Tuesday, December 15, 2015
tindakan kepada mereka yang melanggan pelakon Nikita Mirzani dan bekas finalis Ratu Indonesia tahun lepas Puty Revita Sari
JAKARTA, 15 Dis ― Orang kaya dan pegawai tinggi sahaja mampu melanggan pelacur kelas atasan, melibatkan pelakon terkenal, semahal 65 juta rupiah (RM20,000), kata gabenor Jakarta. Basuki Tjahaja Purnama, atau popular dipanggil Ahok, juga menggesa polis mengambil tindakan kepada mereka yang melanggan pelakon Nikita Mirzani dan bekas finalis Ratu Indonesia tahun lepas Puty Revita Sari. “Siapa yang boleh bayar sebegitu mahal, 65 juta rupiah, kalau bukan pegawai tinggi?” portal Tempo memetik beliau sebagai berkata hari ini. “65 juta rupiah sekali pakai? Mahal, bos!” “Kalau mahu adil, ya, tangkap semua. Jadi yang dihukum jangan cuma yang menjual, yang membeli juga dihukum!” katanya lagi. Nikita, 29, dan Puty, 23, ditangkap polis malam Khamis lepas di sebuah hotel berdekatan bulatan Hotel Indonesia, mercu tanda popular di sini. Polis merampas beberapa barang seperti kondom, pakaian dalam, resit hotel dan telefon pintar sebagai bukti. Telefon itu dipercayai dapat memberi petunjuk pembabitan beberapa individu lain yang memberikan khidmat seks, kata pegawai polis Umar Fana, Jumaat lalu. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/cari-juga-pelanggan-seks-pelakon-nikita-mirzani-gesa-gabenor-jakarta?utm_source=twitterfeed&utm_medium=facebook#sthash.cjxwwhuG.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment