan dalam tempoh yang sama, jumlah tersebut telah mengatasi rekod serangan Hamas - 137 serangan bom.

4. LTTE mencetuskan perang saudara di Sri Lanka apabila melakukan serangan ke atas pasukan ronda Four Four Bravo di luar pekan Thirunelvedi pada 23 Julai 1983, membunuh seorang pegawai dan 12 anggota. Kejadian ini membangkitkan kemarahan kaum Sinhala, dan mereka melakukan rusuhan selama tujuh hari yang dikenali sebagai “Black July”. Rusuhan yg tercetus di Colombo ini merebak ke bandar-bandar lain dengan menjadikan orang Tamil sebagai sasaran. Dalam tempoh masa tersebut, 8,000 buah rumah dan 5,000 kedai musnah serta 3,000 orang terbunuh. Selepas kejadian ini, ramai penduduk Tamil Sri Lanka menyelamatkan diri menjadi pelarian ke India, dan belia-belia Tamil pula mula menyertai LTTE.

5. Pada bulan May 1985, dalam insiden Anuradhapura Massacre, LTTE telah menembak 146 orang awam di kuil Jaya Sri Maha Bodhi dan melakukan kekacauan di bandar itu. Setahun sebelumnya, pada 30 November 1984, 50 anggota LTTE telah menyerang ladang Kent & Dollar, membunuh 62 lelaki, wanita dan kanak – kanak Sinhala yang sedang tidur dengan menggunakan kapak, grened dan raifal.

6. Indian Peace Keeping Force (IPKF) 1989 – 1990. Kerana meningkatnya keganasan dan rusuhan yang dimulakan oleh parti berhaluan kiri Janatha Vimukhti Peramuna (Barisan Pembebasan Rakyat) dan Sri Lanka Freedom Party, Presiden Sri Lanka, Jayewardene telah meminta India membantu untuk mengawal keamanan dan bersedia mengeluarkan tentera Sri Lanka dari Kawasan penduduk Tamil.

Indian Peace Keeping Force (IPKF) telah menghantar 4 divisyen tentera dengan kekuatan seramai 80,000 anggota. Banyak pertempuran belaku antara IPKF dan LTTE sepanjang tempoh Tentera India berada di Sri Lanka. Dalam tempoh sepanjang IPKF berkhidmat di Sri Lanka, mereka mengalami 1,517 kematian. Majoriti mereka disemadikan di Sri Lanka, dan tidak banyak diperkatakan tentang mereka oleh rakyat dan kerajaan India. “They died fighting someone’s else war, only to be remembered by their families” menurut coretan seorang wartawan. IPKF pula mula berundur secara berperingkat dan kapal terakhir meninggalkan Sri Lanka pada 23 Mac 1990, membawa pasukan Parachute Regiment yang terakhir.

7. Tempoh tahun 1990 hingga 1995 dikenali sebagai Fasa Perang Eelam 2. Pergolakkan kali ini dimulakan oleh LTTE setelah mereka membunuh hampir 600 anggota polis Sinhala dan Muslim apabila mereka diarahkan oleh Premadasa untuk menyerah kepada LTTE pada 11 Jun 1990 setelah LTTE memberikan jaminan mereka tidak akan di apa-apakan. Keseluruhannya seramai 899 anggota polis telah ditawan tetapi 125 berjaya melarikan diri. Baki tahanan dibawa ke hutan-hutan di Vinayagapuram dan Trincomalee dan dibunuh oleh LTTE. Dianggarkan 600 hingga 774 anggota polis telah ditembak mati pada hari tersebut. Sehari sebelumnya, LTTE telah mengusir 28,000 orang Muslim dari Jaffna. Sebelum insiden tersebut, tentera-tentera Sri Lanka masih berada di kem-kem mereka lagi, tiada tindakan diambil ke atas sebarang aktiviti LTTE kerana khuatir akan melanggar gencatan senjata. Walaupun pihak tentera telah mengumpul maklumat bahawa LTTE sedang membuat persediaan untuk berperang dengan membina kubu-kubu konkrit (bunker) dan lain-lain persediaan, namun Kementerian Pertahanan masih tidak membuat apa-apa keputusan berhubung laporan yang diterima.

