Pada satu hari ada seorang kawan datang jumpa aku mengadukan masalah susah hendak tidur, maka aku rasa pelik pulak. Biasanya orang senang tidur dan banyak tidur. Maka aku bawa jumpa seorang pak Imam. Pak Imam itu kata dia ada ubat untuk cepat tidur. Pak Imam pun masuk ke dalam rumahnya dan bawa keluar teks khutbah Jumaat dan berikan kepada kawan aku. Pak Imam itu kata ini ubat payah nak tidur. Aku kata ini teks khutbah Jumaat bukan ubat tidur. Pak Imam itu kata inilah ubat tidur kerana sejak dia baca khutbah Jumaat 30 tahun yang lalu apabila dia mula baca khutbah maka ramai makmum akan tidur. Lagi lama dia baca khutbah Jumaat, maka lagi ramai akan tidur. Kawan aku pun baca teks khutbah Jumaat itu, maka makin lama dia baca makin bertambah mengantuk dan lalu tertidur. Aku kata kepada pak Imam itu bahwa betullah teks khutbah Jumaat itu UBAT TIDUR.
Tuesday, August 13, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment