Sunday, September 12, 2021

30 Dalil & Dosa Zahid Hamidi

 Buku 30 dalil & Dosa Zahid Hamidi yang disebarkan oleh gerakan Anti Zahid:


1.0 : KES MAHKAMAH


Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat apabila Presiden yang kini imejnya tercalar tidak dapat dikemukakan sebagai calon Perdana Menteri ? Adakah UMNO berani untuk mengemukakan Zahid Hamidi sebagai Presiden dalam menghadapi PR 15?


Oleh sebab itu , pada tahun 2018 Pergerakan Pemuda UMNO menggesa supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan untuk bercuti seketika daripada menjalankan tugas sebagai presiden parti sehingga kesnya selesai.


Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu dibuat supaya Ahmad Zahid dapat memberi tumpuan kepada 45 pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.


2.0 : LIABILITI KEPADA UMNO


( ZAHID Dicabar Calonkon Diri Sebagai Calon PM UMNO Untuk PR 15 Jika Dia Yakin Diri Sendiri Bukan Liabiliti )


Pertama kali dalam sejarah politik negara UMNO tidak berani mengemukakan calon Perdana Menteri. Hal ini disebabkan , Zahid Hamidi sebagai Presiden menjadi penghalang kepada kekuatan UMNO. Disebabkan imej dan kredibiliti Zahid Hamidi terjejas maka UMNO berani menamakan calon Perdana Menteri mereka. Bayangkan jika Zahid Hamidi bukan Presiden UMNO ? UMNO juga tidak dapat menamakan calon pemimpin lain yang berkebolehan kerana tidak wajar untuk mecalonkan calon lain selain daripada Presiden.


Keadaan ini hanya menandakan yang menjadi halangan kepada UMNO berkuasa dan kuat bukan datangnya daripada sesiapa tetapi daripada Presiden parti sendiri. Jika Zahid ikhlas sayangkan UMNO maka Zahid seharusnya berundur dan pastinya UMNO akan mencalonkan Tok Mat , Ismail Sabri atau sesiapa sebagai calon perang.


Zahid sendiri juga tidak berani untuk mencalonkan diri sebagai calon PM. Kita cabar Zahid sekirannya dia berani maka calonkan diri sebagai calon PM UMNO. Zahid sendiri tahu kelemahan imej dan perpepsi diri sendiri di mata rakyat sehingga hari ini tidak berani mencalonkan diri sendiri . Jika Zahid berbuat demikian maka UMNO akan tewas teruk dalam PR 15.


3.0 : 60% AHLI UMNO TIDAK MENYOKONG ZAHID DALAM PEMILIHAN UMNO


Dalam pemilihan UMNO yang lepas Zahid Hamidi hanya mendapat 37,000 undi berbanding Khairy dengan 32,000 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 20,000 undi. Keadaan ini hanya menandakan lebih daripada 60% ahli UMNO sebenarnya tidak menyokong Zahid.


Dari segi undi bahagian pula Zahid mendapat 93 undi berbanding Khairy Jamaluddin yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi ( 74 Undi ). Keadaan ini bermakna lebih daripada 45% bahagian tidak menyokong Zahid.


Statistik ini melambangkan suara akar umbi UMNO yang sebenar.


4.0 REKOD KALAH DALAM PILIHAN RAYA KECIL 4 KALI SEBELUM DIAMBIL ALIH OLEH TOK MAT SEBAGAI PEMANGKU PRESIDEN


UMNO yang dipimpin Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi tidak berkuasa malah hilang kerajaan persekutuan buat kali pertamanya dalam sejarah Malaysia kerana BN hanya mampu memenangi 77 kerusi Parlimen.


Umno bersama PAS kalah empat pilihan raya kecil berturut-turut dengan teruk di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson dibawah kepimpinan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.


UMNO hanya mula menjadi kuat dan menang besar dalam 6 pilihan raya kecil selepas itu pada zaman Tok Mat sebagai pemangku Presiden UMNO.


5.0 – MEMBAWA KEMBALI SIFAT BONGKAK , ANGKUH & SOMBONG YANG DIBENCI RAKYAT & AKAR UMBI UMNO


UMNO sebenarnya sudah banyak berubah dibawah kepimpinan Tok Mat dan Annuar Musa. Namun begitu , Zahid-Najib membawa kembali perangai “Abang Besar” mereka kembali iaitu terlalu bongkak , angkuh dan sombong.


