انا لله وانا اليه راجعون
Kedah, Malaysia - Allahu..lagi berita sedih dari bumi kedah, telah wafatnya Permata Ulama Paling Tua di Negeri Kedah iaitu Tuan Guru Dato Haji Ahmad bin Mohd Nor (Pakteh Mad), Pengasas Pondok Ahmadiah Kuala Nerang Kedah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.57pagi ini, 15 September 2021 bersamaan 08 Safar 1443H di Hospital Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Bersama kita hadiahkan alfatihah dan doa buat almarhum tuan guru..
Al-fatihah..
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Al-Fatihah..
اللهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مُدْخَلَه، وَاغْسِلْه، بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِه، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين.
Tuan Guru Dato' Haji Ahmad bin Haji Muhammad Noor Kuala Nerang (1925 - 2021)
Diantara tokoh ulamak solihin negeri Kedah yang masih ada ialah Tuan Guru Pak Teh Mad. Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Muhammad Noor. Dilahirkan di Kampung Tanjung, Padang Terap Kanan Merupakan pengasas Madrasah Ahmadiah yang ditubuhkan pada 1961. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Terap sehingga darjah empat. Seterusnya ke sekolah menengah di Madrasah Sa’adah Ad-Daroin, Merbok, Bedong, Kedah sehingga tahun 1937. Selepas itu, beliau memasuki Pondok Gajah Mati, Pendang selama 3 tahun sebelum ke Mekah dengan memasuki Madrasah al Salutiyah.
Diantara guru nya ialah :
1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok - Pondok Merbok
2. Tok Mogoi - Pondok Mogoi
3. Tuan Guru Pak Chu Him - Pondok Gajah Mati ( Ayah mertuanya )
4. Pak Da Eil Mekah
5. Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Muthalib Al Mandili
6. Sheikh Daud Kelantan
7. Syeikh Afnan Al Jawi
8. Syeikh Sulaiman Al Jawi
9. Syeikh Zakaria Bila
10. Syeikh Hassan Masyath
11. Sayyid Alawi al-Maliki
Selepas 10 tahun di Mekah , beliau pulang ke tanah air dan membuka sebuah pondok di Padang Terap. Pada tahun 1986, pendaftaran sekolah ini diluluskan dengan nama Madrasah Al Ahmadiah Al-Solehiah Al Islamiah.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir diHospital Kuala Nerang pada tanggal 15/9/2021, jam 12.57pagi hari Rabu dalam usia beliau 96tahun. Al-Fatihah buat Tuan Guru yang begitu banyak berjasa buat ummah.
#PencintaUlamaAkhirat
No comments:
Post a Comment