Sunday, April 27, 2014

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris.

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris. Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)


Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

*Semoga ilmu ini Bermanfaat

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dilema bermadu

Dilema bermadu

  • Dilema bermadu -Gambar Hiasan
1 / 1
DIA wanita kental yang semangatnya amat saya sanjungi. Ketika mengunjunginya yang baru sahaja melahirkan anak kedua, madunya Ina, sibuk di dapur menyediakan makanan berpantang dan air mandian herba.

Dari riak wajahnya yang polos bertempelkan pilis di dahi, saya lihat sebuah duka yang amat kencang berputar di fikirannya. Mata kami saling bertaut. Siti ada sesuatu yang ingin diluahkan.

“Itulah Ina, madu Ti yang Ti ceritakan dulu. Sejak kahwin dengan abang lima bulan dulu, terus tinggal dengan Ti. Baik budaknya. Baru 20 tahun.” Siti membetulkan duduk.

Entah marah entah simpati, saya seakan mahu mencekik leher Ina yang sedang sibuk di dapur tanpa mempedulikan kami berdua.

Ketika Siti menceritakan dilema hidupnya lima bulan dulu, marah saya lebih meluap. Tapi hari ini, melihat tindak tanduk Siti yang tenang dan bersahaja, saya sabarkan diri untuk tidak beremosi di hadapan kenalan rapat yang sedang berpantang itu.

Ina gadis Melayu berketurunan Kedah yang asalnya bekerja di restoran suami Siti. Rambutnya merah, lehernya jinjang dan kakinya panjang persis model. Dibandingkan dengan wajah Siti, Ina tidaklah cantik tetapi Siti bertubuh gempal. Mungkin kurus itu yang menjadi aset dambaan suami Siti sehingga memilih Ina untuk dijadikan isteri kedua.

Dilema Siti menyentuh hati wanita saya. Kisah cinta suaminya dengan ramai gadis selalu diceritakan kepada saya sejak setahun dulu, sehinggalah kepada percintaan dan pernikahan suaminya dengan Ina.

“Apabila suami ada masalah dengan teman wanita, dia akan telefon atau jumpa Ti dan meluahkan perasaan sedihnya. Apabila putus cinta, Ti jugalah yang menjadi tempat suami meluah rasa. Bayangkan betapa remuk hati Ti saat suami tercinta meluahkan rasa sedihnya kehilangan kekasih hati.

“Bayangkan betapa terlukanya jiwa Ti saat mendengar suami menangisi pemergian perempuan lain, yang bukan isterinya. Sebagai isteri, hak apakah yang Ti ada? Ti sedih. Ti berduka sepanjang masa. Anak dikandung seakan mengerti dan menendang-nendang dinding rahim saat Ti merintih hiba. Tapi apa nak buat, ini nasib Ti dan Ti terima Ina seadanya.” Sambung Siti lagi. Air mata sudah tak dapat ditahan.

Saya dan Siti sedar, selepas habis berpantang ini, dugaan Siti lebih berat. Hati Siti mungkin juga akan lebih hancur dan terhimpit, san saya mendoakan, Siti mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah. Doa saya juga mahukan Siti beroleh kebahagiaan di penghujungnya nanti.

Begitulah kisah wanita bermadu. Ada yang dapat menerima kehadiran orang ketiga, dan ada pula yang mungkin memilih untuk berpatah arang, berkerat rotan. Apa pun pilihannya pasti ada kesan dan sebabnya yang tersendiri.

Hidup mesti diteruskan. Sebagai medium perkongsian, WOW paparkan nasihat dari orang berkelayakan untuk pembaca wanita di luar sana. Semoga bertemu hikmahnya.



Umum mengetahui, poligami adalah harus hukumnya. Malah, Islam menggalakkan poligami buat para suami yang berkelayakan.

Adakah anda antara suami yang layak untuk berpoligami? Ketahuilah, anda layak sekiranya melepasi syarat-syarat berpoligami seperti di bawah:

1. Mampu memberi nafkah
- Syarat ini adalah yang wajib ke atas setiap lelaki yang berkahwin iaitu memberi nafkah kepada isteri.
- Sekiranya kepada isteri pertama pun seseorang tidak mampu beri nafkah yang cukup, maka beliau dilarang
daripada berpoligami.