6.0 ZAHID PUNCA BERBELAS AHLI PARLIMEN UMNO BERHIJRAH KE PPBM


Ahli Parlimen UMNO yang berhijrah ke PPBM kerana pada ketika itu Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO cuba menjadi membentuk kerajaan dengan Anwar dan DAP. Keadaan hanya menjadi tenang kembali apabila Zahid umum untuk rehat seketika sebagai Presiden UMNO.


7.0 KHIANAT AUTONOMI POLITIK UMNO SABAH


( Membuat Keputusan Peribadi Tanpa Berbincang Dengan Ketua – Ketua Bahagian UMNO Sabah )


Abdul Rahman malam ini


mengetuai sidang media pemimpin Umno Sabah dari 12 bahagian menyatakan pendirian menolak pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi


Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Pengerusi UUMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk menentukan calon ketua menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti didakwa melanggar autonomi UMNO negeri itu.


READ ALSO  Azmin In Control : Overwhelming Support At Youth & Wanita Congress - Massive Numbers Signifying Their Solidarity Behind Azmin

Powered by Inline Related Posts

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan tersebut dilakukan Ahmad Zahid tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua UMNO bahagian Sabah.


“Dalam pengumuman dibuat Presiden UMNO petang tadi (semalam), ramai ketua-ketua UMNO Bahagian Sabah tidak dirunding untuk mendapatkan keputusan bersama mengenai hal itu.


“Malah keputusan itu melanggar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah diluluskan pada perhimpunan Agung UMNO 2019 di mana keputusan berkaitan hal ehwal Sabah sepatutnya dibincang dan diputuskan di peringkat kepimpinan UMNO negeri itu.


“Tidak ada mana-mana parti politik dalam dunia ini yang meletakkan pemimpin yang mempunyai kes mahkamah untuk mengetuai jentera pilihan raya, itu adalah ‘suicidal move’.


8.0 : KRISIS DI PERAK PETANDA UMNO PERLUKAN KEPIMPINAN BAHARU


( Membuat Keputusan Tanpa Berbincang Dengan Biro Politik dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO )


Kita dapat lihat melalui krisis di Perak bagaimana mereka boleh membuat keputusan tanpa berbincang dengan biro politik dan majlis tertinggi UMNO dan apatah lagi dengan rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional.


Tindakan mereka seolah – olah tidak menghormati PAS sebagai sahabat sejati seperjuangan mereka. PAS seolah – olah dijadikan jambatan batu loncatan mereka yang diketepikan setelah UMNO mula kembali kuat.


9.0 PRESIDEN UMNO YANG PALING LEMAH DALAM SEJARAH UMNO


( Hanya Mahu Selamatkan Diri Sendiri & Bukan Demi Parti , Rakyat Dan Negara )


Zahid Hamidi merupakan Presiden UMNO yang paling lemah dalam sejarah UMNO. Bagaimana kepimpinan sedemikian yang tiada visi , hala perjuangan , dan kestabilan mampu mengetuai UMNO pada zaman politik yang paling sukar ?


Adakah kini kepimpinan Zahid-Najib lebih fokus kepada rampasan kuasa dan bebaskan diri daripada kes mahkamah atau pun sebenarnya mengenai rakyat , budget 2021 dan Covid -19?


Demi kesejahteraan negara dan kebaikan UMNO maka sudah tiba masanya kepimpinan Zahid dijatuhkan dari UMNO sendiri. UMNO perlukan darah baharu yang bersih.


10.0 : TIDAK HORMAT INSTITUSI RAJA


( Keputusan dan Tandatangan Peribadi Dengan Menggunakan Nama UMNO Tanpa Berbincang Dengan Biro Politik , Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Umno )


Zahid Hamidi sendiri yang menandatangani surat yang Anwar berjumpa dengan Agong. Namun begitu , Zahid sendiri lagi berbohong dan menidakkan kebenaran ini. Perangai baling batu sorok tangan dalam politik boleh tetapi janganlah sampai baling batu dekat Agong dan selepas itu sorok tangan. Apakah Institusi Raja boleh dipermainkan sedemikian ? Bagaimana Raja boleh ditipu apabila Anwar-Zahid-Najib tidak memiliki angka yang majoriti untuk membentuk kerajaan ?