8. LTTE melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di Palliyagodella sebuah perkampungan yang bersempadan dengan wilayah utara. Menurut kenyataan kerajaan Sri Lanka kira-kira 150 gerila LTTE menyerang dan membunuh hampir 170 orang Sinhala dan Muslim. Sebelum insiden ini, telah berlaku ketegangan antara penduduk kampung dengan LTTE. Mereka telah meminta perlindungan dari pasukan keselamatan kerana LTTE telah memeras ugut orang-orang kampung. Pihak kerajaan telah membekalkan mereka dengan senapang patah, tetapi ini tidaklah mencukupi untuk mereka berhadapan dengan gerila LTTE yang lengkap bersenjata. LTTE telah melontar grened ke dalam masjid membunuh kira-kira 40 orang, dan terus mengganas dengan membunuh wanita serta kanak – kanak. Mereka berundur apabila anggota tentera tiba dengan helikopter.

9. Pada 21 May 1991, pengebom bunuh diri LTTE, seorang wanita bernama Thenmozhi Rajaratnam (Dhanu) telah membunuh Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi (dan 14 orang lagi) semasa beliau berkempen di Chennai, Tamil Nadu. Sebelum itu, pada bulan Ogos 1990, Rajiv Gandhi telah membuat kenyataan bahawa beliau akan menghantar kembali pasukan tentera India (IPKF) ke Sri Lanka jika beliau terpilih lagi untuk menjadi Perdana Menteri. Kenyataan ini membangkitkan kemarahan LTTE. Walaupun LTTE tidak pernah mengaku melakukan pembunuhan tersebut, adalah dipercayai ianya dilakukan atas dua perkara.  Pertama – membalas dendam atas pembunuhan yang dilakukan oleh tentera India (IPKF) sepanjang mereka berada 3 tahun di Sri Lanka, dan kedua – LTTE khuatir Rajiv Gandhi akan mengotakan janjinya untuk menghantar kembali tentera India jika beliau memenangi pilihanraya.

10. Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa juga menemui nasib yang sama setelah terbunuh bersama 17 mangsa lain pada jam 12.45 petang semasa menghadiri perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei 1993. Mangsa yang cedera pula adalah 38 orang, termasuk 7 parah. Polis menemui kepala pengebom tersebut yang telah putus, dengan kapsul cyanide didalam mulutnya, teknik yang biasa diguna pakai oleh pemberontak LTTE.

Selain kedua ketua negara diatas, 9 menteri, 26 ahli parlimen, 22 ahli politik, 12 pegawai kanan tentera turut menjadi mangsa pembunuhan sepanjang tempoh perang saudara ini.

11. Pada 11 November 1993, gerila LTTE melancarkan Operasi Frog (Pertempuran Poonaryn) dengan menyerang serentak kem-kem tentera dan pangkalan tentera laut berdekatan. Serangan mengejut ala komando oleh LTTE Berjaya menembusi kem di Pooneryn dan pangkalan tentera laut Nagathevanthurai, memusnahkan beberapa bot, dan merampas beberapa lagi. Beberapa mortar dan dua buah kereta kebal T-55 juga telah berjaya ditawan oleh LTTE. Seramai 241 tentera Sri Lanka terbunuh, dan kira-kira 200 lagi ditawan / hilang dan dipercayai telah dibunuh oleh LTTE. Pihak LTTE mengalami 200 kemalangan jiwa. Bantuan tiba di kem Pooneryn empat hari kemudian.

12. Selepas 1993 tiada lagi pertempuran besar-besaran berlaku. Kedua-dua pihak bersetuju dengan gencatan senjata pada awal 1995, namun kedamaian hanya dikecapi selama 100 hari apabila LTTE sekali lagi mencabuli gencatan senjata dengan menyerang dan menenggelamkan bot tentera laut SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru pada 19 April 1995 menandakan bermulanya fasa Perang Eelam 3 (1995 hingga 2000).

