Thursday, July 15, 2021

Cara Tahnik

 Alhamdulillah harini genap 7 hari anakanda lahir ke dunia ni. Maka kami telah bersepakat menamakannya :

“SALMAN AL-FARISI BIN MOHD ILYA FARHAN”


Alhamdulillah, Siap bercukur rambut dan dapat Tahnik utk anakanda Salman. Semoga anakanda membesar dengan sihat wal a’fiat dan menjadi insan Soleh, taat pada perintah Allah & RasulNya..

Amiin Insyaallah.


Sedikit perkongsian Cara Tahnik Bayi yg saya lakukan utk anakanda Salman. 

Semoga bermanfaat👍


- Sediakan Kurma & air Zamzam


1.Istighfar 3x

اَسْتَغْفِرُاللهَ العَظِيمَ الذي لاَ إِلَهَ إًِلاًَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّمَ وَأَتُوبُ اًِلَيه

Maksud: Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain daripada-Nya, yang bersifat Maha Hidup dan Maha Memelihara, dan aku bertaubat kepada-Nya. 


2.Surah Al-Fatihah 1x


3.Selawat Tafrijiah 1x (boleh Google)


4.Ayat kursi 1x


5.Surah Yusuf ayat 64 3x

‎فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Allah jualah penjaga Yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja Yang menaruh belas kasihan”.


6.Surah al-Buruj ayat 20-21 3x

‎وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ , بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ , فِى لَوْحٍ مَحْفُوظٍ

Ayat 20. sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

Ayat 21. (Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya;

Ayat 22. (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.


7.Surah al-Hijr ayat 17 3x

‎وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ

Maksud : dan Kami menjaganya dari setiap (gangguan) syaitan yang terkutuk.


8. Surah al- Ikhlas 1x

9. Surah al-Alaq 1x

10. Surah an-Nas 1x


11. Bacaan Taawudz 1x

‎أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِن كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ

Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat allah yang sempurna dari kejahatan panahan mata dengki dan syaitan serta setiap kemudaratan.


12. Bacaan Doa 1x

‎حَصَنْتُهُ بِالْحَيِّ الْقَيُّمِ وَدَفَعْتُ عَنكَ بِأَلْفِ أَلْفِ لاَحَوْلَ وَقُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Aku serahkan jagaan dirimu ( anak ) kepada tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berkuasa,

Aku pertahankan dirimu ( anak ) dengan sejuta ucapan la haula wala Quwwata illa Billlahil aliyyi al-adhim.


13.Bacaan doa 1x

اللَّهُمَّ أَنْشَأَهُ نَشْأَةً صَالِحَةً وَأَحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً وَأَسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى وَاجْعَلْهُ بَرًّا بِوَالِدَيْهِ غَيْرَ عَاقٍ لَهُمَا وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِينَ الْعَارِفِينَ الْعَامِلِينَh وَأَكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ وَالْحَاسِدِينَ وَأَعِذْهُ عَن خَلْقِكَ أَجْمَعِينَ وَلاَتُحْوِجْهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالْحَاضِرِينَ أَجْمَعِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

MAKSUDNYA :Ya Allah hidupkanlah dia dengan kehidupan yang soleh dan baik, bahagiakanlah dia dengan kebahagian yang sempurna, jadikanlah dia anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, tidak menderhakai mereka berdua, jadikanlah dia tergolong di kalangan orang-orang yang soleh, berpengetahuan agama dan beramal. Selamatkanlah dia dari kejahatan panahan mata dan orang yang berdengki, jauhilah dia dari kejahatan semua makhluk-Mu, janganlah Engkau jadikan dia bergantung harap kepada orang lain selain bergantung harap kepada-Mu wahai Tuhan Yang Maha Bijaksana.. Ampunilah kedua ibu bapanya, dan semua yang hadir wahai Tuhan Penguasa Alam.. 


(Sumber FB Ustaz Hazri Hashim Al-Bindany)

No comments:

Post a Comment