Wednesday, March 12, 2014

Dia satu pengharapan- sifatnya


Sifat positif

Cermat, cerdas, bijak, belas kasihan, berkarisma, menarik, bercita-cita, rajin, jujur, petah, kekeluargaan, kreatif, kemas, teratur. 

Sifat negatif 

Suka mengawal, degil, menikam dari belakang, geram, sukar rasa lucu, kejam, berdendam, dipengaruhi kuasa, tidak mahu berkongsi, kedekut, suka mengarah orang, tidak tetap hati, suka mempertahankan diri, suka bertengkar, tidak jujur 

Sifat lain :

Sangat bersopan santun,  Bertolak ansur,  Sangat cermat, teliti dan teratur, Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati,  Sangat perihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur,  Kerja yang dilakukan sangat sempurna,  Sangat sensitif yang tidak diketahui,  Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik, Otak bijak dan mudah belajar , Suka mencari maklumat, Kawal diri dari terlalu mengkritik, Pandai mendorong diri sendiri, Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia, Suka sukan, hiburan dan melancong, Kurang menunjukkan perasaannya, Terluka hatinya sangat lama disimpan, Pendendam, Terlalu memilih pasangan, Sukakan benda yang luas,  Bersistematik. 

 

Alasan-alasan tidak sukakan kita :

Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada hal sedikit, ada meeting, bos nak jumpa’ dan pelbagai alasan lagi.  Jika ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia mahu berjumpa dengan kekasih barunya.  

Si dia tiba-tiba sahaja membatalkan temu janji dengan anda dengan pelbagai alasan. Ada-ada saja alasannya agar tidak dapat bertemu dengan anda. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau cuti umum. Ini kemungkinan kekasih barunya tiba-tiba mengajaknya keluar sama pada masa si dia hendak keluar bersama anda. 

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, keluar makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.

Kecil sahaja salah anda, tapi si dia akan membesar-besarkan salah anda sehingga sanggup memarahi anda di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda

Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.   Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya

 

Sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan bertanya kenapa dia tidak menelefon anda. Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk dengan kerja. Ini menunjukkan si dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain. 

Kalau tidak pun selalu tersalah menghantar SMS yang hendak di hantar kepada kekasih barunya tetapi terhantar kepada anda

 

Tegak Mabuk Cinta :

Pada awal percintaan, si dia yang selalu menelefon anda sehingga berpuluh kali dalam satu hari. Dia sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum, sudah balik kerja atau belum, sudah mandi atau belum. Jika satu hari sahaja tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah, gelisah dan tidak tenang

No comments:

Post a Comment