Dilema bermadu
DIA wanita kental yang semangatnya amat saya sanjungi. Ketika mengunjunginya yang baru sahaja melahirkan anak kedua, madunya Ina, sibuk di dapur menyediakan makanan berpantang dan air mandian herba.
Dari riak wajahnya yang polos bertempelkan pilis di dahi, saya lihat sebuah duka yang amat kencang berputar di fikirannya. Mata kami saling bertaut. Siti ada sesuatu yang ingin diluahkan.
“Itulah Ina, madu Ti yang Ti ceritakan dulu. Sejak kahwin dengan abang lima bulan dulu, terus tinggal dengan Ti. Baik budaknya. Baru 20 tahun.” Siti membetulkan duduk.
Entah marah entah simpati, saya seakan mahu mencekik leher Ina yang sedang sibuk di dapur tanpa mempedulikan kami berdua.
Ketika Siti menceritakan dilema hidupnya lima bulan dulu, marah saya lebih meluap. Tapi hari ini, melihat tindak tanduk Siti yang tenang dan bersahaja, saya sabarkan diri untuk tidak beremosi di hadapan kenalan rapat yang sedang berpantang itu.
Ina gadis Melayu berketurunan Kedah yang asalnya bekerja di restoran suami Siti. Rambutnya merah, lehernya jinjang dan kakinya panjang persis model. Dibandingkan dengan wajah Siti, Ina tidaklah cantik tetapi Siti bertubuh gempal. Mungkin kurus itu yang menjadi aset dambaan suami Siti sehingga memilih Ina untuk dijadikan isteri kedua.
Dilema Siti menyentuh hati wanita saya. Kisah cinta suaminya dengan ramai gadis selalu diceritakan kepada saya sejak setahun dulu, sehinggalah kepada percintaan dan pernikahan suaminya dengan Ina.
“Apabila suami ada masalah dengan teman wanita, dia akan telefon atau jumpa Ti dan meluahkan perasaan sedihnya. Apabila putus cinta, Ti jugalah yang menjadi tempat suami meluah rasa. Bayangkan betapa remuk hati Ti saat suami tercinta meluahkan rasa sedihnya kehilangan kekasih hati.
“Bayangkan betapa terlukanya jiwa Ti saat mendengar suami menangisi pemergian perempuan lain, yang bukan isterinya. Sebagai isteri, hak apakah yang Ti ada? Ti sedih. Ti berduka sepanjang masa. Anak dikandung seakan mengerti dan menendang-nendang dinding rahim saat Ti merintih hiba. Tapi apa nak buat, ini nasib Ti dan Ti terima Ina seadanya.” Sambung Siti lagi. Air mata sudah tak dapat ditahan.
Saya dan Siti sedar, selepas habis berpantang ini, dugaan Siti lebih berat. Hati Siti mungkin juga akan lebih hancur dan terhimpit, san saya mendoakan, Siti mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah. Doa saya juga mahukan Siti beroleh kebahagiaan di penghujungnya nanti.
Begitulah kisah wanita bermadu. Ada yang dapat menerima kehadiran orang ketiga, dan ada pula yang mungkin memilih untuk berpatah arang, berkerat rotan. Apa pun pilihannya pasti ada kesan dan sebabnya yang tersendiri.
Hidup mesti diteruskan. Sebagai medium perkongsian, WOW paparkan nasihat dari orang berkelayakan untuk pembaca wanita di luar sana. Semoga bertemu hikmahnya.
Umum mengetahui, poligami adalah harus hukumnya. Malah, Islam menggalakkan poligami buat para suami yang berkelayakan.
Adakah anda antara suami yang layak untuk berpoligami? Ketahuilah, anda layak sekiranya melepasi syarat-syarat berpoligami seperti di bawah:
1. Mampu memberi nafkah
- Syarat ini adalah yang wajib ke atas setiap lelaki yang berkahwin iaitu memberi nafkah kepada isteri.
- Sekiranya kepada isteri pertama pun seseorang tidak mampu beri nafkah yang cukup, maka beliau dilarang
daripada berpoligami.
2. Mampu sediakan tempat tinggal
- Selepas nafkah, perkara yang perlu dititikberatkan adalah tempat tinggal untuk isteri.
- Apabila berpoligami, si suami wajib menyediakan tempat tinggal buat isteri- isteri setiap seorang. Jika tak mampu, lupakan niat untuk poligami.
3. Mampu menyediakan kemudahan asas
- Kemudahan asas yang dirujuk dalam syarat ini termasuklah pendidikan untuk isteri dan anak-anak dan sebagainya.
4. Sihat tubuh badan dan tidak sakit
- Jika sakit, bagaimana untuk poligami? Oleh itu, suami yang ingin meneruskan niat poligami perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik agar mampu mencari nafkah buat isteri dan anak-anak.
5. Mempunyai kemampuan
- Mampu di sini bermaksud suami itu mampu membuat hubungan kelamin bersama isteri.
6. Adil dan saksama
- Seorang suami yang berpoligami wajib bertindak adil. Adil dalam memberi nafkah, tempat tinggal, dan giliran kepada isteri-isteri. Suami juga harus adil kepada anak-anak yang ditanggung.
Sumber: http://infopoligami.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment