Pages
Tuesday, March 11, 2014
headlines
Slider[Style1]
- 11 Mar 2014 Hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan gambar salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan mengg...
- 11 Mar 2014 Kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memboikot sidang parlimen yang berlangsung pagi tadi sebagai tanda protes kepada keputusan mahkamah yang ...
- 11 Mar 2014 2 penumpang yang didakwa menggunakan pasport curi menaik pesawat MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang hilang pada awal pagi sabtu lalu ...
- 11 Mar 2014 PRK DUN Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu yang melibatkan calon Barisan Nasional, Mei Fun & calon PKR, Wan Azizah. SPR menerima ...

Style2
#MH370: Gambar Lelaki Warganegara Iran Guna Pasport Curi Didedahkan
undefined comment 11 Mar 2014 Hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan gambar salah seoran...
Read More#MH370: 2 Penumpang Guna Pasport Curi Ialah Warganegara Iran
undefined comment 11 Mar 2014 Read MorePRK DUN Kajang: Mei Fun Lawan Wan Azizah & 22 Gambar Hari Penamaan Calon
undefined comment 11 Mar 2014 Read MoreWAYANG - Bijak Membeli, Najib Dapat Beli Ayam Dengan Harga RM1.00
undefined comment 11 Mar 2014 Read More
Isu Semasa

Style3[OneLeft]
Chef Wan Rapat Dengan Salah Seorang Krew #MH370, Luah Rasa Simpati
undefined comment 11 Mar 2014 Sebelum ini Chef Wan dengan lantang mengkritik nasi lemak yang dihidangkan oleh Malay...
Read More
Hiburan

Style3[OneRight]
3 Gambar NGERI Penagih Dadah Cedera Teruk Akibat Ditoreh Adik Yang Cuba Melindungi Ibu
undefined comment 11 Mar 2014 Penagih dadah yang cuba menyerang ibunya sendiri mengalami kecederaan yang teruk sele...
Read MorePelajar Rancang Culik Diri Sendiri, Minta Wang Tebusan RM18,000
undefined comment 08 Mar 2014 Read More
Jenayah

Style4
8 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Anda Dihalau Keluar Dari Kapal Terbang
undefined comment 11 Mar 2014 Jika seseorang dihalang dari menaiki pesawat kerana disyaki membawa bahan letupan ata...
Read More10 Gambar Serangga Gergasi Yang Menakutkan Tidur Malam Anda (Terutamanya No 3)
undefined comment 10 Mar 2014 Read More10 Sindiran Berfakta Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
undefined comment 08 Mar 2014 Read More
Menarik

Style5
Tragedi MH370: Persoalan Penggunaan Teknologi Terkini Dan Menangkis Salah Faham Umum
undefined comment 10 Mar 2014 Misteri kehilangan Penerbangan Malaysia pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing ma...
Read MoreKeyboard Warrior, Tahukah Anda Kerja-Kerja Berkaitan Dengan Tragedi Penerbangan Bukan Semudah Yang Disangka?
undefined comment 09 Mar 2014 Read MoreIMBASAN: 100 Maut, Pesawat MAS Meletup & Terhempas Di Tanjung Kupang
undefined comment 08 Mar 2014 Read More
Informasi

