Nak ulas sedikit tentang Waytha Moorthy. Beliau adalah seorang peguam dan salah seorang daripada pengasas penting Hindraf.Pendiri Hindraf terdiri daripada 5 orang utama iaitu M.Manoharan (ADUN DAP), P. Uthayakumar (Abang Waytha Moorthy), K. Vasanthakumar, Waytha Moorthy dan V. Kanabathirau.Pada 2007, mereka ini pernah ditangkap kerana mengadakan protes menentang kerajaan.Lalu selepas itu Waytha Moorthy pergi ke Britain dan hidup dalam buangan di sana sehingga tahun 2012.Ya, video yang tular sejak semalam itu dirakam ketika dia berada dalam buangan setelah kerajaan Malaysia membatalkan passportnya.Semenjak itu juga dia aktif memburukkan kerajaan Malaysia dan menabur cerita tidak benar tentang Malaysia.Sekitar tahun 2012 baru dia berani balik ke Malaysia dan kerajaan Malaysia di bawah Najib Razak sedia memaafkan beliau. Pada 2013, Perdana Menteri Najib Razak membawa beliau untuk berunding dan membincangkan semula isu kaum India sepertimana yang sering dilaungkan oleh Hindraf. Kemudian pada 18 April 2013, Hindraf dan Kerajaan menandatangai MOU kerjasama dan Hindraf bersedia untuk menyokong kerajaan pada masa tersebut. Bahkan Waytha Moorty diberikan kedudukan oleh kerajaan dengan menjawat jawatan timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya melihat, cara ini adalah satu langkah kerajaan Najib Razak untuk berbaik dengan Hindraf dan mencapai kata sepakat di samping menjinakkan mereka daripada terus agresif dalam negara. Kerana Hindraf diikuti oleh ratusan ribu kaum India. Malang, cerah itu cuma sebentar. Tidak sampai 8 bulan, Waytha Moorty melepaskan jawatannya pada 2014. Dia masih tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia. etelah itu dia dan rakan-rakannya lain meneruskan agenda Hindraf dengan dibelakang mereka disokong oleh DAP. Pada Ogos 2017, Waytha Moorthy bersama Hindraf berjumpa dengan Tun Mahathir dan membentuk kerjasama di bawah payung Pakatan Harapan. Kenapa masa Waytha Moorty berada di bawah Najib, tiada kedengaran suara beliau akan tuntutan-tuntutan berkaitan ICERD? Mungkin Najib menghalangnya atau tidak mendapat dukungan dari kerajaan BN. Sebab itu dia letak jawatan tidak lama selepas itu. Hari ini, yang bersama dengan Waytha ialah DAP dan PKR. Dalam parti ini adalah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang adalah dalang ‘Deklarasi Setapak’ yang menuntut Malaysia Malaysian. Dalam PKR ada Maria Chin dan ramai lagi aktivis seperti Hannah Yeoh dan rakan-rakannya. Mereka berkongsi agenda yang sama. Maka sebab itu Waytha begitu bersemangat dalam isu ICERD, kerana dia dilindungi dan dijaga oleh rakan-rakan dalam Parti PKR dan DAP. Saya nak beritahu, ICERD hanya mukadimah (introduction). Akan ada isu lain bakal menyusul.Sebagai langkah untuk diamkan kelompok ini, tunjukkan suara kita sebagai rakyat dan tunjukkan kekuatan kita. Nescaya kelompok tersebut akan gerun dan merendahkan sayap mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment