Tuesday, July 19, 2022

Kontrak Sosial Kerakyatan Malaysia

 PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR


MAKLUMAT PENTING.


KPD RAKYAT DAN KHAS NYA ANAK2 MUDA MALAYSIA YG KURANG TAHU TENTANG SEJARAH NEGARA DI HARAP BACA PERJANJIAN SOSIAL INI.


PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR


Oleh Peguam Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz


*1. Proses Malaya menuntut kemerdekaan daripada British dipermudahkan dengan dasar British Decolonisation Programme (BDP) selepas tahun 1945.*


2. BDP adalah dasar Kerajaan Britain untuk meninggalkan negara yang telah dijajah akibat kos pengurusan negara yang meningkat tinggi akibat perang dunia dan hasil bumi yang dirompak dari negara-negara yang dijajah tidak lagi menguntungkan British.


3. Ketika ingin melepaskan Malaya, terdapat lebih 2 juta BURUH paksa dari negara CHINA dan INDIA yang telah dibawa masuk oleh British ke Malaya untuk industri bijih timah dan getah British.


*4. Tunku Abdul Rahman mahu Malaya Merdeka dan pendatang semua dihantar balik ke NEGARA ASAL.*


5. Namun British enggan menanggung kos penghantaran balik pendatang dan Tunku DIPAKSA untuk menerima mereka semua sebagai warganegara.


*6. Tunku TIADA PILIHANAN melainkan menawarkan skim KONTRAK SOSIAL kepada kaum PENDATANG.*


7. Sebagai balasan kepada KEMURAHAN HATI ORANG MELAYU memberikan taraf warganegara kepada kaum-kaum PENDATANG, kaum pendatang telah BERSETUJU untuk mengiktiraf ISLAM sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara, HAK ISTEMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


*8. Mengikut undang-undang kontrak, apabila mana-mana pihak memungkiri sesuatu kontrak maka pihak-pihak boleh dikembalikan kepada STATUS QUO ASAL masing-masing.*


9. Bermaksud jika satu pihak telah mula TIDAK menerima kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, HAK ISTIMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu, maka pihak yang satu lagi juga berhak MENARIK BALIK pemberian kewarganegaraan kepada kaum PENDATANG.


*10. Jadi berhati-hatilah dalam mengurus keturunan kamu. Jangan biar mereka BUTA SEJARAH.*


Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)


Baca berita selanjutnya di;

https://www.editormalaysia.com/5611/


SOALAN - Adakah boleh DITARIK BALIK HAK KERAKYATAN BUKAN MELAYU yang telah diberikan dengan MEMPERTIKAI KEDUDUKAN MELAYU ?


Info ini dikongsi oleh sahabat pejuang saya. Mengikut perkara di atas,sukacita ingin di ingatkan, YA, hak kerakyatan bukan Melayu boleh ditarik balik jika terdapatnya pertikaian yang serius terhadap perlembagaan tentang kedudukan hak orang Melayu. Malah terdapatnya contoh yang sudah pun berlaku.


Menurut Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan.


CONTOH yang telah dilucutkan hak kerakyatan adalah Lim Lian Geok (Presiden Jiao Zong) pada 12 Ogos 1961 dan C.C. Yong pada 30 Oktober 1968. Kes ini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang cuba mencabar kedudukan hak orang Melayu dalam perlembagaan Tanah Melayu.


Oleh itu,janganlah kita mempertikaikan perlembagaan yang telah termaktub dan dipersetujui seluruh rakyat Tanah Melayu dari dahulu lagi. Kita semua mahu hidup dalam keadaan aman dan sejahtera bersama keluarga dan sahabat handai tidak kira Melayu,Cina mahupun india. Mari kita hormat menghormati sesama kita berlandaskan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama dari zaman tok moyang kita dahulu lagi. Boleh disebarkan untuk tujuan pembelajaran rakyat Malaysia. Sekian.


Terima kasih.


COPY & SHARE JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN RAJA2 MELAYU, AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU & NEGARA MALAYSIA YANG KITA CINTAI SERTA TIDAK MAHU ANAK CUCU NANTI JADI PENGEMIS DI TANAH SENDIRI.. 


VIRALKAN...SEGERA

Thursday, July 7, 2022

Kisah Rusa Betina Sedang Hamil

 Seekor rusa betina

sedang Hamil

Ketika hampir detik-detik kelahirannya,

rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh

di pinggir hutan yang berdekatan

dengan sungai.