8 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Anda Dihalau Keluar Dari Kapal Terbang
Posted by: Admin Posted date: 4:14 PM / comment : 0
Jika seseorang dihalang dari menaiki pesawat kerana disyaki membawa bahan letupan atau benda merbahaya, mungkin itu perkara biasa. Namun, pernahkah anda mendengar penumpang dihalang ataupun diusir dari pesawat kerana sebab-sebab yang pelik?
Dibawah ini kami senaraikan beberapa kejadian pelik dimana penumpang telah didihalang daripada menaiki pesawat.
(Perkongsian artikel ini tiada kaitan dengan insiden kehilangan pesawat MH370. Ini hanya sekadar informasi yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Sama-sama kita doakan agar penumpang dan anak kapal selamat dan dapat ditemui segera. Amin...)
1. Menyanyi lagu Whitney Houstan
Sebuah penerbangan American Airlines yang menuju ke New York dari Los Angeles telah membuat hentian kecemasan pada bulan Mei 2013 yang lepas semata-mata untuk mengeluarkan seorang penumpangnya yang enggan berhenti daripada menyanyikan lagu-lagu Whitney Houstan.
Penumpang tersebut memulakan nyanyian sejurus kapal terbang berlepas dari Los Angeles dan nyanyiannya lama-kelamaan menjadi gangguan kepada penumpang lain dan juga krew pesawat tersebut.
Kerana itulah juruterbangnya terpaksa mengubah laluan dan berhenti di Kansas City untuk mengeluarkan wanita tersebut daripada pesawat itu.
Wanita itu kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa namun pihak American Airlines enggan menerbangkannya ke destinasi yang sepatutnya dituju wanita tersebut.
2. Mengucapkan 'Selamat Tinggal Kapal Terbang' semasa berlepas
Pada bulan Julai 2007, Kate Penland dan anak lelakinya, Garren, 19 bulan, sedang dalam perjalanan dari Atlanta menuju ke Oklahoma dengan menaiki pesawat Continental Express semasa anaknya berkata 'selamat tinggal kapal terbang' secara berulangkali.
Apabila Kate enggan memberikan ubat Benadryl kepada anaknya untuk mendiamkan Garren setelah diminta oleh petugas di dalam pesawat, maka petugas tersebut mengumumkan yang mereka akan berpatah-balik untuk mengeluarkan Kate dan anaknya dari pesawat tersebut.
3. Menyebut perkataan 'Bom' beratus kali
Pada bulan April 2013 yang lalu, Michael Doyle telah membawa bersama-samanya dokumentasi yang diperlukan yang menyatakan tentang penyakit sindrom Tourette yang dihidapinya jika berlaku sebarang kecelaruan.
Sindrom Tourette adalah satu masalah neurologikal yang boleh menyebabkan pertuturan yang tidak boleh dikawal. Namun, semasa proses 'check in', dia telah menyebut perkataan 'bom' lebih 100 kali.
Menurut Michael, pada ketika itu apa yang terbayang di mindanya ialah tentang peristiwa pengeboman di Marathon Boston dan semakin dia resah, pertuturannya menjadi semakin teruk. Walaupun pihak keselamatan membenarkan dia menaiki pesawat, namun juruterbang syarikat penerbangan Jet Blue telah menghalau Michael keluar dari pesawat sebelum pesawat berlepas.
Juruterbang itu bimbang tentang isu keselamatan tetapi setelah diterangkan tentang keadaan Michael yang sebenarnya. Michael akhirnya ditawarkan menaiki pesawat seterusnya untuk meneruskan perjalanan.
4. Berbau busuk
Pada bulan Februari 2010, sebuah penerbangan Air Canada Jazz dari Chalottetown di Pulau Prince Edward sedang dalam persiapan untuk berlepas ke Montreal semasa para penumpang dalam pesawat tiba-tiba membuat aduan tentang bau busuk yang datang daripada salah seorang penumpang lelaki.
Bau busuk tersebut dikatakan 'sangat teruk' tapi kesian juga la kan dengan penumpang berkenaan kerana akhirnya akibat bau busuk itu, penumpang itu telah diminta untuk meninggalkan pesawat tersebut.
5. Memakai seluar yang besar
Pada bulan Jun 2012, Deshon Marman yang berusia 20 tahun dan merupakan seorang pemain bolasepak Amerika Syarikat di Universiti New York telah dikeluarkan daripada penerbangannya kerana pakaian yang dipakainya telah melanggar kod pakaian penerbangan tersebut yang menyatakan larangan terhadap pakaian yang tidak senonoh atau pendedahan yang keterlaluan.
Pada ketika itu, Deshon memakai seluar yang agak jatuh daripada pinggangnya dan menampakkan pakaian dalamnya. Ketika pihak polis memintanya untuk menarik seluarnya ke atas, Deshon enggan melakukannya dan kerana kedegilannya itu, dia akhirnya terpaksa diminta meninggalkan pesawat.
6. Terlalu tinggi
Kerana dikatakan terlalu tinggi untuk dimuatkan pada kerusi penumpangnya, seorang penumpang penerbangan dari Portland, Oregon ke Ontario tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat menyebabkan dia merasa sangat malu dengan kejadian tersebut selain menggagalkan rancangan perjalanannya.
Penumpang yang mempunyai ketinggian 6 kaki 9 inci itu berkata, dia telah cuba mendapatkan kerusi di bahagian keluar untuk lebih selesa namun tiada satu pun kerusi bahagian itu yang masih ada. Semasa berada dalam kapal terbang, salah seorang krew telah terjatuh akibat tersadung kakinya yang terkeluar dari kawasan kerusinya.
Setelah diminta meletakkan kakinya ke tempat duduknya seperti penumpang lain, dia telah menerangkan keadaannya yang tidak dapat berbuat demikian. Masalah tersebut gagal ditangani sehinggalah akhirnya dia telah diminta untuk meninggalkan pesawat tersebut.
7. Batuk
Pada bulan Mac 2007, seorang pelajar dar Hawaii yang berusia 16 tahun, Rachel Collier telah dihalau keluar daripada pesawat yang dinaikinya semasa pulang daripada lawatan sekolahnya di New York akibat dia batuk tanpa henti dalam pesawat tersebut.
Pihak krew telah memberikannya minum air dan doktor pula telah memberikan kebenaran untuknya menaiki penerbangan selama 10 jam tetapi kapten kapal terbang telah berpatah balik untuk mengeluarkan Rachel dan salah seorang daripada guru untuk menemaninya.
Kapten itu berpendapat, dia telah bertindak dalam cara yang paling adil dan terbaik untuk kebaikan semua pihak termasuklah Rachel dan penumpang lain. Rachel dan gurunya ditawarkan penerbangan seterusnya pada keesokan harinya untuk membawa mereka pulang ke Hawaii.
8. Menyumpah seranah
Pada bulan Jun 2011, Robert Sayegh yang berusia 37 tahun telah dikeluarkan daripada pesawat yang dinaikinya kerana telah 'mencarut' sebanyak dua kali. Kerana kelewatan selama 45 minit di Detroit. Robert berpaling ke arah teman bersebelahan kerusi dengannya dan bertanya soalan dengan menggunakan perkataan yang berunsur lucah.
Seorang krew pesawat yang mendengar percakapan Robert telah meminta pesawat itu berpatah balik ke pintu utama yang mana pihak polis telah menaiki pesawat dan mengiringi Robert keluar dari pesawat tersebut. Menurut Robert kepada pihak media selepas kejadian itu, dia bukannya berada dalam keadaan mabuk ketika itu sebaliknya hanya kesan daripada mabuk yang dialaminya sebelum itu.
Tagged with: Menarik
About Admin