11.0 : KHIANAT SEMANGAT PERLEMBAGAAN & MAJLIS DEWAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL ( MCA & MIC )


( Zahid & UMNO Belum Lagi Berkuasa Sudah Bertindak Sedemikian Kepada Rakan Seperjuangan Komponen Parti BN Maka Bayangkanlah Setelah Zahid-Najib-UMNO Berkuasa Kembali ? )


MCA terkejut dengan makluman pemecatan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa, yang hanya diketahui melalui laporan media awal hari ini.


Parti komponen BN itu terkilan kerana keputusan tersebut tidak pernah dibincangkan secara bersama dengan parti komponen lain ataupun melalui Dewan Tertinggi BN.


“Pada hemat parti MCA, sebarang pelantikan ke jawatan dalam BN, ianya perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan BN dan secara konvensinya pencalonan ini haruslah dibentangkan serta dipersetujui secara konsensus di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN


.


MIC pada mulanya terkejut dengan keputusan diambil UMNO menggantikan jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang disandang Tan Sri Annuar Musa kepada Datuk Seri Ahmad Maslan.


“Memang terkejut tetapi kita akur dengan keputusan Pengerusi BN tetapi pelantikan baharu mesti dibincangkan dalam Majlis Tertinggi BN,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Menara Dato’ Onn di sini hari ini.


12.0 : KHIANAT MUAFAKAT NASIONAL


( Keputusan Peribadi Tidak Daftar MN Tanpa Merujuk Kepada Majlis Tertinggi UMNO )


“Sememangnya saya menzahirkan keresahan keputusan flip flop sehingga ahli keliru. Saya sudah menyiapkan draf Perlembagaan MN, apabila sampai masanya untuk daftar, Zahid Hamidi kata jangan daftar pula,” katanya – Annuar Musa


13.0 KHIANAT PAS


Keputusan peribadi untuk tidak mendaftarkan MN adalah satu pengkhianatan kepada parti PAS. PAS juga dikhianati dan ditikam secara tiba – tiba apabila kerajaan PAS bersama PN dijatuhkan di negeri Perak.


14.0 KHIANAT PERJUANGAN UMNO


Perjuangan UMNO untuk menyatupadukan masyarakat Melayu dan umat Islam kini terancam dengan pelbagai politik menyelamatkan diri oleh Zahid Hamidi. Perjuangan UMNO No Kepada Anwar dan DAP juga sudah dikhianati beberapa kali.


READ ALSO  PEJUANG 5 MPs Will Not Support Anwar : “We Are Sticking To Our Principle That We Cannot Support A Gov Which Has MPs Having Court Case”


15.0 KHIANAT KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO


Keputusan Majlis Tertinggi UMNO sudah banyak kali membuat keputusan politik tiada sebarang sokongan dan kerjasama dengan Anwar dan DAP. Namun begitu , Zahid asyik menyalahgunakan kuasa peribadai sebagai Presiden parti untuk bertindak sebaliknya dan membelakangi keputusan Majlis Tertinggi UMNO.


16.0 : KHIANAT PERJUANGAN MELAYU DENGAN SOKONG ANWAR & DAP


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa mendedahkan terdapat sokongan hitam putih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN.


Annuar turut mengakui wujud perselisihan pendapat antaranya dengan Pengerusi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan prinsip dan pendirian politik beliau.


“Saya dapat maklum dan mengesahkan satu sokongan secara hitam putih diberikan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden Umno kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan PN.


“Pada saya perkara ini sangat berat dan besar tetapi saya dan rakan-rakan memilih untuk tidak membangkitkan perkara ini kerana kita tidak mahu ia membawa konflik kepada parti.


“Namun saya tidak dapat menyembunyikan pendirian saya di mana saya berpandangan sokongan bertulis yang dialamatkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 11 Oktober itu (2020) mengenai wakil rakyat BN berjanji setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyokong kerajaan ini dijatuhkan,” katanya sambil menunjukkan salinan surat sokongan itu.