13. Perang saudara ini telah memasuki fasa ke – 3 setelah berlanjutan selama 12 tahun. Fasa ini turut dikenali sebagai Perang Eelaam 3 yang berlarutan selama 5 tahun lagi. Kedua-dua belah pihak iaitu LTTE dan tentera Sri Lanka saling melakukan ofensif. LTTE sendiri telah melancarkan satu siri serangan “Oyatha Alaikal Natavatikkal” (Unceasing Wave) dengan serangan pertama pada tahun 1996 (berjaya menawan Mullaitivu), diikuti pada tahun 1998 (berjaya menawan Kilinochchi), 1999 (berjaya menawan Vanni) dan yang ke empat pada tahun 2000 dalam usaha menawan kembali Jaffna. Pada penghujung fasa ketiga ini, LTTE Berjaya menguasai 30% kawasan di Sri Lanka.

14. Gencatan senjata yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak bertelagah hanya bertahan selama 100 hari. LTTE sekali lagi mencabuli perjanjian gencatan senjata dengan serangan yang dilakukan oleh penyelam komando dari unit Sea Tigers yang menenggelamkan 2 buat bot bersenjata Tentera Laut Sri Lanka, SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru di pelabuhan Trincomalee. Pada hari yang sama juga iaitu 19 April 1995, pemimpin LTTE Velupillai Prabhakaran mengutus surat kepada Presiden Kumaratunga bahawa gencatan senjata telah ditamatkan. Beberapa jam selepas itu, 2 buah bot bersenjata (gunboat jenis Shanghai II) dari No. 3 Skuadron Bot Meriam Laju karam akibat letupan bom oleh LTTE itu. Penyelam tentera laut menemui 11 mayat anggota tentera laut Sri Lanka dan 4 mayat penyelam LTTE (termasuk 2 wanita).

15. Operasi Riviresa I (Op Sunrays) dilancarkan enam bulan selepas serangan LTTE di pangkalan tentera laut Trincomalee. Objektif operasi ini adalah untuk menawan Jaffna dari LTTE. Perancangan untuk operasi ini telah dilakar semenjak Jun 1993 (2 tahun sebelumnya), tetapi ketika itu, Presiden Sri Lanka agak kurang yakin dengan keupayaan tentera Sri Lanka untuk menawan kubu kuat LTTE, iaitu Jaffna. Maj Gen Rohan Daluwatte terlibat dalam perancangan dan persiapan operasi di bantu oleh Maj Gen Gamunu Kulatunge, Col. Lucky Rajasinghe dan Col. Mohan Rockwood.

Operasi ini melihatkan seramai 20,000 tentera telah diatur gerak dengan 3 formasi (51, 52 & 53 Divisyen). Divisyen ke – 51 dan 52 mengambil masa selama 2 bulan untuk mara sejauh 30 kilometer, kemudian dibantu oleh Divisyen ke – 53 yang terdiri dari 534 Briged Bebas, 531 Briged Mobil Udara, 533 Briged Armor dan 532 Briged Infantri). LTTE telah melakukan persiapan awal dengan menanam periuk api di semua jalan masuk ke Jaffna dan membina lebih pertahanan dengan bantuan dari gerila LTTE yang datang dari timur Sri Lanka. Pada 29 Nov 1995, 53 Division dibawah pimpinan Brig Janaka Perera melancarkan serangan ke atas kubu-kubu LTTE di Jaffna. Dengan kekuatan 3 briged (531, 532 & 534) melancarkan serangan secara serentak dan mengepung Jaffna, LTTE gagal mengatur pertahanan mereka dengan berkesan. Pada 2 Disember 1995, selepas pertempuran sengit selama 50 hari, Divisyen ke -53 berjaya memasuki bandar Jaffna tanpa tentangan (LTTE telah berundur dengan menggunakan bot-bot malam sebelumnya).

16. Pertempuran Mullaitivu (18 Julai 1996). LTTE melancarkan Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves) ke atas pengkalan tentera Sri Lanka di Mullaitivu di timur laut Sri Lanka. Pertempuran mengorbankan 1,400 tentera Sri Lanka dan 330 gerila pemberontak LTTE. Kira-kira 2,000 gerila LTTE melakukan serangan pada jam 1.30 am dari arah utara dan selatan, manakala Sea Tigers pula menyerang dari arah timur. Selepas 8 jam bertempur, LTTE Berjaya menembusi pertahanan kem, dan sejam berikutnya mereka Berjaya menawan tapak artileri, amra dan memusnahkan menara komunikasi. Buat seketika, anggota Rejimen Infantri Vijayabahu berjuang bermati-matian dan dapat bertahan hingga ke senja. LTTE berkumpul semula dan menyambung serangan ke atas saki baki tentera yang bertahan. Malangnya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba. Menjelang subuh hanya tinggal 207 anggota tentera yang bertahan. Semasa ditawan, seorang pegawai muda telah melontar sebutir grened ke arah sekumpulan pemimpin LTTE, membunuh 6 orang termasuk seorang pemimpin kanan LTTE. Marah dengan tindakan tersebut, LTTE telah membakar hdup-hidup semua tawanan yang ada. Dalam pertempuran ini LTTE telah berjaya merampas 2 x meriam 122mm, 2 x 120mm mortar, 15 x 81mm mortar, 41 x 60mm mortar, 5 x GPMG dan ribuan peluru meriam serta mortar bernilai USD 20 juta. Pada tahun 1998, perisikan tentera telah melaporkan Capt. Suresh Raj, pegawai artileri etnik Tamil telah membocorkan maklumat lengkap kedudukan artileri dan lakaran kem kepada pihak LTTE. Hanya 13 tahun kemudian bandar Mullaitivu dapat ditawan kembali oleh tentera Sri Lanka.

17. Selepas beberapa pertempuran besar dan juga beberapa siri rundingan, kerajaan dan LTTE menandatangani gencatan senjata pada 22 Februari 2002. Pada 21 Julai 2006, LTTE telah menutup pintu air empangan Mavil Aru, sekaligus memotong bekalan air ke 15,000 perkampungan yang berada dibawah kawasan kawalan kerajaan. Setelah rundingan gagal membuahkan sebarang hasil, tentera udara telah melancarkan serangan ke posisi-posisi LTTE berhampiran empangan tersebut. Hanya pada 8 Ogos 2006 pintu air tersebut berjaya dibuka kembali. Serangan ini menandakan bermulanya Fasa 4 dan ini adalah fasa terakhir perang yang membawa kepada kemenangan kepada kerajaan Sri Lanka dan terbunuhnya pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran. Ketika fasa ini berlangsung, Sri Lanka telah menggembling tenaga 200,000 anggota tentera berhadapan dengan 18,000 anggota LTTE. Pada penghujung perang 6,261 anggota tentera terkorban, manakala kematian bagi pihak LTTE dianggarkan 15,000 orang. Hari-hari terakhir pertempuran sengit di timurlaut Sri Lanka menyaksikan 300,000 penduduk Tamil terperangkap dalam pertempuran antara kedua-dua pihak.

18. Dalam ofensif besar-besaran yang dilakukan oleh tentera kerajaan dari 5 arah dan secara serentak, kekuatan LTTE telah terpecah dan tidak berupaya menghalang kemaraan ketumbukan tentera Sri Lanka. Setelah satu demi satu kubu-kubu LTTE jatuh ke tangan tentera kerajaan, pemimpin-peminpin LTTE cuba menyelamatkan diri. Setelah berundur ke Mullaitivu bersama beberapa pemimpin, Charles Anthony (anak Prabhakaran) cuba memecahkan pertahanan pasukan tentera pada jam 3 am, 18 Mei 2009 tetapi menemui kegagalan. Dia mati bersama-sama 100 gerila LTTE. Pasukan tentera menemui wang tunai berjumlah 12 juta rupee berasama mayatnya. Pada waktu tengaharinya, terdapat khabar angin bahawa Prabhakaran terbunuh dalam serangan roket, tetapi ternyata tidak benar. Sekumpulan kader LTTE terdiri dari 30 pengawal peribadi Prabhakaran yang paling setia cuba melarikan diri mengikut hutan paya di Nandikadal. Salah seorang pengawal peribadinya dikatakan membawa petrol bertujuan membakar mayat Prabhakaran jika beliau membunuh diri.

