Ketahui Rahsia Kebaikan Kurma | Women Online Magazine
on September 12, 2013
Tahukah Anda BUAH KURMA boleh membantu anda untuk kuruskan badan secara semula jadi. Untuk pengetahuan anda Rahsia Kebaikan Kurma ini didedahkan bertujuan untuk memberikan maklumat kebaikan kurma yang selama ini hanya kita amalkan hanya apabila di bulan puasa sahaja.
Kebiasaannya kita makan kurma di bulan ramadhan sahaja. Tapi sekarang tahukah anda ramai pengamal kecantikan sudah menyedari akan khasiat yang terkandung dalam buah kurma itu.
Bagaimana caranya untuk menjadikan makan buah KURMA sebagai satu amalan?
Mudah sahaja caranya, iaitu menjadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Kalau sebelum ni makan malam anda dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk, cuba gantikannya dengan kurma. Waktu berbuka kurangkan pengambilan nasi dan makanan berat. Ingatlah, matlamat berpuasa bukanlah untuk makan mewah sewaktu berbuka.
Tetapi amalan ibadah serta keinsafan yang perlu ada pada diri sendiri. Cuba cara ini dalam masa sebulan, anda pasti akan nampak hasilnya. Badan bukan sahaja akan menjadi kurus, tetapi juga sihat.
Buah kurma sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Seperti yang terdapat dalam info maklumat buah kurma kaya dengan Potassium yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.
Bukan itu sahaja, makanlah kurma tanpa perlu membuang kulitnya kerana pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.
Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Huh siapa boleh sangka dengan buah kurma kita dapat menguruskan badan. Apa yang kami boleh bagi tahu di sini, makan buah kurma tapi tanpa amalan diet dan senaman yang berterusan perlu diamalkan bagi menjamin keperluan diet yang betul.“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“Al-Mukminah ayat 19“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.Sabda Rasulullah SAW
Kredit foto: Ana Faesal
<< Ketahui khasiat Omega 3
No comments:
Post a Comment