KENA BELAJAR HADIS DENGAN BERGURU
Ada terminologi yang khusus untuk ilmu hadis. Dia bukan ilmu biasa biasa. Jika disebutkan hadis sahih, adakah lawannya "palsu"? Kalau anda kata "ya", anda bukanlah ada ilmu hadis!
Bila dikatakan hadis itu daif, adakah tak boleh disandarkan pada Nabi SAW? Jika anda kata "ya", itu juga menunjukkan anda baru minat ilmu hadis, tapi belum ada lagi ilmu tu.
Apa beza antara hadis mutawatir dan hadis ahad? Hadis sahih masuk kategori mana? Jika anda tak pasti, anda kena cari guru hadis dan tak boleh main bedal sahaja!
Kadang-kadang ulama hadis sebut: "Hadis ini paling sahih pada bab ini!" apa maksudnya? Kalau anda masih ragu ragu, anda kena berguru belajar hadis.
Jadi belajarlah ilmu secara tertib. Bagus minat anda ni. Saya ada beberapa sahabat yang muda yang bagus ilmu hadis iaitu Ustaz خير العزمي dan Dr Khafidz Soroni. Atau cari guru kami Maulana Hussein Abdul Qadir.
Allahu al-musta'an.
No comments:
Post a Comment