17.0 : PERCUBAAN & PERUNDINGAN MEMBABITKAN DAP YANG DIISTILAHKAN PEMBENTUKAN JAJARAN BARU POLITIK


Annuar berkata, selain itu, wujud percubaan dan perundingan Zahid Hamidi membabitkan DAP yang diistilahkan Pembentukan Jajaran Baru Politik.


“Saya mendapat berita secara sahih, tempat dan tarikh percubaan dan perundingan membabitkan DAP sekitar 17 Oktober lalu.


18.0 : KHIANAT RAKYAT MALAYSIA


Ketika rakyat sedang susah dan negara sedang berdepan dengan Covid -19. Front Liner kita juga risikokan nyawa mereka untuk berperang dengan virus ini. Zahid Hamidi bersama dengan Najib cuba berunding dengan DAP dan Anwar untuk gagalkan budget 2021. Percubaan ini juga sah tidak menghormati amanat Agong supaya budget tidak dipolitikkan.


19.0 : KHIANAT KESELAMATAN , KESIHATAN , NYAWA RAKYAT & NEGARA MALAYSIA


Semasa negara sedang berhadpaan dengan angka lebih daripada 2000 Covid setiap hari dan dijangka akan mencecah 5000 sehari Zahid Hamidi pula membuat gerakan hendak membuat PR 15 pada masa ini. Adakah demi menyelamatkan diri daripada kes mahkamah lebih penting daripada kesejahteraan rakyat dan negara ?


20.0 : BERKALI – KALI BONGKAK , ANGKUH DAN SOMBONG MEMBUAT KEPUTUSAN PERIBADI TANPA PERBINCANGAN DENGAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMN


O , KOMPONEN PARTI LAIN DALAM BN , PAS DAN PELBAGAI PIHAK


Setiap tindakan peribadi yang bersifat ditaktor tanpa berunding , berbincang dan menghormati orang lain adalah satu sifat kepimpinan yang seharusnya ditolak oleh pelbagai pihak.


21.0 : PUNCA PEPECAHAN UMNO


UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi tidak konsisten , sentiasa Flip-Flop dan tiada halu tuju. UMNO kini berpuak – puak dan memiliki pelbagai kelompok kerana Zahid sebagai Presiden yang seharusnya menjadi agen penyatuan pula menjadi agen pepecah.


22.0 : PUNCA PEPECAHAN UMMAH , MELAYU & ISLAM


Kerjasama erat antara UMNO , PAS dan PPBM untuk menyatukan UMMAH , Melayu dan Islam pada mulanya sudah tercapai. Namun begitu , demi menyelamatkan diri Zahid berpolitik sehingga menyebabkan pepecahan yang kini begitu ketara.


23.0 : KHIANAT PERIKATAN NASIONAL


Zahid sendiri meminta supaya kuatkan Perikatan Nasional. Zahid sendiri keluar daripada Perikatan Nasional. Zahid sendiri kembali kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri pertimbang semula sokongan kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri meminta supaya gencatan politik terhadap Perikatan Nasional.


Apakah sebenarnya pembawaan Politik Zahid Hamidi ?


7 MAC 2020- Zahid : Perikatan Nasional Wajib Menguasai Majoriti Di Parlimen


“PN wajib menguasai majoriti di Parlimen, bukan dengan jumlah Ahli Parlimen sedia ada sahaja, tetapi usaha mesti dilakukan untuk perkukuhkan PN dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyertai kerajaan, ‘horse trading’ sedang rancak dijalankan oleh pihak lawan,” katanya.


24.0 : UMUM GENCATAN POLITIK DEMI COVID 19 TETAPI KINI TIKAM DARI BELAKANG ?


21 Oktober 2020- UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional – Zahid Hamidi


Bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan, UMNO mengumumkan gencatan politik perlu dilakukan.


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga dalam masa sama mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.


READ ALSO  DAP Reactivates Red Bean Army Operation - Spend RM225,076 On Facebook Ads For Sabah Election


25.0 : PEMBOHONGAN ISU TPM


Zahid sendiri yang kata tidak mahu jawatan TPM dan sebarang lantikan adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Beberapa bulan kemudian Zahid sendiri kata UMNO dibuli dan tiba – tiba mahu menjadi TPM.


6 MAC 2020 – Nafi UMNO sasar jawatan TPM: Ahmad Zahid


Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan parti itu menyasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.


“Bagaimanapun, itu adalah budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik selepas mengambil kira beberapa pertimbangan mengikut senarai yang diputuskan oleh UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi, di sini.


Zahid tidak mahu jawatan dalam Kabinet


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menawarkan diri untuk dilantik memegang sebarang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan pendiriannya ketika berucap pada perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks Umno Bagan Datuk, hari ini.


Ahmad Zahid berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pertimbangan sewajarnya untuk melantik barisan Kabinet yang berkelayakan, berwibawa dan berkemampuan untuk membantunya.


“Sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, saya menawarkan diri agar tidak dilantik bagi sebarang jawatan dalam Kabinet yang akan diumumkan.


“Kita semua hendaklah berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan Perdana Menteri,” katanya.


26.0 : RESTU ANWAR JADI PM

23 September 2020- Zahid restu Ahli Parlimen sokong Anwar


“Saya telah mengikuti sidang media oleh Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson.


“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).


“Sokongan kepada kerajaan PN merupakan


sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja.


“Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.”


27.0 : BN TUKAR 4 SETIAUSAHA DALAM 2 TAHUN SEMASA ZAHID JADI PRESIDEN UMNO


Oktober 27 2018 – Zahid : Nazri dilantik Setiausaha Agung BN


8 Mac 2019 – Ku Nan Setiausaha Agung BN, bukan Nazri Aziz


17 Mac 2020 – Zahid : BN Lantik Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung


5 Januari 2021 – Ahmad Maslan Setiausaha BN


Kesemua ini tanpa melibatkan perbincangan dengan komponen BN yang lain. Zahid memimpin BN dengan sesuka hati beliau . Beliau suka – suka pecat dan lantik sesiapa mengikut emosi diri sendiri. Apakah individu sedemikian layak menjadi pempimpin ?


28.0 : KEGAGALAN UMNO MENJADI KETUA MENTERI SABAH DISEBABKAN ZAHID SENDIRI TIDAK MAHU MENAMAKAN CALON KM SABAH


ISU KETUA MENTERI UMNO DI SABAH


Zahid sendiri yang tidak mahu menamakan calon KM Sabah. Zahid sendiri yang beri autonomi kepada UMNO Sabah membuat keputusan. Zahid sendiri akhirnya campur tangan dan mahu KM diberikan kepada UMNO. Zahid sendiri akhirnya juga hormati keputusan KM bukan datangnya dari UMNO.


UMNO Tolak Tawaran Bersatu Untuk KM Sabah


Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, mendedahkan Umno ditawarkan jawatan ketua menteri Sabah lebih awal oleh Bersatu namun parti itu melakukan beberapa kesilapan.


Menjelaskan keadaan berkenaan petang ini Annuar berkata kesilapan Umno ialah mereka tidak menerima pelawaan tersebut yang dibuat Bersatu sebelum hari penamaan calon.


29.0 : KEPIMPINAN YANG SENANTIASA FLIP-FLOP DAN TIDAK KONSISTEN


Sendiri pada awalnya tidak mahu jawatan TPM dan kabinet tetapi kemudiannya kata dibuli. Sendiri yang memperjuangkan No To Anwar dan DAP dan kini sendiri yang berunding dengan mereka. Sendiri yang kata gencatan politik tetapi kini sendiri yang lancarkan perang politik. Sendiri yang kata mahu fokus kepada MN tetapi sendiri yang tidak mahu MN didaftarkan. Sendiri yang menolak calon KM Sabah dan akhirnya diri sendiri yang kata dibuli apabila KM bukan datangnya dari UMNO.


30.0 : PERCUBAAN BERKALI – KALI MENGGUGAT KESTABILAN POLITIK & EKONOMI NEGARA


Percubaan Zahid Hamidi menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutama Umno, Pas dan Bersatu yang juga parti teras mewujudkan perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.


“Percubaan gugat kerajaan PN berkali-kali sedangkan saya mewakili parti sebagai anggota kabinet. – Annuar Musa

No comments:

Post a Comment