Pasukan tentera pimpinan Col. G.V. Ravipriya telah melakukan pemberishan dikawasa tersebut pada jam 3.30 pm sehingga 6.30. Setelah berehat, mereka menyambung semula keesokkan paginya bermula jam 7.30 am. Pada ketika inilah mereka bertempur dengan pasukan Prabhakaran selama dua jam (19 Mei 2009). Kesemua anggota LTTE telah berjaya dibunuh, dan semasa pemeriksaan, Sarjan Muthu Banda dari Task Force 8 melaporkan kepada Col. Ravipriya bahawa beliau menemui mayat mirip Prabhakaran yang terapung di hutan paya tersebut. Col. Ravipriya membuat pengecaman dan pasti bahawa itu adalah mayat Prabhakaran. Sekeping dog tag dengan nombor 001, dua pucuk pistol, rifal T-56 dengan pejera teleskopik, telefon satelit dan bekas ubatan mengandungi ubat kencing manis turut ditemui.

19. Pada jam 12.15 pm Panglima Tentera Sri Lanka, Gen. Sarath Fonseka mengumumkan kematian Prabhakaran secara rasmi melalui siaran tv. Identitinya telah dikenalpasti oleh Karuna Amman, antara orang kepercayaan Prabhakaran, dan melalui ujian DNA ke atas anaknya Charles Anthony yang terbunuh lebih awal.

Ada yang mengatakan Prabhakaran telah ditembak oleh orangnya sendiri, atau telah membunuh diri sebagaimana dikatakan oleh Karuna Amman. Bagainmanapun telah dinafikan oleh pihak tentera kerana ia berkemungkinan dari kecederaan akibat serpihan peluru disebabkan tiada “exit wound” yang jelas. Prabhakaran mati ketika berusia 54 tahun.

20. Pengajaran – berdasarkan kronologi yang telah disusun ini kita oleh membuat kesimpulan mudah:

a) tidak seperti gerila-gerila komunis PKM yang bersembunyi didalam hutan dan dalam kumpulan kecil, LTTE mempunyai keanggotaan yang besar dan menguasai kawasan utara dan timur Sri Lanka.

b) berkeupayaan melakukan perang konvensional dan serangan berbentuk “human wave”

c) juga memiliki pasukan udara dan laut, juga pasukan komando berani mati yang berjaya melakukan operasi penuh kejutan seperti menenggelamkan kapal tentera laut dan juga lapangan terbang

d) sering melanggar gencatan senjata dan perjanjian damai

e) melakukan pembunuhan beramai-ramai

f) mempunyai risikan yang baik

g) mempunyai dana yang besar

h) india juga didapati tidak menyokong perjuangan LTTE

i) menggunakan pengebom bunuh diri sebagai satu cara serangan tersusun, bukan oleh inisiatif individu sendiri

j) LTTE jelas adalah musuh orang Islam, telah membunuh beribu orang Islam awam Sri Langka , tidak kira wanita atau kanak-kanak, khususnya apabila orang Islam sedang beribadat dalam masjid-masjid

k) LTTE adalah lebih ganas dan lebih bahaya daripada ISIS

# Copy paste dari tulisan Batumalai Parameswara.

Tuesday, September 17, 2019

Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan

Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan
1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.
5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.
6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan
13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
17. Amalkan ayat Manzil.
18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.
23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.
31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
33. Mandi garam pagi dan petang.
34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.
35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib
38. Amalan zikir asma ul husna.
39. Makan kurma 1 hari 1 biji
40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.
42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.
44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.
45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
46. Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu
47. Tawakal pada Allah SWT
❤️❤️❤️❤️
Assalamualaikum
Sembuhkan Gout dalam masa 7HARI, tak perlu lagi berpantang makan. Info boleh baca sini:
👇👇👇

Tuesday, August 20, 2019

Makna pasang bendera terbalik dan tukar jalur putih kpd hitam.

