Wednesday, July 14, 2021

Sifat Sombong

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


⊱ ━━━━.⋅✦ 💠 🌺 💠 ✧⋅.━━━━ ⊰

     *T A R B I Y A H  ROHIYAH*

⊱ ━━━━.⋅✦ 💠 🌺 💠 ✧⋅.━━━━ ⊰


* 0️⃣ 9⃣ ZULHIJJAH 1442H😊*

*  1⃣ 9⃣ JULAI 2021M -ISNIN 😊*


‎        ☺️الحمدلله ربِّ العَالَمِين☺️

‎اللهمّ صلِّ علَى سيِّدِنَا مُحَمَّد، وعلَى آلِهِ

‎وصحبه اجمعين 



             ✋S O M B O N G🤚


🔹Sombong Direzekikan Berqiamulail :


Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan


🔹Sombong Direzekikan Gagah Berpuasa Sunat :


Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqamah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit


🔹Sombong Direzekikan Mampu Khatam AlQuran Sebulan Sekali:


Kita diberi rezeki mampu khatam Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqamah belajar mengaji dengan segala kepayahannya


🔹Sombong Direzekikan Harta dan Mampu Bersedekah.


Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya


🔹Sombong Direzekikan Lahir dari Keluarga Alim:


Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama


🔹Sombong Direzekikan Beramal Ibadah:


Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.


Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu

                     🎆 SO M B O N G🎆


@islamitu_indah

                     ☪🟢🟢🟢☪


_📝muhasabah diri_

_📝mati itu pasti_

_📝maafkan saya 

_🤲doakan saya_

_✅Istiqamah Beramal_

_↗️Perbetul Niat Kerana Allah_

_✊🏻SaveToPalestin_

_🤲HikmahCovid19_

No comments:

Post a Comment