Wednesday, February 12, 2014

ANDAI AKU ANAK MENTERI

ANDAI AKU ANAK MENTERI.
Andai aku anak menteri,
Dari bayi tak pernah kenal erti
Kesusahan duniawi
aku dipuji seperti seorang wali

Andai aku anak menteri...
Aku ke sekolah swasta naik bugetti
Dipandu oleh pak mat sawi
Dijaga rapi tak pernah dilibas cemeti


Andai aku ank menteri
Masuk universiti luar negeri
Untuk happy happy
Tak perlu mengaji
Tak perlu berdiskusi
Tak perlu belajar susah susah hati
Aku masih boleh genggam degree

Andai aku anak menteri
Habis universiti
Jadi ceo di syarikat tinggi tinggi
Gajiku banyak tak terbilang dengan jari

Andai aku anak menteri
Habis kerja pergi party
Awek awek ku bersilih ganti
Bershopping sana sini
Bila bosan ku cari ganti
Siapa meroyan nak menolak aku anak menteri

Andai aku anak menteri
Akan ku minta bapaku sebuah jet peribadi
Untuk bawak awek artis pusing2 italy
Bapa kata "ok nak"tiap-tiap  hari
Nanti bapa potong subsidi
Naik tax sana sini

Semua yg aku perolehi
Bukanlah keringat dan usahaku sendiri
Cuma alasan diberi
Agar bapaku tidak dimaki
Hidupku mewah enjoy sana sini
Ahhhhhhh aku tak peduli apa nak jadi
Kerana aku,,,aku,,,aku ini,
Anak seorang menteri.

No comments:

Post a Comment