My Media Hub (MMH) ditubuhkan sejak Januari 2009 memaparkan berita sensasi, hiburan, gosip tempatan, informasi dan isu-isu terkini yang hangat di media sosial. Segala isi kandungan yang disiarkan di laman ini tidak mewakili mana-mana pihak.
Related Posts
10 Gambar Serangga Gergasi Yang Menakutkan Tidur Malam Anda (Terutamanya No 3)
Berapa ramai di antara kita yang geli dengan serangga? Pasti ramai yang tak mengaku terutamanya lel...Read more »
10Mar20145 Jenis Ikan Termahal Di Malaysia
Malaysia - sebuah negara yang sinonim dengan pelbagai jenis makanan yang lazat daripada pelbagai ka...Read more »
10Mar2014Diari Seorang Suami Bergaji RM3,000
30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 & terus buat internet banking bayar bil: Bil air RM30.00 D...Read more »
10Mar201410 Sindiran Berfakta Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
Setiap kali menonton filem ini, saya sentiasa terhibur. Itu kelebihan yang ada pada mamat Khali...Read more »
08Mar2014
Penafian
My Media Hub tidak akan bertanggungjawab di atas segala maklumat yang diambil, dikongsi dari blog ini. Segala pandangan dan pendapat pengunjung blog ini juga tidak mewakili pendirian My Media Hub.
Facebook Page: My Media Hub
Twitter: @MyM3diaHub

Kategori
Sumber Media
Copyright © 2013 My Media Hub