Pada 25 November, 2011 yang lalu merupakan ulang tahun pertama kembalinya ibuku ke rahmatullah. Dengan kesibukan kerja, aku tidak mengadakan kenduri untuknya. Cuma mengahadiahkan al Fatihah di tempat kelas pengajianku.
Satu kenanganku, ibuku semasa aku kecil telah memjual tali yang diperbuat dari pokok pisang. Sekrang dah tidak ada kerana orang gunakan tali plastik.
Monday, December 5, 2011
Sunday, September 25, 2011
PETUA PAK AZIZ ( 1 )
1. Buang Penyakit Batu Karang/Buah Pinggang :
Pak Aziz kata ambil ubi Lalang 7 atau 21 batang, campur 3 gelas air dan gula batu. Rebus sehingga menjadi satu gelas air tersebut. Kemudian air itu diisi dalam satu gelas dan dibahagi tiga. lepas itu, air itu diminum tiga kali. Setahun hanya boleh buat 2 kali sahaja.
2. Penyakit lelah.
Pak Aziz kata ambil lendir belut dan diminum. Buat tiga kali.
3. Penyakit kanser.
Pak Aziz kata ambil sarang angkut-angkut dan daun semalu. Kemudian ditumbuk dengan sedikit air zam-zam dan disapu di tempat kena kanser itu.
Wa Allahu Aklam.
Pak Aziz kata ambil ubi Lalang 7 atau 21 batang, campur 3 gelas air dan gula batu. Rebus sehingga menjadi satu gelas air tersebut. Kemudian air itu diisi dalam satu gelas dan dibahagi tiga. lepas itu, air itu diminum tiga kali. Setahun hanya boleh buat 2 kali sahaja.
2. Penyakit lelah.
Pak Aziz kata ambil lendir belut dan diminum. Buat tiga kali.
3. Penyakit kanser.
Pak Aziz kata ambil sarang angkut-angkut dan daun semalu. Kemudian ditumbuk dengan sedikit air zam-zam dan disapu di tempat kena kanser itu.
Wa Allahu Aklam.
Sunday, August 7, 2011
TAFFAKUH DAN INZAR
Taffakuh fi deen dan Inzar adalah amat penting dalam Islam. Oleh kerana tiada taffakuh iaitu tidak ambil ajaran Islam yang sebenar, maka kepimpinan pemerintahan Islam telah berpindah dari bangsa Arab kepada hamba iaitu Imam Malek, berpindah kepada bangsa Kurdish iaitu Salahuddin al Ayubi, berpindah kepada bangsa Tartar dan berpindah kepada bangsa Turki iaitu pemerintahan Uthmaniah.
Disebabkan tiada taffakuh dalam ibadat Haji, ada yang melontar dengan batu besar atau selipar. Begitu juga tiada taffakuh dalam jihad, maka ada yang membunuh orang tua, kanak-kanak dan perempuan dalam peperangan.
Dengan adanya taffakuh, maka telah wujud persefahaman antara imam yang besar; Imam Shafie, Imam Malik dan Imam Ahmad Ibnu Hambal. Begitu juga dengan adanya taffakuh, Ulama Islam telah mengembangkan Islam di Asia Tenggara sehingga mencapai 300 juta umat. Wlaupun, orang Hindu dan Budha tidak termasuk di kalangan ahli Kitab tetapi ulama Asia Tenggara tidak membunuh mereka tetapi mendakwahkan kepada mereka.
Inzar perlu dilakukan din kalangan ulama agar Islam sentiasa ditegakkan di bumi Allah ini.
Petikan daripada Ucap Utama TG DS Hj Abdul Hadi Awang di Konvokesyen KIDU ke 10 pada 30 Julai, 2011.
Wednesday, June 22, 2011
KISAH KAPAK SIRI ( 1 )
Satu kisah di suatu padang penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Tiba-tiba terjatuh satu mata kapak. Maka berhimpunlah semua tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok bermesyuarat tentang wujudnya mata kapak yang akan merbahayakan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Tiada suatupun di kalangan mereka yang dapat mencadangkan cara hendak mengatasi mata kapak itu. Akhirnya, bertanyalah kepada mereka yang lebih tua di kalangan mereka cara mengatasi mata kapak itu. Menurutnya, cara hendak mengatasi mata kapak itu ialah di kalangan mereka hendaklah bersatu agar jangan ada di kalangan mereka mahu menjadi hulu kapak itu. Maka kapak itu tidak akan dapat memusnahkan mereka.
PETUA UNTUK SIHAT
1. Daripada ustaz Saad Permatang Bogak supaya badan sihat iaitu supaya baca ayat al Kursi 9 wakaf dan hembus depan, hempus belakang, hembus kiri kanan, atas bawah. Setelah selesai sebut : Tertib, ini kota Rasulullah. Buat 5 kali sekali sahaja.
2. Baca : Allahuma Solli Tunji hingga akhir .......................... sebelum tidur.
JUMPA KAWAN LAMA
Pada hari Selasa, 21 Jun, 2011 aku telah berjumpa kawan lama, Helmy Mujahid Omar. Dia datang ke tempat aku kursus imam di infra, Bangi dan bawa aku serta keluarganya pergi makan Sup Ketin di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Aku berbual seperti biasa kerana sudah 26 tahun tidak berjumpa. Kemudian, Helmi panggil Mustapa Abdullah juga kawan lama belajar berjumpa kami. Selepas makan, Mustapa menghantar aku balik ke tempat aku kursus.
Subscribe to:
Posts (Atom)