BANK Rakyat kini menawarkan promosi kadar keuntungan istimewa kepada pelanggan pembiayaan peribadi sektor swasta.
Dalam satu kenyataan, kadar keuntungan sebelum ini diturunkan kepada 4.99 peratus untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
Kempen tersebut terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada, menawarkan penjimatan sebanyak RM38 sebulan bagi pembiayaan sebanyak RM100,000 untuk tempoh 10 tahun.
Manakala, pembiayaan sebanyak RM150,000 pula, pelanggan bakal menikmati penjimatan sebanyak RM56 sebulan bagi tempoh sama.
Promosi itu dibuka selama tiga bulan sahaja bermula November 2015 sehingga Januari 2016.
Sekali gus melayakkan pemohon untuk menyertai Kempen Realizing Dreams yang berlangsung sehingga Mac depan.
Menerusi kempen itu, pemohon pembiayaan peribadi bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah utama iaitu pembiayaan percuma, malah pelbagai hadiah menarik menanti pemohon yang bertuah.
Pelanggan yang berminat boleh menghubungi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau layari laman sesawang Bank Rakyat, www.bankrakyat.com.my.
Sunday, December 20, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment