Tuesday, August 13, 2013

UBAT PAYAH HENDAK TIDUR

Pada satu hari ada seorang kawan datang jumpa aku mengadukan masalah susah hendak tidur, maka aku rasa pelik pulak. Biasanya orang senang tidur dan banyak tidur. Maka aku bawa jumpa seorang pak Imam. Pak Imam itu kata dia ada ubat untuk cepat tidur. Pak Imam pun masuk ke dalam rumahnya dan bawa keluar teks khutbah Jumaat dan berikan kepada kawan aku. Pak Imam itu kata ini ubat payah nak tidur. Aku kata ini teks khutbah Jumaat bukan ubat tidur. Pak Imam itu kata inilah ubat tidur kerana sejak dia baca khutbah Jumaat 30 tahun yang lalu apabila dia mula baca khutbah maka ramai makmum akan tidur. Lagi lama dia baca khutbah Jumaat, maka lagi ramai akan tidur. Kawan aku pun baca teks khutbah Jumaat itu, maka makin lama dia baca makin bertambah mengantuk dan lalu tertidur. Aku kata kepada pak Imam itu bahwa betullah teks khutbah Jumaat itu UBAT TIDUR.

Monday, August 5, 2013

PETUA PAK AZIZ (2)

Menurut kepercayaan orang melayu kalau seseorang yang berjalan lompat gagak maka sifat orang yang seperti ini tidak boleh dipercayai percakapan dan amanahnya. Kita kena berhati-hati dengan kata-kata orang yang seperti ini. Jangan harapkan sangat kalau diberikan amanah kepadanya.

Tuesday, July 23, 2013

DUA ORANG TELAH PERGI

Pada tahun ini, dua kawanku telah ke rahmahtulLah iaitu Tuan Haji Zulkifli Abdullah dan Drs. Mohd Redzuan Haji Abd Wahab. Haji Zul merupakan kawanku semasa di ITM Shah Alam manakala Ustaz Wan merupakan kawan dan bosku semasa aku berkerja di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Tuan Haji Zul kali terakhir berjumpa aku ketika Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Kami berjumpa di rumah bapa Dr. Anuar Ahmad, Naib Caonselor UNISEL yang disewa oleh kawasanku. Haji Zul berjumpa dengan aku hanya dengan bermotosikal dariapada Dungun. Kami berjumpa tidak lama. Sekejap sahaja. Haji Zul telah kembali ke rahmatulLah pada 2 Jun, 2013.