Pergau Dam ni rupanya ada polemik besar antara Malaysia dan UK !
Di UK jadi isu besar. Di Malaysia , Tun M buat rilek jer zaman tu. Ya la, Mahathir Mohamed zaman tu , faham-faham saja la.
Pada waktu tu juga umur saya tak sampai 10 tahun lagi. Hidung beringus lagi waktu tu. Apa la budak bawah 10 tahun fikir di era 90an tu. Cerita Gaban , Masked Man dan Doraemon kot. Perkataan Dam memang tak terlintas dalam kepala pun.
Masa dalam perjalanan mendaki bukit meninggalkan Jeli untuk masuk Perak tadi, sempat la singgah swafoto sekejap.
Bila sampai rumah sebentar tadi baru sempat baca-baca sikit tentang hal Skandal 'Arm for Aid' ni.
Ceritanya macam ni.
Pada bulan Oktober 1993, kontroversi meletus di London mengenai sama ada kerajaan Thatcher (PM UK pada waktu tu) telah menggunakan subsidi bantuan UK sebagai 'pelincir' untuk membantu firma pertahanan Inggeris mendapatkan pesanan eksport bernilai lebih dari GBP 1 bilion dari tentera Malaysia.
Subsidi yang dimaksudkan membantu membiayai empangan hidroelektrik 600 megawatt yang dibina pada awal tahun 1990 oleh sebuah konsortium firma pembinaan UK di Sungai Pergau di wilayah Kelantan di Malaysia.
Sementara fokus utama kontroversi adalah pada 'the pro-quo' ( something for something) yang berkait dengan persetujuan 'beli senjata dengan balasan bantuan' yang melanggar dasar kerajaan UK sendiri.
Skandal Empangan Pergau juga timbul tanda tanya tentang ambil untung dan suapan korupsi yang dikaburkan atau dilindung secara besar-besaran.
Apapun , topik ni memang sedap untuk di cari jawapan untuk menjawab segala misteri yang tak tersingkap berkaitan negara kita.
Sapa nak tau kena tanya Tun M la , sementara di masih ada. Semoga dia masih ingat kisah besar ni.
Bagaikan trip lawatan sambil belajar dah. Ingat nak faham isu pengurusan air saja sambil merantau di penghujung tahun. Tak sangka ada kisah misteri ni.
Setiap misteri pasti ada jawapan nanti. Carilah jawapan. Lenggak saja , memang di takuk itulah kita. Dah nak habis 2020 dah ni.
Zikrullah Ismail
Merungkai Misteri Pergau Dam
30 Disember 2020
Bukit Jambul Pulau Pinang
Cc : orang berpengalaman Tuan Fuad Omar , kot boleh kongsi cerita. Kalau tak bulih cerita kot FB , kita pi pelaga lutut. Ayam bakaq perasap kemiyan cukup ka ? 🤣
No comments:
Post a Comment