Makna pasang bendera terbalik dan tukar jalur putih kpd hitam. 

Seorang kawan , Dr. Rauf Lin, Profesor Anjung USM, seorg Maulaf, pakar mengenai adat resam masyarakat Cina memaklum bahawa org Melayu skrng ini mesti bersiap sedia utk menghadapi kemungkinan besar perang perkauman berlaku di Malaysia dlm tempoh terdekat ini. 

Warna hitam kpd org Cina ialah maut. Kerana bendera merupakan maruah dan roh satu2 bangsa apabila dipasang terbalik dgn sengaja, merupakan simbul dan signal kpd org Cina supaya bersiap sedia utk  bertindak dan berperang. Dr. Rauf mengingatkan bahawa jgn setakat syok dan lawak2 dlm u tube tapi tidak ada apa2 persiapan utk bertindak apabila berlaku sesuatu mala petaka. Cina dan siap semuanya. Susun pelbagai strategi melalui badan2 NGO Cina termasuk kongsi gelap 9 naga.

Peringatan Tahap Tertinggi

Peringatan Tahap Tertinggi

Menurut Sun Tzu "Jika kamu bersedia untuk berperang maka kamu dapat menghindarkan peperangan".

Apa maksud Sun Tzu tersebut. Maksudnya jika sesebuah negara membuat persediaan untuk berperang seperti kerap berlatih dan bersedia dgn senjata baru maka negara yg berniat untuk menyerang akan berfikir bnyk kali kerana begitu besar risiko jika berperang dgn yg sudah bersedia untuk berperang.

Contoh yg mudah jika anda seorang ahli silat yg hebat dan bersedia 24 jam adakah ada orang yg berani menceroboh rumah anda.

Jika diteliti dgn satu fenomena bendera dipasang terbalik. Ini bukan perkara yg tidak disengajakan. Ini adalah isyarat tertentu bg kelompok tertentu sahaja yg memahami. MUNGKIN bendera yg dipasang terbalik dikuantan memberikan isyarat bahawa kumpulan di Kuantan sudah siap siaga menantikan isyarat seterusnya. Sebab itu fenomena bendera dipasang terbalik berlaku di beberapa tempat di Malaysia. Kita boleh ANDAIKAN jika seluruh Malaysia bendera dipasang terbalik akan ade satu tindakan yg mungkin kita tidak jangka.

Begitu juga berlaku sabotaj ke atas beberapa masjid di Kedah. Ini pun satu percubaan untuk menguji tahap persediaan orang melayu islam.

Jika diteliti pada sejarah yg lepas contoh Perang Lukut bahawa orang melayu di Lukut diserang oleh kongsi gelap dr Melaka ketika orang melayu tidak bersedia sehinggalah Raja Ali Haji membuat serangan balas. Dalam peristiwa 14 hari PKM memerintah orang melayu diserang ketika orang melayu juga tidak bersedia sehinggalah muncul kumpulan selendang merah untuk mempertahan bangsa melayu.

Jika kita berfikiran bahwa tentera dan polis yg ramai berbangsa melayu memihak kepada orang melayu jika berlaku sesuatu yg tidak kita inginkan maka ini merupakan satu pandangan yg salah. Tentera dan polis pasti tidak dibenarkan mencampuri urusan ini jika tidak mahu kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China atau India mencampuri urusan negara kita.

Bagi menyelamatkan keadaan dari berlakunya perkara yg tidak baik di negara kita ini. Tidak boleh tidak orang melayu harus mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan cara ini sahaja kita dapat menghindarkan diri dari berlaku perkara tidak baik di dalam negara ini.

Sila viralkan maklumat ini supaya kumpulan tersebut juga sedar bahawa kita sudah menyedari motif mereka. Sila viralkan maklumat ini kepada semua orang melayu islam supaya kita bersedia. Jika kita tidak bersedia maka perkara buruk tidak dapat kita elak nanti.

Sekian