Tiba-tiba.....

sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !


Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.


Ketika rusa ini menoleh ke kiri,

tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.


Saat menoleh ke kanan,

ia pun terkejut melihat seekor singa lapar

yang siap menerkamnya.


Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :


1. Mati dimangsa singa.

2. Mati terkena panah.

3. Mati terbakar.

4. Atau mati tenggelam karena melompat

ke sungai.


Yang jelas ...

Bahaya mengancam dari berbagai penjuru

dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.


Lalu apa yang harus ia lakukan?

Bersedih dan merintih?


Menangis dan menjerit?

Atau ia harus berlari

sementara kondisinya begitu lemah?

Atau menyerah pada keadaan?


Rusa pun pasrah.

Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.


Lalu apa yang terjadi?


Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu.

Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar.

Singa malang itu mati seketika.


Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.


Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.


Rusa pun melahirkan dengan selamat !


Sahabatku....


Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.


Masalah di tempat bekerja,

masalah di dalam keluarga,

masalah di kampus,

masalah dengan pasangan hidup semuanya datang bersamaan.


Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..


Lalu apa yang harus dilakukan?

Jadilah seperti Rusa.

Biarkan semuanya berjalan apa adanya dan tetaplah fokus dan optimis.


Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !

Selebihnya serahkan kepada TUHAN


Karena Tuhan lah yang mengatur jalan kehidupanmu.


🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏


Foto ilustrasi

Monday, July 4, 2022

Kes Tuntutan nafkah ibubapa kepada anak

 🌈😷


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di *Kampung Jiboi Baru, Ampangan.*


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. 


“Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

“Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.

Perintah ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.


Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.


Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan , memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.


Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


*Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah :*


1. Pentingnya ibu bapa *mendidik anak-anak dengan Islam* sehingga lahir kasih sayang kerana Allah dan perasaan tanggungjawab di antara mereka.


2. Penting ibu bapa *memadankan anak-anak mereka dengan pasangan-pasangan yang beragama* yang turut menghormati mertua disamping menghormati ibu bapa mereka sendiri.


3. Setiap dosa di dalam Islam boleh dianggap jenayah oleh Mahkamah Syariah. *Ini termasuk menghalau ibu bapa keluar dari tempat kediaman mereka tanpa pembelaan.*


4. Dokumen dan penama pemilikan rumah, tanah atau apa sahaja hartanah adalah suatu yang penting disimpan. *Jangan mudah menukar nama pemilikan tanpa sebarang jaminan ketaqwaan dan hitam putih.*


5. Sebarang permasalahan keluarga yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri *boleh dirujuk ke Mahkamah Syariah.*


6. Penting seseorang *mengatur kehidupan mereka termasuk mengatur budget perbelanjaan bulanan.* Jika gagal mengaturnya dengan baik, gaji ribuan ringgit sebulan pun tidak akan mencukupi bukan sahaja untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa yang telah tua, tetapi juga untuk diri dan keluarga sendiri.


7. Kejayaan dalam pelajaran adalah satu perkara. *Namun kejayaan dalam berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat adalah suatu perkara yang lain pula.*


8. Mendapat gaji adalah suatu perkara. *Namun mendapat wang yang berkat adalah suatu perkara yang lain.* Rezeki yang diberkati Allah melahirkan taqwa kepada insan, puas (qanaah) dengan apa yang ada disamping memberi dorongan kepada seseorang untuk terus menambah usaha demi berbakti kepada umat dan Agama.


9. *Pasangan yang baik di dalam perkahwinan ialah pasangan yang sering mengingatkan kita akan tanggungjawab kita terhadap keluarga* dan selebihnya sanak saudara.


Sebaik-baik perhiasan di dunia ialah Isteri yang Solehah. Sebaik-baik peninggalan di dunia ialah Anak Yang Soleh. Lihatlah, kesemuanya ialah harta insan atau manusia, bukan banglo yang tersergam, kereta mewah yang meluncur dan wang ringgit yang melimpah ruah.


Allah swt Maha Penerima Taubah (At-Tawwab). Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat, tidak kembali kepada perbuatan salahnya, membaiki dan mempertingkatkan dirinya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.


Semoga kita dan anak-anak kita dapat manfaat dari kisah tauladan ni.

😷😔😕