Tuesday, July 3, 2018

GENERASI BARU IMPIKAN KEBEBASAN DAN SANGSI KEPADA INSITUSI ULAMA: KENAPA?

Berdasarkan kepada beberapa kajian tentang Gen Y dan Z, Generasi Baru merupakan kelompok manusia yang pada masa kecil mereka penuh dengan mainan dan segala macam aktiviti sehinggakan mereka mudah bosan berada di tempat yang statik. Mereka melihat dan merasai perubahan dalam pembesaran mereka seperti perkembangan teknologi, acara atau program realiti di televisyen, ruang kelas yang berbentuk multicultural, multibudaya, kreativiti yang diajar dalam alam sistem pendidikan mereka semenjak zaman sekolah, ibu bapa yang mendidik mereka untuk berani berbicara, berani meluahkan isi hati dan berani mencipta dan mencapai impian.
Oleh itu, mereka selalu ingin merasa perubahan dan inginkan kebebasan dalam kehidupan. Agama dianggap sebagai penghalang kepada perubahan dan kebebasan, manakala para Ustaz dianggap sebagai macainya. Kesannya, apa-apa yang datang dari agama, termasuklah yang datang dari para ustaz dipandang serong dan negatif, dianggap sebagai kolot, tidak menyokong cita rasa anak muda. Slogan “dakwah dan tarbiah”, “ilmu dan amal” dan “wala dan taat” dianggap outdated dan dipandang sinis dengan perkataan walaun. Para Ustaz dianggap golongan suci kerana tidak meraikan perbezaan dan tidak berlapang dada.
Apa yang arus ini mahukan ialah agar orang Islam, Kristian, Budha, Hindu dan Yahudi semuanya boleh masuk syurga. Mereka semua betul belaka kerana semua agama boleh melakukan kebaikan. Cuba lihat contoh yang ditulis oleh Mohd Syazreen dalam bukunya “Membebaskan Allah dari Islam”
Kelemahan pendekatan agamawan juga ada dalam membawa Islam dalam dunia moden kerana mereka adalah manusia termasuklah kelemahan peribadi mereka. Cuma, bersikap pluralisme dan menerima kebenaran semua agama, menolak agama dan memandang sinis kepada agamawan dengan membuat label lebai, ‘walaun’ dan sebagainya adalah sikap meruntuhkan Islam itu sendiri.
Sebaliknya, umat Islam perlu memberikan keyakinan kepada institusi ulama untuk membawa obor agama dalam dunia baharu dengan berpegang teguh dengan autoriti al-Quran dan hadis. Bukan memandang sinis, mengejek ulama dan mengenepikan pandangan ulama, kerana mereka adalah penjaga, pembimbing dan penyelamat. Lambat laun negara ini akan dipenuhi dengan aliran liberalisme dan pluralisme.
Muhamad Faisal

No comments:

Post a Comment