2. Mampu sediakan tempat tinggal
- Selepas nafkah, perkara yang perlu dititikberatkan adalah tempat tinggal untuk isteri.
- Apabila berpoligami, si suami wajib menyediakan tempat tinggal buat isteri- isteri setiap seorang. Jika tak mampu, lupakan niat untuk poligami.

3. Mampu menyediakan kemudahan asas
- Kemudahan asas yang dirujuk dalam syarat ini termasuklah pendidikan untuk isteri dan anak-anak dan sebagainya.

4. Sihat tubuh badan dan tidak sakit
- Jika sakit, bagaimana untuk poligami? Oleh itu, suami yang ingin meneruskan niat poligami perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik agar mampu mencari nafkah buat isteri dan anak-anak.

5. Mempunyai kemampuan
- Mampu di sini bermaksud suami itu mampu membuat hubungan kelamin bersama isteri.

6. Adil dan saksama
- Seorang suami yang berpoligami wajib bertindak adil. Adil dalam memberi nafkah, tempat tinggal, dan giliran kepada isteri-isteri. Suami juga harus adil kepada anak-anak yang ditanggung.

Sumber: http://infopoligami.blogspot.com/
 

Cukuplah sekadar tahu bermadu

Cukuplah sekadar tahu bermadu
Wartawan Sinar Harian
27 April 2014
  • Cukuplah sekadar tahu bermadu
1 / 1
Pengakuan 1

Cukuplah sekadar tahu bermadu

Saya isteri nombor dua. Ketika bernikah dengan suami dulu, saya sedia tahu suami sudah berkahwin tetapi, saya terima suami seadanya kerana saya memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Jauh merantau dari negeri Perlis, saya sebatang kara di sini dan perlukan seseorang untuk mengadu nasib.

Saya tahu masyarakat di sini memandang serong wanita yang berkahwin dengan suami orang. Bagi saya, tidak semua wanita berniat jahat. Saya tiada sesiapa lagi di dunia ini.

Yang saya mahukan dalam hidup adalah nasib diri yang terbela. Saya juga ingin membina keluarga saya sendiri. Memiliki anak dan rumah tangga yang bahagia. Tapi, sudah nasib saya bertemu jodoh dengan suami orang. Ini bererti saya terpaksa berkongsi kasih dengan madu.

Jauh di sudut hati, ada kalanya saya rasa seperti bersaing dengan madu untuk mendapatkan perhatian suami. Madu sering menelefon suami apabila suami berada di rumah saya. Terus terang, hubungan saya dengan madu tidak begitu baik tapi kami tidak pula bergaduh.

Cukuplah sekadar kami masing-masing tahu telah dimadukan.

Ketika awal perkahwinan dulu, suami memiliki restoran makanan. Restoran itu kemudian diserahkan kepada isteri pertamanya dan suami membeli satu lagi restoran berdekatan restoran madu.

Dan ia diserahkan kepada saya untuk dikendalikan. Waktu makan, suami akan makan dua kali. Mula-mula di restoran madu, kemudian baru makan dengan saya di restoran saya.

Begitulah rutin suami sehingga kadang-kadang saya kasihan. Saya sedar banyak mengalah dengan isteri pertama tapi tidak mengapalah, saya yang ingin menumpang kasih orang.

Harapan saya semoga suatu masa madu menerima kehadiran saya sebagai orang baru dalam hidupnya. Saya tidak berniat mahu merampas apa-apa. Suami saya, tetap suaminya. Hanya sedikit perhatian dan zuriat yang saya inginkan. - Sofia, 30, Shah Alam.


PENGAKUAN 2

Beralah demi kebahagiaan bersama
Ketika bertemu dengan suami saya langsung tidak mengetahui yang dia telah beristeri dan mempunyai anak. Mungkin kerana hati yang mahu dikasihi saya tidak selidik terlebih dahulu tentang latar belakangnya.

Bagaimanapun setelah tiga bulan berkenalan dengannya, suami telah menceritakan hal sebenar yang dia telah pun berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Setelah mengetahuinya saya amat bersedih tapi apakan daya ketika itu saya tidak mampu menolak takdir lagi.

