Alfaiz Consultancy
Jumaat, 3 Januari 2014
Pakej Pernikahan Di Thailand
PAKEJ NIKAH SIAM SERENDAH RM1,500 SAHAJA..!!!
Pakej yang ditawarkan termasuk:
1) Pengangkutan pergi dan balik.
2) Penginapan dua hari satu malam.
3) Makan tengah hari untuk pasangan.
4) Bayaran kepada Majlis Agama Islam Songkhla.
5) Bayaran kepada Imam jurunikah (Qadhi).
6) Bayaran kepada 2 orang saksi (Naib Qadhi).
7) Bayaran kepada Konsulat Jeneral Malaysia.
8) Bayaran fotostat semua dokumen
9) Gambar dan video
10) Khidmat nasihat pendaftaran nikah luar negara.
Segala proses pernikahan yang dijalankan adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia
Proses Nikah di Thailand
Pihak kami akan membawa pasangan ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau Majlis Agama Islam Phatthalung (MAIP). Perkahwinan akan berlangsung di MAIS/ MAIP sejurus selepas tiba di sana. Dalam tempoh 30 minit selepas perkahwinan, MAIS/ MAIP akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.
Selepas itu, kami akan membawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Bandar Songkhla untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk jamuan makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Selepas makan, pasangan akan terus pergi ke hotel yang terletak berhampiran pantai di Bandar Songkhla.
Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan dan terus ke Pejabat Konsulat untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai segala urusan di Konsulat, kami akan membawa pasangan untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik ke Malaysia melalui imigresen Bukit Kayu Hitam.
Dokumen yang Perlu Dibawa ke Thailand
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
1) Kad pengenalan
2) Pasport atau Pas Sempadan
3) Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
4) Bawa juga videocam (kamera atau telefon berkamera) untuk merakamkan akad nikah
Keperluan Visa untuk memasuki Thailand
Rakyat ASEAN dan negara-negara tertentu tidak memerlukan visa untuk memasuki Thailand. Ada baiknya membuat semakan di kedutaan Thai di Malaysia tentang keperluan visa bagi pasangan yang bukan berasal dari negara ASEAN.
Penduduk negara-negara berikut mungkin perlu kembali ke negara mereka untuk membuat visa sebelum ke Thailand; Afghanistan, Algeria, China, Egypt, India, Iran, Iraq, Lebanon, Libya, Pakistan, Palestine, Sri Lanka, Sudan, Syria dan Yemen.
Pemilihan Tarikh Pernikahan/ Perkahwinan
Pilih tarikh mana-mana dua hari bekerja untuk nikah di Thailand supaya pasangan boleh balik dengan dokumen yang lengkap iaitu; surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam serta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
Sekiranya pasangan menghadapi kesukaran untuk pergi pada hari bekerja, pasangan boleh pergi pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) atau cuti umum untuk urusan nikah terlebih dahulu, manakala urusan surat pengesahan Konsulat Malaysia boleh dibuat kemudian. Pihak kami akan menguruskan surat pengesahan tersebut dalam tempoh tiga hari bekerja.
Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
1) Pernikahan itu mengikut rukun nikah
2) Pernikahan itu melebihi dua marhalah
3) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Sila rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0
Keputusan Persidangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Mesyuarat memutuskan bagi perkahwinan yang tidak mendapat kebenaran bernikah dari JAIN, semua pihak sama ada di Malaysia mahupun di Selatan Thailand hendaklah memastikan perkahwinan yang dijalankan mengikut hukum syara’ dalam masa sama hendaklah mempunyai dokumen-dokumen utama seperti mempunyai dokumen keluar masuk sempadan Malaysia – Thailand yang sah, perakuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand, serta sijil nikah yang sah dari Majlis Agama Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Thailand.
(Dipetik daripada portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia -http://www.islam.gov.my/bila-dua-kuasa-duduk-bersama)
Pautan Berkaitan Nikah Kahwin Di Thailand
Di sini terdapat pautan-pautan yang berkaitan dengan segala urusan pernikahan di Thailand yang amat bermanfaat dan memberi maklumat terpeinci kepada bakal-bakal pasangan yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nikah kahwin di Selatan Thailand (Songkhla):
http://www.nikah-kahwin-thailand.com/
http://hajitaufiqconsultant.wordpress.com/
http://wanzarma.blogspot.com/
http://www.nikah-kahwin.com/
http://nikah-siam.sukasamasuka.net/
http://nikah-kahwin-thailand.blogspot.com/
http://nikahkahwindithailand.blogspot.com
http://drinamayra.blogspot.com/
http://wm-perkahwinan-pernikahan-thailand.blogspot.com/
http://www.majalah.com/?classified:menguruskan-nikah-kahwin-di-thailand-urusan-mudah:7BNYNJQQ0J
Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pakej yang disediakan. Namun, pihak kami akui bahawa agen-agen di atas boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Bakal pasangan juga haruslah berhati-hati agar tidak tertipu dengan agen-agen nikah di luar sana yang menawarkan pakej yang mungkin lebih murah atau lebih mahal, tetapi status pernikahan tersebut adalah tidak sah.
Khamis, 2 Januari 2014
Perkhidmatan Kami
Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah:
1.PERMOHONAN PERKAHWINAN
- Wali Hakim
- Poligami
2.PENGESAHAN & PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA
3.SABITAN NUSYUZ/PERINTAH TAAT
4.PERCERAIAN
- cerai seksyen 47
- fasakh
- ta’liq
- khulu’ (tebus talak)
- anggapan mati
- faraq pernikahan
5.TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
- Nafkah iddah
- Mutaah
- Harta sepencarian
- Nafkah tertunggak isteri
6.Hak Jagaan (hadhanah) & Nafkah Anak
- Nafkah tertunggak anak
7.Perlaksanaan & Penguatkuasaan Perintah
8.Wasiat, Hibah dan Faraid
9.Kes-kes Jenayah Syariah
10.Kes-kes mal syariah
Rabu, 1 Januari 2014
Latar Belakang Syarikat
Faiz Muhamad (Ustaz Faiz) |
Alfaiz Consultancy merupakan sebuah syarikat perunding yang menguruskan hal ehwal rumahtangga. Bermula daripada urusan pernikahan, penceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta pusaka serta khidmat guaman syar'ie.
Bagi mendapatkan khidmat urusan yang berkenaan boleh kunjungi pejabat kami di alamat berikut:
Alfaiz Consultancy
No. 201, Jalan Anggerik 3,
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
No. Telefon: 013-335 2275 (Ustaz Faiz)
kalu sy bernikah di yala dan tidak mempunyai dokumen dari konsulat malaysia,bolehkah sy mendaftar di malaysia??
ReplyDelete