Wednesday, September 15, 2021

Sajak : Lupakah

 Lupakah..

Ketika masih kecil

Ketika masih di kampung

Ketika masih di perantauan

Ketika masih di medan ilmu

Ketika masih di sisi kedua-dua orang tua


Lupakah

Ketika ilmu tinggi melangit

Ketika harta bertimbun-timbun

Ketika dirai ke sana ke mari

Ketika pangkat di sisi


Lupakah 

Hidup diperhujungan

Hidup diuji dengan kesakitan

Hidup hilang segala-galanya

Hidup penuh liku-liku kehidupan

Hidup menanti saad kematian


Lupakah

Hidup dengan kekurangan bakti

Hidup dengan kekurangan amal

Hidup dengan kekurangan pahala

Hidup dengan kekurangan meneliti syurga

Saat kematian hampir tiba




Nukilan :

Abu MNR

Khamis;

9 Safar 1443H

16 September, 2021


No comments:

Post a Comment