Mungkin disebabkan sikapnya yang mudah tersenyum, peramah dan prihatin membuatkan saya terpaut bukan sahaja pada budi pekerti tetapi ketampanannya. Malang bagi saya kerana tak terlintas pun untuk mencintai suami orang. Sudah suratan untuk hidup bermadu.

Namun saya akui hidup bermadu ini tak seindah yang disangka. Ingatkan dapat perhatian lebih tetapi semua itu  omongan kosong semata-mata. Apa yang membuatkan saya terasa hati apabila suami lebih memberi perhatian kepada isteri pertama dan anak-anak.

Suami saya mengamalkan sikap adil tetapi kerana tanggungjawabnya pada anak-anaknya, masanya selalu dihabiskan menguruskan hal mereka.

Walaupun begitu, saya tidak mampu menahan rasa cemburu apabila suami menunjukkan dengan terang bahawa antara dia dan tanggungjawabnya di rumah isteri pertama, tidak boleh ada penghalang.

Saya perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai isteri kepada suami yang juga suami kepada perempuan lain dan bapa kepada anak-anak yang ramai.

Memang sukar dan hingga kini saya masih lagi belajar menyesuaikan diri. Kasih pada suami tak berbelah bahagi dan saya sanggup berkorban perasaan, lagipun kesemua keperluan saya dipenuhinya, cuma pada hakikatnya dia ada tanggungjawab lain yang kekadang meruntun jiwa.

Ramai juga yang bertanya pada saya, apa perasaan menjadi isteri kedua, satu soalan yang hingga kini saya masih memikirkan jawapannya. Adakah aku bahagia atau sebaliknya.

Walaupun ada ketikanya air mata jadi peneman setia tetapi saya masih bahagia kerana suami sangat baik tetapi saya juga merana kerana suami adalah suami kepada wanita lain. - Humairah, 31,  Kedah


PENGAKUAN 3

Bermadu tetap ada manisnya

Saya tidak pernah termimpi untuk menjadi isteri kedua. Malah tiada siapa antara kita yang memasang cita-cita untuk berada di alam poligami; berkahwin dengan suami orang dan berkongsi kasih sayang dengan orang lain.

Baguslah jika ada di antara wanita bujang, positif menerima dan bersedia berpoligami, kerana mungkin ada di  antara mereka telah nampak kebaikan dan kepentingan melaksanakan syariat ALLAH yang satu ini. Dan sebenarnya, kebaikan syariat poligami ini jauh lebih baik dari yang kita sangka. Alhamdulillah.

Pertama kali dikhabarkan oleh Kak Ana (isteri pertama), bahawa suaminya ingin menjadikan saya isteri kedua, saya terasa amat berat persoalan ini untuk diterima. Ya ALLAH, moga ini hanya mimpi.

Namun, terjaga dari tidur, saya terpaksa memikirkannya kerana ternyata ini adalah ujian nyata yang ALLAH datangkan dalam hidup saya.

Saya juga sama seperti anak dara lain yang ingin bernikah. Ingin menjadi isteri pertama. Bukan sekadar menjadi isteri pertama, tapi saya juga ingin menjadi satu-satunya isteri kepada lelaki yang kita sayangi. Saya tidak ingin suami saya mencintai dan menyayangi wanita lain. Namun ini semua hanyalah impian.

Semua perancangan ini telah pun ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Saya tidak sanggup melukakan hati perempuan lain tetapi disebabkan Kak Ana beria-ia menyuruh saya menerima lamaran suaminya saya reda.

Dalam masa yang sama anak Kak Ana juga turut memujuk saya menjadi ibu kedua mereka sehingga saya rasa serba salah.

Setelah berbincang dengan ahli keluarga, akhirnya mereka bersetuju dengan jodoh saya. Saya menerimanya dengan lapang dada. Setelah mendirikan rumah tangga saya langsung tidak berasa tersisih atau pun kecil hati dengan layanan suami.

Malah hubungan kami semua begitu baik sekali dan Kak Ana juga langsung tidak berkira.

Sepanjang tempoh berpantang melahirkan anak, Kak Ana yang banyak membantu menyiapkan segala keperluan dan menjaga saya dalam pantang. Pengorbanannya membuatkan saya cukup terharu.

