Ketegasan Hannah Yeoh wajar dipujiPosted on Wednesday, June 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Dilulus untuk paparan oleh memo
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh, 35, mencatat sejarah kerana beliau merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri wanita yang pertama di Malaysia.
Seorang bekas peguam dan pengurus upacara, beliau memenangi kerusi Subang Jaya selepas menewaskan Ong Chong Swen daripada parti MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, dalam pilihan raya umum 2008.
Dilahirkan di Subang Jaya, Hannah menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001.
Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Hannah kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.
Minggu lepas beliau mengejutkan rakyat Malaysia kerana sebagai Speaker DUN Selangor, Hannah menerima usul hudud yang dibawa oleh seorang ADUN Umno.
Katanya, banyak pihak mempertikaikan keputusan beliau membenarkan usul kontroversi itu dibentang dalam DUN walaupun partinya tidak menyokong undang-undang syariah Islam itu.
Hannah menegaskan beliau merupakan Speaker yang berkhidmat untuk semua parti dalam dewan termasuk DAP, PKR dan Umno.??”Ketika saya menjadi speaker saya bukan lagi ahli DAP atau Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam sidang media.??Minggu lepas Hannah menyatakan menerima tiga dari empat usul yang diberikan Umno minggu lalu termasuk usul hudud dari ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik.
Manakala MCA dan Gerakan kemudiannya menggesa ADUN Umno Selangor itu menarik kembali usul tersebut.??Hannah berkata beliau berada dalam dilema kerana beliau pasti akan tetap dituduh BN walau apa keputusan yang dibuat.??”Kalau saya tak terima usul ini, Umno akan kata saya anti Islam. Kalau saya terima MCA akan kata saya bermain-main dengan hudud.??”Apa yang anda akan buat kalau anda jadi saya?” soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum.
Bagaimanapun, Hannah kecewa apabila Umno menarik balik usul hukum hudud. Katanya, tindakan ketua pembangkang Datuk Shamsudin Lias menarik balik usul berhubung isu hudud menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik.
Tambahnya, Shamsudin tidak seharusnya membazirkan masa Dewan sekiranya tidak bersedia membahas usul tersebut.??Hannah seterusnya mengingatkan ADUN agar tidak menyalahgunakan perintah tetap Dewan bagi menimbulkan isu politik.
Surendran menyarankan agar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia belajar daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurutnya, Speaker Dewan Rakyat berbeza jika dibandingkan dengan speaker DUN yang membenarkan pihak pembangkang membentangkan usul.
“Saya telah memohon kepada tuan speaker untuk membentangkan usul tetapi usul tersebut telah ditolak,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Semalam sekali lagi Hannah menimbulkan kontroversi apabila beliau menolak semua soalan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hannah menolak mentah 10 soalan yang dikemukakan oleh Presiden PKR itu. Perkara ini berlaku berikutan Wan Azizah tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat DUN.
Perkara tersebut berlaku berikutan kesilapan teknikal kerana soalan yang dikemukakan tidak boleh melebihi 40 patah perkataan sedangkan semua soalan yang disediakan melebihi had yang dibenarkan.
Ketegasan Hannah wajar dipuji kerana beliau bertindak mengikut prosedur tidak kira Dr Wan Azizah itu Presiden PKR yang merupakan komponen penting dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu ketegasan Hannah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor bertindak adil tanpa memilih bulu wajar diberi pujian.-fmt
No comments:
Post a Comment