Satu kisah di suatu padang penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Tiba-tiba terjatuh satu mata kapak. Maka berhimpunlah semua tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok bermesyuarat tentang wujudnya mata kapak yang akan merbahayakan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Tiada suatupun di kalangan mereka yang dapat mencadangkan cara hendak mengatasi mata kapak itu. Akhirnya, bertanyalah kepada mereka yang lebih tua di kalangan mereka cara mengatasi mata kapak itu. Menurutnya, cara hendak mengatasi mata kapak itu ialah di kalangan mereka hendaklah bersatu agar jangan ada di kalangan mereka mahu menjadi hulu kapak itu. Maka kapak itu tidak akan dapat memusnahkan mereka.
Wednesday, June 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment