Hari ini Richard Malanjum sah menjadi Ketua Hakim Negara yang baru.
2. Nama Richard Malanjum pernah dicadangkan oleh Lim Kit Siang untuk menjadi Ketua Hakim Negara pada tahun lepas.
3. Tan Sri Richard juga adalah salah seorang Hakim yang memihak kepada tuntutan pihak gereja Kristian dalam isu kalimah Allah pada 2014. Walaubagaimanapun, kes itu berakhir dengan kekalahan di pihak gereja dengan keputusan 4-3. Antara Hakim yang menolak tuntutan pihak gereja pada ketika itu adalah Tun Raus dan TS Zulkifli. Kedua duanya telah meletak jawatan selepas desakan pemimpin PH seperti Lim Kit Siang (Rujuk:https://www.facebook.com/abdulrahimhilmi.zakariya/posts/1960569147326432?hc_location=ufi)
4. Dalam kes Lina Joy, TS Richard (Ketika itu Hakim Mahkamah Persekutuan) juga memihak kepada Lina Joy. Namun kes itu juga berakhir dengan kekalahan selepas 2 lagi Hakim (Tun Ahmad Fairuz dan Dato Alauddin) menolak tuntutan tersebut. (Rujuk: https://web.archive.org/...//sun2surf.com/article.cfm...)
5. Risiko mengambil Ketua Hakim dari kalangan bukan Islam ini akan membuka kemungkinan tafsiran berbeza kepada perlembagaan tersebut.
6. Walaupun perlembagaan adalah mustahil diubah dalam keadaan politik semasa, tetapi tafsiran mahkamah bagi peruntukan perlembagaan berkenaan kedudukan Islam, Melayu dan Raja boleh memberi kesan besar terhadap kedudukan ketiga tiga perkara ini.
7. Contohnya, tafsiran TS Apandi Ali (ketika itu masih Hakim Mahkamah Persekutuan) berkenaan frasa perlembagaan "Islam adalah agama persekutuan tetapi agama agama lain bebas diamalkan" dalam isu kalimah Allah. TS Apandi memberikan tafsiran bahawa maksud kebebasan untuk mengamalkan agama lain itu akan menjadi terhad jika mengganggu agama Islam.
8. Judgement beliau ini dikritik keras oleh peguam peguam luar. Antaranya Tommy Thomas (kini Peguam Negara)
9. Tahniah PH
No comments:
Post a Comment