Apa-apa pun saya amat berterima kasih kepadanya yang merupakan sahabat baik sebelum ini. Kepada suami saya sangat bahagia dengannya kerana disebabkan sikapnya yang adil saya mampu menikmati kebahagiaan berumah tangga. Mungkin lain orang lain rezekinya. - Farah, 29, Melaka


PENGAKUAN 4

Terima ketentuan dari Ilahi

Bukan mudah bergelar isteri muda. Tambah-tambah saya adalah isteri keempat. Memandangkan suami mempunyai tiga isteri sebelum ini dan tujuh anak hasil perkahwinannya itu semua tidak menjadi masalah.

Betul kata orang berkahwin dengan lelaki yang berusia ini kita pun akan berfikiran matang dan tidak kebudak-budakan.

Ketika berkahwin usia saya baru mencecah 24 tahun. Bagi wanita lain yang sebaya mungkin masih lagi bergembira dengan kehidupan mereka.

Lagipun perkahwinan ini saya anggap satu hadiah paling bermakna kerana setelah kehilangan kedua ibu bapa semasa kemalangan saya tiada tempat berlindung yang selamat. Mujurlah suami sedia membantu dan mengajak untuk mendirikan rumah tangga.

Di awal perkahwinan semuanya berjalan dengan lancar tetapi saya rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan madu saya.

Saya bukanlah bermaksud nak memburukkan mereka tetapi saya rasa perasaan iri hati berlaku antara kami. Saya perhatikan setiap kali giliran suami pulang ke rumah saya, pasti ada panggilan telefon dari madu. Kadang-kadang saya rasa tiada privasi.

Ada ketikanya suami pun pening kepala melayan kerenah isteri-isterinya yang lain cuma dia sahaja yang tidak bercerita. Memegang status sebagai isteri muda saya sentiasa mengalah sekiranya suami perlu pulang ke rumah madu.

Saya tahu mengalah ini untuk kebaikan semua tetapi sampai bila harus saya menghadapinya.

Dari aspek keperluan asas, suami menyediakan secara adil kepada kami semua malah keselesaan tempat tinggal yang paling diutamakan. Cuma saya rasa jiwa ini kosong kerana belum lagi dikurniakan cahaya mata.

Apa yang saya harapkan hubungan saya dengan madu akan terjalin dengan baik selepas ini. Saya tahu suami bersungguh-sungguh merancang pelbagai aktiviti untuk kami berempat.

Harap-harap biarlah ada jalan penyelesaian. Suami juga selalu menasihatkan supaya sentiasa bersabar dan jangan cepat marah jika mendengar kritikan yang bukan-bukan.

Berpegang pada prinsip itulah sehingga sekarang ini saya boleh bersabar. Maklumlah saya juga mengambil hak orang. Bagaimanapun saya tetap berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh-Nya dan kami dapat hidup gembira bersama-sama selepas ini dalam sebuah keluarga besar. - Azira, 25, Kuala Terengganu

KISAH SEORANG PENJUAL LAKSA

SEMOGA CERITA INI MEMBERI KESEDARAN PD KITA. Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motosikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung. Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?” Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak. "DALAM SETIAP REZEKI YANG KITA PEROLEHI, ADA HAK ORANG LAIN JUGA Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana masjid/surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit. Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa si polan solat di surau ini. Dan seterusnya... Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari. Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaitu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?" Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam. “Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.” “Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu? Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?” MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal. Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini??? Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan kepada kita tentang satu contoh..(silakan untuk copy n paste)

Tuesday, April 22, 2014

nikah di songhkla

nikah di songhkla
ingin bernikah di selatan thai atas sebab-sebab berikut?:


  • poligami
  • wali enggan
  • bukan pilihan keluarga 
jom kami bantu anda bernikah di pej agama islam wilayah songhkla,kenapa di songhkla?

  • antara pejabat agama islam yg di iktiraf
  • sah dan bukan sindiket
  • surat nikah asal diterima segera selepas majlis nikah
  • anda dan pasangan akan dibawa terus ke konsulat malaysia di songhla untuk proses pendaftaran pernikahan anda.(hanya di songhkla)
bagaimana proses dan perjalanan perkahwinan kami?

