Monday, July 19, 2021

Ucapan Hari Raya dan cara jawab

 

Ucapan Hari Raya dan Cara Jawab

Advertisementsالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

تقبل الله منا ومنكم

من العائدين والفائزين

كل عام وأنتم بخير

Selamat hari raya ‘idul fitr

Mohon maaf zohir dan batin

Daripada KAMI sekeluarga


Seputar ucapan Dan Cara membalasnya:

Menjelang hari raya Aidilfitri, pasti kita akan mendengar berbagai-bagai jenis ucapan raya termasuklah ucapan yang diungkapkan dalam bahasa Arab. Di sini saya ingin kongsikan buat penggemar bahasa Arab beberapa ucapan hari raya yang sering digunakan oleh orang Arab dan maksudnya sekali.

PERTAMA :

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

“Setiap tahun akan tiba dalam keadaan kamu baik-baik belaka”.

Ucapan ini mendoakan agar pendengar sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang tahun ini dan juga tahun-tahun berikutnya.

UCAPAN BALAS

Ucapan balas kepada ucapan ini ialah :

وَأَنْتُمْ كَذَلِكَ

“Moga kamu pun begitu”.

P/s : Ucapan ini digunakan untuk setiap sempena tahunan. Maksudnya sesuatu sempena yang diraikan hanya sekali dalam setahun, seperti hari raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, ulang tahun kelahiran, tahun baru dan sebagainya.

KEDUA :

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Moga Allah swt menerima semua amal ibadat kita semua sepanjang bulan Ramadhan yang lepas”.

UCAPAN BALAS : آمِين atau ulang semula keratan مِنَّا وَمِنْكُمْ.

KETIGA :

مِنَ العَائِدِين وَالفَائِزِين

“Moga kamu termasuk dalam orang-orang yang akan kembali semula ke hari lebaran ini pada tahun-tahun akan datang dan berjaya di dunia dan akhirat”. Ucapan ini mendoakan supaya pendengar dipanjangkan umur agar dipertemukan semula dengan hari raya pada tahun berikutnya dan juga kesejahteraan di dunia dan akhirat. Contoh kejayaan di akhirat ialah dapat masuk syurga.

UCAPAN BALAS : مِنَ السَّالِمِين وَالغَانِمِين

“Moga kembali dalam keadaan selamat dan beruntung”.

KEEMPAT :

عَسَاكُمْ مِنْ عُوَّادِهِ

“Moga kamu dari kalangan orang-orang yang akan kembali menemui hari lebaran ini pada tahun berikutnya”.

Ucapan ini mendoakan agar pendengar dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu lagi dengan hari raya berikutnya. Perkataan عُوَّاد adalah jamak taksir kepada عَائِد.

UCAPAN BALAS : يَعُودُ عَلَيْنَا وَعَلَيْكُمْ بِخَيْرٍ “Moga hari lebaran ini akan kembali menemui kita semua dalam keadaan yang baik-baik belaka”.

KELIMA :

عِيدكُمْ مُبَارَك

“Moga hari raya kamu diberkati”.

Ucapan ini mendoakan keberkatan. Hari raya yang diberkati. Maksud ‘berkat’ ialah sesuatu yang banyak dan berlimpah-ruah. Maksudnya jika kegembiraan maka kegimbiraan yang banyak.

JAWAPAN BASAN : عَلَيْنَا وَعَلَيْكُمْ

“Moga kita semua pun sama-sama diberkati”.

Kredit : Ashafizrol Ab Hamid

Alasfiyaa Sdn Bhd





No comments:

Post a Comment