Bekas polis gagal dalam tuntutan
SEREMBAN - Seorang bekas anggota polis gagal dalam tuntutan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan gaji dan jawatannya semula selepas diberhentikan kerja, dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Siti Mariah Ahmad menolak tuntutan difailkan Mohd Sakimin Abdul Karim, 26, terhadap Asisten Komisioner Hamdan Majid, Lembaga Tatatertib Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Kerajaan Malaysia dalam kamar beliau, di sini, semalam.
Keputusan itu dibuat selepas beliau mendapati tiada pelanggaran undang-undang dan proses pemberhentian dikenakan terhadap Mohd Sakimin mengikut setiap prosedur ditetapkan.
Terdahulu, Mohd Sakimin selaku plaintif membuat tuntutan kepada mahkamah untuk membatalkan keputusan responden supaya dia boleh mendapatkan semula pekerjaannya sebagai anggota polis, selain gaji sepatutnya diterima sejak diberhentikan hingga kini.
Dia yang berasal dari Sabah dan sudah berkahwin, menerima surat diberhentikan kerja pada Ogos 2012 kerana didakwa tidak hadir bertugas di Balai Polis Chembong, Rembau lebih 100 hari dengan alasan tertekan dengan kerja.
Mohd Sakimin diwakili peguam Ebrina Zubir, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Suhaili Haron bertindak bagi pihak Hamdan, Lembaga Tatatertib dan Kerajaan Malaysia.

No comments:
Post a Comment