  • berkumpul di penang tpt jam 6am(negeri lain cll untuk maklumat lanjut) hari isnin hingga khamis(hari cuti umum/sabtu/ahad call untuk maklumat)
  • tiba di pejabat agama islam wilayah songhkla
  • urusan pernikahan dan dokumentasi
  • bertolak ke konsulat untuk proses pendaftaran perkahwinan
  • pulang ke hatyai untuk bermalam/shopping/acara bebas
  • 12@ 1 tghari pulang ke malaysia
apa keistimewaan & kelebihan pihak kami?

  • kos perjalanan dr malaysia hingga ke thailand
  • makan dan minum
  • bayaran urusan pernikahan 
  • bayaran kos pendaftaran di konsulat malaysia
  • urusan fotokopi
  • hotel
  • songhla short tour
  • hadiah misteri
semua kos-kos diatas adalah dalam satu kos jimat dan murah(*tanggungan ini hanyalah untuk pasangan pengantin sahaja,jika bawa peneman atau keluarga di dalam tanggungan sendiri)

dokumen yang di perlukan untuk perkahwinan anda
  • pasport malaysia pasangan asli/fotokopi
  • kad pengenalan pasangan asli/fotokopi
  • surat cerai (janda) asli/fotokopi
  • surat mati suami terdahulu(janda) asli/fotokopi
  • surat nikah sebelum ini(janda) asal/fotokopi
  • surat beranak anak(janda)asli fotokopi
  • surat izin wali(jika wali memberi keizinan)
hubungi pihak kami untuk maklumat yang lebih lanjut.


                                                    UST AHMAD ZAKIE
                                                         017-436 7073
                                 
  (JURURUNDING PERNIKAHAN ANDA)

Saturday, April 19, 2014

Petua isteri sentiasa cantik

Selepas solat Isyak, ambil air sekelas dan bacakan :

1. Surah al Fatihah sekali
2. Ayat kursi sekali.
3. Baca ayat 35- 38, surah al Waqiah sebanyak 7 kali.

Selepas membaca semua ayat tersebut, tiupkan di air itu dan minum.
Jadikan ini amalan setiap hari.

Wa' Allahu aklam.

Wednesday, April 16, 2014

Kata-kata ahli psikolog pada 16.4.14

Wanita lebih teliti dibandingkan pria, sedangkan pria memiliki logika lebih baik dibandingkan wanita.

Sekitar 13% wanita pernah merebut pacar temannya. [survei pada majalah Elle]

Persahabatan sering berakhir dengan cinta Tetapi cinta kadang berakhir bukan dengan persahabatan

Jika madu diteteskan ke selembar kertas atau koran, madu palsu akan mudah terserap sedangkan madu asli tidak.

Saat Anda menggigit, menghisap, atau menjilat bibir Anda, Anda menggambarkan suasana hati yang canggung atau berada dalam tekanan

Mereka yang insomnia memiliki resiko stroke 54% lebih tinggi dibandingkan mereka yang tidak. [LiveScience]

Berolahraga minimal 6 menit sehari dapat membantu mencegah kepikunan. [Center of Brain Health, University of Texas]

Rata-rata orang yang berselingkuh menemukan pasangannya dari jejaring sosial. [YourTango]

Ketepatan waktu dalam bertindak adalah keberuntungan yang bekerja dengan sendirinya.

Tersenyum bisa mengurangi stres dan mampu membantu meminimalkan garis kerutan di dahi.

Tidak akan pernah ada pasangan yg sempurna, mereka yg bertahan lama adalah mereka yg setia berkomitmen, meskipun itu sulit. ~

Tahukah Anda kalau wajah yang terlalu sering terkena semburan AC secara langsung, akan mengakibatkan kelumpuhan syaraf muka.

Memiliki teman curhat, dapat menurunkan tingkat stress dan membantu kita dalam meningkatkan kepercayaan diri.

Menggosok kulit pisang bagian dalam, pada gigi setiap hari selama kurang lebih 1 minggu dapat membuat gigi putih berkilau secara alami.

Seseorang yang menghabiskan waktu terlalu lama bermain Facebook bisa mengalami penurunan pengendalian diri. (REUTERS)

Langsung mengguyur air ke kepala saat tubuh panas dapat memicu stroke ringan, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekeras apapun kita berusaha, ingatan kita hanya bisa kembali sampai saat kita berusia 4-5 tahun.

Kurang tidur menyebabkan anak-anak lebih gampang ngambek, agresif dan suka marah-marah. [Journal of Developmental and Behavioral Pediatrics]

Orang-orang yang merokok memiliki 10 kali lebih banyak kerutan diwajah daripada orang-orang yang tidak merokok

Mendinginkan telapak tangan dengan es dapat meningkatkan fungsi jantung saat berolahraga.

Bayi sudah mulai belajar menangis sejak dalam kandungan. [Peneliti di Durham University]

Menguap, tertawa, senyum dan mengaruk-garuk gatal dapat menular secara visual. 3Psikologi

AYAT AL QURAN UNTUK MELEMBUTKAN HATI PASANGAN

1.      Bacakan ayat 47, surah al Hijr, juzuk 14 dan hembuskan pada diri pasangan atau makanannya.
 
         - sumber Us. Hj Helmi Ismail daripada kuliah Dato' Dr Hj Harun Din.
 
2.      Bacakan ayat 62, surah al Anfal, Juzuk 10 dan hembuskan pada air atau makanan pasangan.
 
         - Sumber Us. Hj Helmi Ismail daripada kuliah Dato' Hj Abdullah Bukhari

Sunday, April 13, 2014

DOA-DOA PENGUAT ZAKAR

1) Agar Tua Kembali Muda.

Jika anda terasa lemah sendi tulang dan lesu urat geramat kerana sudah lanjut usia (sudah tua), anda tidak seharusnya berserah begitu sahaja. Tenaga anda masih dapat dipulihkan sekiranya anda amalkan doa di bawah ini setiap hari selepas sembayang Asar atau Isya’ sebanyak 7 kali. Insya-Allah akan pulihlah tenaga batin anda seperti tenaga anak muda layaknya.
Inilah doa yang perlu diamalkan.
Bismillah Hiroh Man Niroh Him
Yaa wahidul baqil qawiyul mathin. In nalloha qawiyun, ngazizun, yaa qawiyu biroh matika yaa ar hamar roohimin.
2. Terapi Seksual Gangguan Sihir (1).
Atas permintaan dari Pelanggan-pelanggan dan teman-teman saya yang begitu mengharapkan mendapat Rawatan penyembuhan terkena Sihir Gangguan Seksual. Di sini di perturunkan cara-cara merawatNya. Jika ada keyakinan Insya-Allah amalan ini berjaya menghapuskan sihir-sihir tersebut. Semuga bagi pembaca-pembaca blog juga dapat menafaat bersama.
Bacakanlah ayat-ayat di bawah ini sebanyak 7 kali pada air, lalu airnya itu dibuat minum dan digunakan untuk membuat permandian (ia itu pada mereka yang terkena sihir itu) selama 7 hari berturut-turut. Insya-Allah sihirnya akan gugur. Sekiranya masih belum terhasil buatlah beberapa kali ulangan. Dan banyaklah berdoa kepada Allah.
1) Surah Yunos 81-82.
Qola Musa maa jiktum bihis sihru innol lohha sayubthiluhu innol lohha laa yuslihu ngamalal mufsidin. Wayuhikkul lohhul hakqo bikalimaatihi walau qarihal mujrimun.
2) Surah Al-’Araf 117-122
Wa awhainaa illa musa an alqi ngasaaka faiza hiya talqofu mayakfikun. Fawaqo ngal hakqu wabathola maa kaanu nyakmalun. Fa ghu libu hunaa lika wan qolabu sho giriin. Wa ulqiyas shaharotu saajidin. Qolu aaman na birobbil ngalamin. Robbi musaa wa haarun.
3. Surat Thaha 69.
Innama sona ghu kaidu saa hirin walaa yuflihus syaahiru haisu ataa.
Untuk mengelakan kesalah bacaan dan bunyi yang betul. Sila rujuk pada kitab-kitab suci Al-Quran, kerana tulisan rumi kekadang mempunyai kata bunyi yang berbeza.
3. Terapi Seksual Gangguan Sihir (2).
Ambilah bekas berisi air, dan bacakan kepadanya surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (Al-Mu’awwidzat) dan doa-doa di bawah ini.
Allah humma robbin Naasi az hibisbaksa wasfi antas syafi laa syifaa a illa syifa uka syifaa an la yugoo diru syaqoman.
(Maknanya; Ya Allah, Tuhan semua manusia, hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah, kerana Engkau-lah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan, selain kesembuhan (dari) Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.)
Bismillahi arqika wal lohhu yasfika min kulli da in yukzika wa min kulli nafsin aw nga in hasidin. Allahu yasfika.
Dengan nama Allah, saya obati kamu (dengan rukyah), semuga Allah akan menyembuhkan dari setiap penyakit yang menyakitimu, dan dari setiap jiwa atau mata yang dengki. Semuga Allah menyembuhkanmu.
Angu zu bikalimaatil lohit taam maa ti min sarri ma holaq.
Aku berlindung dengan ayat-ayat Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang diciptakan-Nya.
Bismillah hillazi laayazurru maas mihi sai un fil arzi wala fis syama ii wa huwas sami ngul ngalim.
Dengan nama Allah, yang dengannya segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit tidak akan membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui.
Doa-doa tersebut di baca 7 kali pada air, lalu airnya di minum dan dipakai untuk mandi selama 3 hari. Insya-Allah sihir itu akan gugur dan ikatan sihirnya akan lepas.
*
Nasihat saya: Janganlah kita bersusah payah kesana kemari, berjumpa orang itu dan orang ini yang mengaku pandai hal-hal yang ghaib, dan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit berkenaan sihir ini. Memang ada mereka yang pandai seperti Ustaz-ustaz atau orang -orang alim. Cuba yakin pada Allah dan lakukan sendiri dahulu. Insya-Allah kita juga boleh mendapat kesembuhan.
4. Doa Penguat Zakar (1)
Cubalah kaedah ini untuk menguatkan Zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah Zakar anda. Atau celupkanlah tuala kecil (good morning towel) ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah Zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah
Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.
5. Doa Penguat Zakar. (2)
Faedah Doa Yang Di baca waktu lemah Zakar.
Jika di rasai lemah zakar bagi jimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) itu niscaya jadi kuat bersetubuh. Insya-Allah
Inilah Doanya.
بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.
Bismillah hirohman Niroh him.
Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)
6. Doa Penguat Zakar (3).
Atas Permintaan Ramai dari Pelanggan-pelanggan, teman-teman dan pembaca blog yang terus ke email saya. Di sini saya perturunkan amalan doa penguat Zakar (3) yang di amal-amalkan oleh tetua orang-orang lama.
Anda amalkan doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu yang masih di amalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman sekarang.
Doanya ialah.
بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا
Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo.
7. Doa Penguat Zakar (4)
Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar.. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali .
Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar
Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat syaraf yang berada pada zakar dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik.

Thursday, April 10, 2014

Petua Dan Tips Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik.

7:20 PG  Kraiboys  

Petua Dan Tips Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik. 



Alat sulit wanita adalah merupakan kawasan yang paling sensitif dalam tubuh badan wanita. Ia memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan teliti. Kurang mengambil berat akan kebersihannya akan menyebabkan akan mengundang pelbagai jenis penyakit. 


Petua tradisional di bawah akan merungkai pelbagai tips dan cara-cara merawat dan menjaga alat sulit wanita agar terpelihara kebersihannya sekaligus mengelak penyakit.

1. Biasakan untuk membilas alat sulit anda setiap kali selesai buang air kencing atau air besar. Anda digalakkan membilasnya sampai bersih, iaitu dengan menggunakan air bersih dari arah depan ke belakang setiap kali selesai buang air kecil atau buang air besar. Kemudian basuh dengan tisu sekali usap sebelum memakai seluar dalam. Kerana jika sekitar organ dibiarkan lembab, maka kulat dan bakteria akan mudah merebak dan akan menyebabkan penyakit kulit.

2. Perhatikan jenis kertas tisu yang digunakan untuk membersihkan kawasan kemaluan anda. Lendir dan air memang terserap dengan baik oleh tisu. Namun tisu yang digunakan ada juga yang mudah tercemar oleh kuman dan bakteria yang merupakan penyebab jangkitan. Jadi berhati-hati ketika memilih tisu.

3. Digalakkan menggantikan seluar dalam paling tidak pun dua kali dalam sehari.Anda harus memilih seluar dalam yang mudah untuk menyerap peluh dan diperbuat daripada kapas.

