Thursday, June 7, 2018

BERJUMPA DUA KAWAN LAMA YANG KEDUA-DUA BERNAMA HUSEIN.

Pada hari Isnin, 16 April, 2018, aku telah menerima telefon daripada sahabat bernama YB Abd Rahman Yunus, ADUN Pasir Tumboh. Aku lebih gemar panggil dia dengan panggilan keluarganya iaitu husein. Dia minta alamat rumah aku. Aku berikan. Pada petang, aku, isteri dan anakku telah bertolak ke Sekolah Menengah Agama yayasan khairiah baling. Dalam perjalanan lebih kurang 7.45 malam, aku menelefon dari husein bahawa dia telah berada di rumah ku. Terkejut aku. Semasa itu, aku baru sahaja lepas tol kubang semang. Dia minta aku patah balik kerana nak jumpa aku. Kami berjanji nak berjumpa di USM.Aku berpatah balik di penanti. Oleh kerana aku belum sembahyang maghrib, aku telah berhenti sembahyang di stattion minyak petronas di sberang jaya highway BKE
Semasa aku nak sembahyang, aku terjumpa kawan sekolah lama di sekolah menengah dulu. Namanya Yusak yang aku panggil husein juga. Bersembang sekejap je sementara nak sembahyang. Lepas itu, aku meneruskan perjalanan untuk berjumpa YB Husein. Tak ku sangga bahawa hari ini aku berjumpa kawan lama bernama husein. Kedua-duanya memang rapat dengan aku semasa belajar dulu.

No comments:

Post a Comment