Monday, June 30, 2014

Strategi Cina Halang Perniagaan Telco line Altel Milik Melayu

( KISAH BENAR) Strategi Cina Halang Perniagaan Telco line Altel Milik Melayu

Telco line Altel milik Melayu, internet dan line diceruk kampung juga tiada masalah. Kalau korang terer baca sampai habis. Kalau terer lah. LIKE PAGE >> Boikot Barangan Cina Dap ORI

**cerita diambil dari fan BBCD yang inbox**

(1)PENGENALAN

Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia. 

Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.

Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.

(2)PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD

So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar linkwww.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:

Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281

Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668

Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:

Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli".
Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut)
Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!"
Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada"
Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang)
Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan"
Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!"
Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang"
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)

Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:

Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor"
Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?"
Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?"
Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil"
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*
Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor"
Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)
Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)
Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor"
Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888"
Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)
Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?"
Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7"
Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)

(3)TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL

Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.

Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?

Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.

Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel
1.Altel milik melayu
2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain
4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
7.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy

Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.

Senarai alamat sim card Altel dijual:
http://altel.my/en/where-to-buy

Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz:
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130924/ko_01/Altel-sedia-masuk-gelanggang

Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066

Monday, June 23, 2014

tanah untuk dijual

ddress: LORONG ABD RAHMAN, BUKIT PASIR
Location: Johor - Muar
Postcode: 84300
Price: RM 130 000
Type: Land, For sale
Title type: Freehold Other info: Bumi Lot
Size: 2.15 Acres
Property Type: Agricultural

Saya ingin menjual tanah di Kg Parit Hj Zain Batu 15

1. Keluasan Tanah : 2.15 ekar ( 2 ekar, 0 rood , 25 pole )
2. Keadaan Tanah: Ada ditanam sawit ( Tetapi tidak berjaga @ bersemak )
3. Umur Sawit : Antara 4~6 tahun ( ditanam sepenuhnya keseluruhan tanah )
4. Lokasi/ Kedudukan: Dari jalan besar lebih kurang 2km ( 1~ 1.5km - melalui jalan tar masuk ke kampung. 300 meter jalan tanah merah dah sampai ke kebun )
5. Geran : Rezab Melayu / Geran selama-lamanya
6. Harga: RM130K ( Keseluruhan ) dan boleh dibincang.

Boleh call atau sms di nombor 017-6980860. Untuk lebih mudah call pada waktu malam. Sms bila-bila masa boleh. Untuk lihat kebun hari Sabtu atau Ahad sahaja bergantung kesesuaian kerana saya bekerja di Melaka. Saya tinggal di Bukit Pasir, Muar

Wednesday, June 18, 2014

Ketegasan Hannah Yeoh - Speaker DUN Selangor

Ketegasan Hannah Yeoh wajar dipujiPosted on Wednesday, June 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Artikel Hannah bertindak adil dan tegas tanpa mengira bulu.

ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh, 35, mencatat sejarah kerana beliau merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri wanita yang pertama di Malaysia.

Seorang bekas peguam dan pengurus upacara, beliau memenangi kerusi Subang Jaya selepas menewaskan Ong Chong Swen daripada parti MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, dalam pilihan raya umum 2008.

Dilahirkan di Subang Jaya, Hannah menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001.

Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Hannah kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.

Minggu lepas beliau mengejutkan rakyat Malaysia kerana sebagai Speaker DUN Selangor, Hannah menerima usul hudud yang dibawa oleh seorang ADUN Umno.

Katanya, banyak pihak mempertikaikan keputusan beliau membenarkan usul kontroversi itu dibentang dalam DUN walaupun partinya tidak menyokong undang-undang syariah Islam itu.

Hannah menegaskan beliau merupakan Speaker yang berkhidmat untuk semua parti dalam dewan termasuk DAP, PKR dan Umno.??”Ketika saya menjadi speaker saya bukan lagi ahli DAP atau Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam sidang media.??Minggu lepas Hannah menyatakan menerima tiga dari empat usul yang diberikan Umno minggu lalu termasuk usul hudud dari ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik.

Manakala MCA dan Gerakan kemudiannya menggesa ADUN Umno Selangor itu menarik kembali usul tersebut.??Hannah berkata beliau berada dalam dilema kerana beliau pasti akan tetap dituduh BN walau apa keputusan yang dibuat.??”Kalau saya tak terima usul ini, Umno akan kata saya anti Islam. Kalau saya terima MCA akan kata saya bermain-main dengan hudud.??”Apa yang anda akan buat kalau anda jadi saya?” soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum.

Bagaimanapun, Hannah kecewa apabila Umno menarik balik usul hukum hudud. Katanya, tindakan ketua pembangkang Datuk Shamsudin Lias menarik balik usul berhubung isu hudud menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik.

Tambahnya, Shamsudin tidak seharusnya membazirkan masa Dewan sekiranya tidak bersedia membahas usul tersebut.??Hannah seterusnya mengingatkan ADUN agar tidak menyalahgunakan perintah tetap Dewan bagi menimbulkan isu politik.

Namun demikian, sikap berkecuali Hannah mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.

Surendran menyarankan agar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri  Pandikar Amin Mulia belajar daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurutnya, Speaker Dewan Rakyat berbeza jika dibandingkan dengan speaker DUN yang membenarkan pihak pembangkang membentangkan usul.

“Saya telah memohon kepada tuan speaker untuk membentangkan usul tetapi usul tersebut telah ditolak,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Semalam sekali lagi Hannah menimbulkan kontroversi apabila beliau menolak semua soalan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hannah menolak mentah 10 soalan yang dikemukakan oleh Presiden PKR itu. Perkara ini berlaku berikutan Wan Azizah tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat DUN.

Perkara tersebut berlaku berikutan kesilapan teknikal kerana soalan yang dikemukakan tidak boleh melebihi 40 patah perkataan sedangkan semua soalan yang disediakan melebihi had yang dibenarkan.

Ketegasan Hannah wajar dipuji kerana beliau bertindak mengikut prosedur tidak kira Dr Wan Azizah itu Presiden PKR yang merupakan komponen penting dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu ketegasan Hannah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor bertindak adil tanpa memilih bulu wajar diberi pujian.-fmt 

Sunday, June 1, 2014

Kisah budak penjual kuih

Terharu!!! Kisah budak penjual kuihPosted on Saturday, May 31 @ 18:38:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Artikel


"

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

Jangan lupa tekan share !! [Baca artikel seterusnya...]
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Saturday, May 31 @ 18:38:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur