Monday, July 2, 2018

SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN PONDOK YANG DIPERCAYAI TERTUA DI PULAU PINANG

Semalam 01 Julai 2018 kami menziarahi Encik Rosidi Bin Che Omar 50 pewaris berhubung keilmuan ulamak silam Almarhum Tuan Ahmad Syeikh Yasin Bin Syeikh Taha Bin Syeikh Said Sembawa. Syeikh Said Sembawa yang dipercayai pengasas sistem pendidikan pondok pertama di Pulau Pinang, atau lebih tepatnya di Lahar Minyak, Penaga sekitar tahun 1800an (sumber maklumat seorang sahabat beliau yang mendapat akses di Arkib). Kami tiba dirumah beliau agak lewat petang sekitar hampir jam 7.00 petang. En Rosidi seorang petani sepenuh masa namun begiat aktif sebagai AJK Persatuan Sejarah Cawangan Kedah Unit Restorasi Makam Lama.
Hubungan beliau dengan Almarhum Tuan Ahmad Yasin Filfilan disebelah ibu beliau iaitu Puan Syatariah anak kepada Lebai Muhammad. Lebai Muhammad adalah anak angkat kepada Syeikh Yasin Bin Taha yang dipelihara sejak kecil lagi sekitar usia 6 ke 7 tahun kerana Almarhum Syeikh tidak mempunyai pewaris. Lebai Muhammad diasuh dengan pendidikan agama sehingga menjadi guru di Kampung Lahar Minyak.
Dibawah Encik Rosidi menunjukkan kepada kami manuskrip2 tulisan tangan asli hasil karya Tuan Ahmad Yasin antaranya ialah kitab Miftahulghulam, Majmu'salasarasail (lengkap 3 kitab), sebuah kitab tauhid (tajuk tak dapat dikesan) dan sebenarnya ada beberapa lagi kitab dan helaian2 yang terpisah dan tidak sempurna hasil karangan Almarhum tuan guru.
Begitu juga artifisial tapak bangunan lama pondok disitu sudah tiada namun makam ketiga2 leluhur Tuan Ahmad Yasin masih ada di tanah perkuburan kampung tersebut namun sudah tertimbus dengan pasir akibat perubahan masa dan cuaca. Kini Encik Rosidi dengan beberapa orang sahabat cuba mengangkat kembali makam yang tertimbus itu supaya kembali kelihatan untuk tatapan generasi akan datang akan kewujudan legasi sejarah keilmuan dinegeri Pulau Pinang khususnya. Beliau berharap pihak berwajib dapat membantu usaha beliau ini dalam memulihara khazanah peninggalan berharga ini.
Kepada sesiapa yang ingin ketahui lebih lanjut akan hal ini boleh hubungi talian 012. 5928.920 (En. Rosidi) atau ke link FB beliau :
*p/s : Geng2 Penang selalu menisbahkan diri dengan 'Alfilfilani' baik yang asatizah mahupun orang awam. Kalau nak tau sumber pertama menggunakan perkataan 'Filfilani' ni boleh rujuk dalam kitab karangan Syeikh Yassin sendiri. Encik Rosidi ada tunjukkan pada kami. Jom ziarah..!

No comments:

Post a Comment