4. Cuba elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan otot faraj akan ditekan dan membuat kawasan kemaluan menjadi lebih lembap, misalnya seluar jeans yang ketat akan memberi peluang bakteria tumbuh subur di kawasan tersebut.

5. Anda cuba elakkan menggunakan pantyliner beraroma (minyak wangi) atau secara terus menerus setiap hari kerana ia akan menyebabkan iritasi pada kulit. Pantyliner hanya digunakan bila anda mengalami keputihan sahaja.

6. Sila gunakan pad/tuala wanita dengan permukaan yang agak lembut dan keringsupaya ia tidak menimbulkan iritasi ketika anda haid. Seelok-eloknya gantilah pad anda sekerap mungkin sekurang-kurangnya 5-6 jam sekali. Ini kerana darah yang tertampung pada pad boleh menjadi medium @ pemangkin yang akan menyebabkan pembiakan kuman penyebab jangkitan.

7. Cuba elakkan menggunakan cecair khusus pembersihan organ intim secara berterusan kerana ia akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Apabila anda kerap memakainya, secra tidak langsung ia akan membunuh bakteria baik di dalam faraj sekaligus akan menyebabkan tumbuhnya cendawan. Apabila adanya cendawan, akan muncul gatal-gatal di kawasan organ intim anda. 

8. Cuba anda elakkan melakukan hubungan seksual semasa anda berada di dalam haid. Kerana  apabila menstruasi , dinding rahim cenderung lebih sensitif sehingga boleh menyebabkan luka.

9. Amalkan hidup dengan gembira dan tenang. Cuba elakkan stres berlebihan dan beralihlah ke gaya hidup aktif dengan teratur bersenam dan pengambilan makanan seimbang.-sumber

Wednesday, April 9, 2014

Kisah Pak “Aji” depan kedai judi

Kisah Pak “Aji” depan kedai judiPosted on Wednesday, April 09 @ 02:15:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Artikel


"Ketika memandu di pekan Senawang yang terkenal dengan dua kedai judi sah yang berlesen yang sesak pada petang Ahad saya memerhatikan seorang pakcik usia emas yang memakai kopiah putih sedang duduk di hentian bas depan kedai judi. Pakcik tadi duduk mengadap kedai judi tersebut sedang berborak dengan seorang lelaki.

Saya beritahu pada isteri saya perhatikan gerak geri pakcik tadi, kerana jalan sesak pada waktu itu kereta kami bergerak amat perlahan. Naluri saya yang dah biasa dengan gelagat manusia di pekan Senawang pada hari judi kemungkinan pakcik tadi ada kaitan dengan kedai judi. Mungkin kaki judi akan mendapat khidmat nasihat pakcik tadi untuk meramalkan nombor ekor.
Isteri saya nampak lelaki dan pakcik tadi mengeluarkan kepingan kertas-kertas kecil. Kemudian pakcik tadi menghulurkan duit kepada lelaki tadi, lelaki tadi terus masuk ke kedai judi. Isteri saya amat terperanjat. Pada saya ini perkara biasa, itu belum lagi lelaki Melayu yang masuk kedai judi bawa anak-anak yang kecil, perempuan Melayu masuk kedai judi dan sebagainya.
Tak pasti samada pakcik tadi hendak lelaki tadi tukar duit di kedai judi atau sebaliknya.
Banyak kerja kita semua untuk menyedarkan orang Melayu untuk hindari judi, samada judi dengan lesen sah atau judi tanpa lesen, sama saja, kedua-duanya haram. Nak perang, perangi semua bentuk judi, bukan setakat judi internet.
Tangkapan bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Kedai judi berlesan di kawasan majoriti Melayu tak perlu, terutamanya di pekan Rembau. Masjid dan surau masih banyak yang kosong, mati, tiada majlis ilmu.
Marilah kita ajak keluarga dan jiran kita ke masjid untuk solat, majlis ilmu dan sebagainya. Doakanlah agar mereka yang ketagih judi ini, insaf. Doakanlah pemimpin Islam kita berani untuk tidak mengeluarkan lagi lesen judi dan menarik semula lesen judi di kawasan majoriti Melayu.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:15:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur