Wednesday, February 19, 2014

Satu Kisah Mencari Pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain,

Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI RABU 19 FEBRUARI 2014:
WAHAI ANAK, INSAFLAH AKAN PENGURBANAN IBU DAN AYAH MU
Semasa menemuduga salah seorang calon kakitangan syarikat, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang pemohon mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah, hinggalah sepanjang pengajiannya di institusi pengajian tinggi....
...
Pengurus: "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?".. Gadis: "Tidak.".. Pengurus: "Adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"... Gadis: “Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia lima tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."... Pengurus: "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"IBU SAYA BEKERJA SEBAGAI PENCUCI KAIN DARI RUMAH KE RUMAH."... Pengurus: "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"... Gadis: "Tidak pernah... Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh2 sampai berjaya... Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."....
Pengurus tersebut menyuruh gadis tersebut pulang, dan membantu bersihkan tangan ibu... dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya... Gadis itu merasakan peluangnya adalah cerah.... Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk memberitahu ibunya...
Malam itu ketika di rumah, gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan... TANPA DISEDARI AIR MATANYA MENGALIR... INILAH KALI PERTAMA DIA MENDAPATI TANGAN IBUNYA BEGITU KASAR DAN TERDAPAT BANYAK CALAR2.... Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya... Akhirnya dia menyedari tangan inilah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari, untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya... Setelah itu, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal....
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat... Pengurus tersebut melihat air mata bergenang di mata gadis tersebut, lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"... Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."... Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"... Gadis itu menjawab : "TANGAN IBU SAYA KASAR DAN CALAR-CALARR.... (Gadis itu menangis teresak2, kemudian menyambung).... SAYA SEDAR PENGURBANAN SEORANG IBU... TANPA IBU, TIADA KEJAYAAN SAYA PADA HARI INI... Saya juga sedar, SAYA PERLU MEMBALAS JASA IBU.....”.. Gadis itu mengesat air matanya yang keluar sejak tadi....
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, tahu penderitaan orang lain.... Baik, mulai hari ini awak diterima untuk bekerja di sini.

No comments:

Post a Comment