Satu kisah di suatu padang penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Tiba-tiba terjatuh satu mata kapak. Maka berhimpunlah semua tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok bermesyuarat tentang wujudnya mata kapak yang akan merbahayakan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Tiada suatupun di kalangan mereka yang dapat mencadangkan cara hendak mengatasi mata kapak itu. Akhirnya, bertanyalah kepada mereka yang lebih tua di kalangan mereka cara mengatasi mata kapak itu. Menurutnya, cara hendak mengatasi mata kapak itu ialah di kalangan mereka hendaklah bersatu agar jangan ada di kalangan mereka mahu menjadi hulu kapak itu. Maka kapak itu tidak akan dapat memusnahkan mereka.
Wednesday, June 22, 2011
PETUA UNTUK SIHAT
1. Daripada ustaz Saad Permatang Bogak supaya badan sihat iaitu supaya baca ayat al Kursi 9 wakaf dan hembus depan, hempus belakang, hembus kiri kanan, atas bawah. Setelah selesai sebut : Tertib, ini kota Rasulullah. Buat 5 kali sekali sahaja.
2. Baca : Allahuma Solli Tunji hingga akhir .......................... sebelum tidur.
JUMPA KAWAN LAMA
Pada hari Selasa, 21 Jun, 2011 aku telah berjumpa kawan lama, Helmy Mujahid Omar. Dia datang ke tempat aku kursus imam di infra, Bangi dan bawa aku serta keluarganya pergi makan Sup Ketin di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Aku berbual seperti biasa kerana sudah 26 tahun tidak berjumpa. Kemudian, Helmi panggil Mustapa Abdullah juga kawan lama belajar berjumpa kami. Selepas makan, Mustapa menghantar aku balik ke tempat aku kursus.
Subscribe to:
Posts (Atom)