BERITA SEDIH :
KEHILANGAN SAHABAT KARIB FAZILATUL SHEIKH BURHANUDIN.
Kelmarin beberapa sahabat pempinan PAS Pulau Pinang diberitahu tentang pemergian Almarhum Sheikh Burhanuddin. Medan. Indonesia. menghembus nafas terakhir sekitar jam 5.00 pm. Ahad..
Seorang Alim yang membuka Pondok Tahfiz di Medan.. Lulusan sarjana Al Azhar Syarif.Mesir. Almarhum sering ke Malaysia. sehingga pernah datang ke Muktamar PAS di Alor Setar tahun 2016 .Berjumpa dengan Murshidul Am Ustaz Hasshim dan juga berjumpa dengan Tuan Guru Presiden.
Beliau senatiasa memuji akan cara pembawaan PAS dalam landscape politik Malaysia.. Pernah beliau mengimpikan supaya TGHH dapat mengajar Pimpinan Politik Indonesia cara memgurus tadbir negara dengan Islam. Pernah Almarhum sebut didalam satu pertemuan bahawa. " Ingatlah wahai kawan ku di sini bahawa Tuan Guru Haji Hadi pemimpin kamu yang aku pernah jumpa, yang memimpin kamu orang nya ada KARAMAH".
Selamat tinggal Almarhum Fiadzilatul Sheikh Burhanuddin semoga diampun dosa my dan roh mu berada bersama orang soleh..
1 Mac 2021
No comments:
Post a Comment