Tuesday, August 9, 2022

Kata2 Hamka

 Hamka berkata ...


Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.


Kamu belajar tentang Sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 


Kamu tengok pula Sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 


Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 


Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 


Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 


Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 


Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 


Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 


Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 


Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurga-Nya.


Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.


Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.


Moga bermanfaat


Sumber: Almarhum Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Mantan Ketua Majlis Ulama Indonesia / Ahli Falsafah Tersohor

Tuesday, July 19, 2022

Kontrak Sosial Kerakyatan Malaysia

 PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR


MAKLUMAT PENTING.


KPD RAKYAT DAN KHAS NYA ANAK2 MUDA MALAYSIA YG KURANG TAHU TENTANG SEJARAH NEGARA DI HARAP BACA PERJANJIAN SOSIAL INI.


PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR


Oleh Peguam Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz


*1. Proses Malaya menuntut kemerdekaan daripada British dipermudahkan dengan dasar British Decolonisation Programme (BDP) selepas tahun 1945.*


2. BDP adalah dasar Kerajaan Britain untuk meninggalkan negara yang telah dijajah akibat kos pengurusan negara yang meningkat tinggi akibat perang dunia dan hasil bumi yang dirompak dari negara-negara yang dijajah tidak lagi menguntungkan British.


3. Ketika ingin melepaskan Malaya, terdapat lebih 2 juta BURUH paksa dari negara CHINA dan INDIA yang telah dibawa masuk oleh British ke Malaya untuk industri bijih timah dan getah British.


*4. Tunku Abdul Rahman mahu Malaya Merdeka dan pendatang semua dihantar balik ke NEGARA ASAL.*


5. Namun British enggan menanggung kos penghantaran balik pendatang dan Tunku DIPAKSA untuk menerima mereka semua sebagai warganegara.


*6. Tunku TIADA PILIHANAN melainkan menawarkan skim KONTRAK SOSIAL kepada kaum PENDATANG.*


7. Sebagai balasan kepada KEMURAHAN HATI ORANG MELAYU memberikan taraf warganegara kepada kaum-kaum PENDATANG, kaum pendatang telah BERSETUJU untuk mengiktiraf ISLAM sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara, HAK ISTEMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


*8. Mengikut undang-undang kontrak, apabila mana-mana pihak memungkiri sesuatu kontrak maka pihak-pihak boleh dikembalikan kepada STATUS QUO ASAL masing-masing.*


9. Bermaksud jika satu pihak telah mula TIDAK menerima kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, HAK ISTIMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu, maka pihak yang satu lagi juga berhak MENARIK BALIK pemberian kewarganegaraan kepada kaum PENDATANG.


*10. Jadi berhati-hatilah dalam mengurus keturunan kamu. Jangan biar mereka BUTA SEJARAH.*


Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)


Baca berita selanjutnya di;

https://www.editormalaysia.com/5611/


SOALAN - Adakah boleh DITARIK BALIK HAK KERAKYATAN BUKAN MELAYU yang telah diberikan dengan MEMPERTIKAI KEDUDUKAN MELAYU ?


Info ini dikongsi oleh sahabat pejuang saya. Mengikut perkara di atas,sukacita ingin di ingatkan, YA, hak kerakyatan bukan Melayu boleh ditarik balik jika terdapatnya pertikaian yang serius terhadap perlembagaan tentang kedudukan hak orang Melayu. Malah terdapatnya contoh yang sudah pun berlaku.


Menurut Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan.


CONTOH yang telah dilucutkan hak kerakyatan adalah Lim Lian Geok (Presiden Jiao Zong) pada 12 Ogos 1961 dan C.C. Yong pada 30 Oktober 1968. Kes ini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang cuba mencabar kedudukan hak orang Melayu dalam perlembagaan Tanah Melayu.


Oleh itu,janganlah kita mempertikaikan perlembagaan yang telah termaktub dan dipersetujui seluruh rakyat Tanah Melayu dari dahulu lagi. Kita semua mahu hidup dalam keadaan aman dan sejahtera bersama keluarga dan sahabat handai tidak kira Melayu,Cina mahupun india. Mari kita hormat menghormati sesama kita berlandaskan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama dari zaman tok moyang kita dahulu lagi. Boleh disebarkan untuk tujuan pembelajaran rakyat Malaysia. Sekian.


Terima kasih.


COPY & SHARE JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN RAJA2 MELAYU, AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU & NEGARA MALAYSIA YANG KITA CINTAI SERTA TIDAK MAHU ANAK CUCU NANTI JADI PENGEMIS DI TANAH SENDIRI.. 


VIRALKAN...SEGERA

Thursday, July 7, 2022

Kisah Rusa Betina Sedang Hamil

 Seekor rusa betina

sedang Hamil

Ketika hampir detik-detik kelahirannya,

rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh

di pinggir hutan yang berdekatan

dengan sungai.


Tiba-tiba.....

sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !


Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.


Ketika rusa ini menoleh ke kiri,

tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.


Saat menoleh ke kanan,

ia pun terkejut melihat seekor singa lapar

yang siap menerkamnya.


Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :


1. Mati dimangsa singa.

2. Mati terkena panah.

3. Mati terbakar.

4. Atau mati tenggelam karena melompat

ke sungai.


Yang jelas ...

Bahaya mengancam dari berbagai penjuru

dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.


Lalu apa yang harus ia lakukan?

Bersedih dan merintih?


Menangis dan menjerit?

Atau ia harus berlari

sementara kondisinya begitu lemah?

Atau menyerah pada keadaan?


Rusa pun pasrah.

Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.


Lalu apa yang terjadi?


Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu.

Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar.

Singa malang itu mati seketika.


Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.


Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.


Rusa pun melahirkan dengan selamat !


Sahabatku....


Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.


Masalah di tempat bekerja,

masalah di dalam keluarga,

masalah di kampus,

masalah dengan pasangan hidup semuanya datang bersamaan.


Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..


Lalu apa yang harus dilakukan?

Jadilah seperti Rusa.

Biarkan semuanya berjalan apa adanya dan tetaplah fokus dan optimis.


Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !

Selebihnya serahkan kepada TUHAN


Karena Tuhan lah yang mengatur jalan kehidupanmu.


🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏


Foto ilustrasi

Monday, July 4, 2022

Kes Tuntutan nafkah ibubapa kepada anak

 🌈😷


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di *Kampung Jiboi Baru, Ampangan.*


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. 


“Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

“Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.

Perintah ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.


Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.


Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan , memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.


Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


*Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah :*


1. Pentingnya ibu bapa *mendidik anak-anak dengan Islam* sehingga lahir kasih sayang kerana Allah dan perasaan tanggungjawab di antara mereka.


2. Penting ibu bapa *memadankan anak-anak mereka dengan pasangan-pasangan yang beragama* yang turut menghormati mertua disamping menghormati ibu bapa mereka sendiri.


3. Setiap dosa di dalam Islam boleh dianggap jenayah oleh Mahkamah Syariah. *Ini termasuk menghalau ibu bapa keluar dari tempat kediaman mereka tanpa pembelaan.*


4. Dokumen dan penama pemilikan rumah, tanah atau apa sahaja hartanah adalah suatu yang penting disimpan. *Jangan mudah menukar nama pemilikan tanpa sebarang jaminan ketaqwaan dan hitam putih.*


5. Sebarang permasalahan keluarga yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri *boleh dirujuk ke Mahkamah Syariah.*


6. Penting seseorang *mengatur kehidupan mereka termasuk mengatur budget perbelanjaan bulanan.* Jika gagal mengaturnya dengan baik, gaji ribuan ringgit sebulan pun tidak akan mencukupi bukan sahaja untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa yang telah tua, tetapi juga untuk diri dan keluarga sendiri.


7. Kejayaan dalam pelajaran adalah satu perkara. *Namun kejayaan dalam berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat adalah suatu perkara yang lain pula.*


8. Mendapat gaji adalah suatu perkara. *Namun mendapat wang yang berkat adalah suatu perkara yang lain.* Rezeki yang diberkati Allah melahirkan taqwa kepada insan, puas (qanaah) dengan apa yang ada disamping memberi dorongan kepada seseorang untuk terus menambah usaha demi berbakti kepada umat dan Agama.


9. *Pasangan yang baik di dalam perkahwinan ialah pasangan yang sering mengingatkan kita akan tanggungjawab kita terhadap keluarga* dan selebihnya sanak saudara.


Sebaik-baik perhiasan di dunia ialah Isteri yang Solehah. Sebaik-baik peninggalan di dunia ialah Anak Yang Soleh. Lihatlah, kesemuanya ialah harta insan atau manusia, bukan banglo yang tersergam, kereta mewah yang meluncur dan wang ringgit yang melimpah ruah.


Allah swt Maha Penerima Taubah (At-Tawwab). Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat, tidak kembali kepada perbuatan salahnya, membaiki dan mempertingkatkan dirinya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.


Semoga kita dan anak-anak kita dapat manfaat dari kisah tauladan ni.

😷😔😕

Friday, June 24, 2022

Ciri2 kepimpinan UFMNoor

 Ciri-ciri kepimpinan berpengaruh:


✅ Banyak membaca.

✅ Tegas dan lembut pada tempatnya.

✅ Pendengar yang baik.

✅ Moden, sofistikated dan relevan.

✅ Bagus dan kemas penampilan. Wangi.

✅ Pengucap yang bagus sebutannya. Almarhum apabila mengucapkan sesuatu fonetiks jelas dan sedap didengar. Menjadi ikutan oleh anak muridnya seperti DSAI dan lain-lain.

✅ Berfikiran terbuka dan tidak jumud.

✅ Mampu mencuba benda baharu.

✅ Pendorong kepada orang lain untuk ke hadapan.

✅ Inspirasi kepada orang di bawah.

✅ Menjadi rujukan oleh orang di atas.

✅ Melekat di hati sahabat, dan lawan.

✅ Dihormati kawan dan lawan.

✅ Mengasihi dengan ilmu dan membenci dengan ilmu.

✅ Seimbang kehidupan, namun melebihkan akhirat.

✅ Tidak melatah di dalam membuat keputusan.

✅ Berani mempunyai pandangan berbeza dengan penilaian ilmu dan pengalaman.

✅ Berbaik dengan lawan politik namun tidak menggadaikan prinsip.

✅ Mencintai isteri, anak cucu, keluarga dan seluruhnya.

✅ Mendahuhulukan orang lain.

✅ Bijak membuat penilaian tanpa tergesa-gesa.

✅ Mampu mempengaruhi orang lain dengan ilmu dan hujah tuntas.

✅ Pemikiran jauh dan di luar kotak.

✅ Pasti ada salah dan silap, namun diperbetulkan segera.

✅ Mempunyai pengikut namun tidak membenarkan ampuan.

✅ Kuasa dan pangkat di bawah dagu (tidak dinampakkan di depan mata).

✅ Hormat pandangan sahabat perjuangan dan orang lain.

✅ Kasih akan semua.

✅ Mengasihi sahabat baik sejak muda dan tidak membawa ke kancah konflik.


Lagi, dan lagi…


Apabila sudah tiada di dunia, dirasakan hidup dan disebut-sebut jasa dan pemikiran.


Tip pengucapan beliau, adalah apabila memulakan ucapan, sentiasa membaca doa, 

رب اشرح لي صدري ويسرلي امري واحلل عقدة من لساني يفقه قولي.


Semoga ramai lagi pemimpin dilahirkan yang boleh membawa perubahan dan kebaikan di dunia dan akhirat.


23 Jun 2022.

Almarhum Fadzil Mohd Noor.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون 


_*"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihig wa'fuanhu"*_ 


Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 


Al Fatihah .... 


بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ام

Monday, June 20, 2022

Gambar kenangan


 

INFO KESIHATAN

 INFO KESIHATAN 

1. PERUT 

Perut cedera apabila kita selalu tak sarapan pagi. 

     


2. BUAH PINGGANG cedera apabila kita selalu tak minum 10 gelas air dlm masa 24 jam.

     


3. HEMPEDU cedera apabila kita selalu lambat tidur melapasi jam 11 

Mlm dan selalu lambat bangun subuh.

    


4.  USUS KECIL cedera apabila kita selalu makan makanan sejuk dan basi.


5.  USUS BESAR cedera apabila kita selalu makan makanan goreng Dan pedas.

      

6.  PARU2 cedera apabila kita selalu Bernafas dipersekitaran asap yg tercemar oleh rokok dll.

      

7. HATI cedera apabila kita selalu makan makanan gorengan yg berat dan makanan segera.

     

8. JANTUNG cedera apabila kita selalu makan makanan masin lebih dan cholesterol Tinggi.

     

9. PANCREAS cedera apabila kita selalu makan makanan manis yg Tinggi.


10. MATA cedera apabila kita selalu kerja cahaya mobile phone dan Komputer screen dlm gelap.


11. OTAK cedera apabila kita selalu berfikiran negative.

       

12. ROH cedera apabila kita tak ada KELUARGA dan kawan yg sanggup bersama ketika senang, susah, prihatin masalah dan kasih sayang diantara mereka.


SEMUA KOMPONEN YG TERSEBUT DIATAS TIDAK ADA DLM PASARAN KLU PUN ADA SANGAT MAHAL HARGANYA. JADI JAGA LAH DGN BAIK KESIHATAN KITA. 

       

KESAN AIR                 

💐 SEMUA ORANG TAHU AIR ITU PENTING, TAPI KITA KENA TAHU MASA YG TERBAIK KITA KENA MINUM AIR.... !! 


       ANDA TAHU ???  


 💦 MINUM AIR PADA MASA YG TEPAT⏰ 

KEKESANAN SEMAXIMA MUNGKIN UTK TUBUH MANUSIA. 


       1⃣  1 Glass AIR LEPAS BANGUN PAGI -

             🕕⛅ DPT MELANCARKAN 

               organ DALAMAN KITA. 


       2⃣  1 Glass AIR

              30 MINIT 🕧 

              SEBELUM MAKAN DPT- MELANCARKAN PENCERNAAN..


       3⃣ 1 Glass AIR 

              SEBELUM MANDI

              🚿 - DPT 

              MENURUNKAN TEKANAN     

              DARAH. 


       4⃣ 1 Glass AIR  

              SEBELUM TIDUR 

              - 🕙MENGELAKKAN DARI 

              Stroke  or SERANGAN

               JANTUNG. 


SHARE KPD KAWAN2 SEMUA SEMOGA IANYA MENDAPAT KEBAIKAN BERSAMA.

Saturday, June 18, 2022

Kisah Gobernur Said bin Amir

 Assalamualaikum

*DUNIA DATANG KEPADAKU UNTUK MERUSAK AKHIRATKU*


Amirul Mukminun Umar bin Khattab ra mengangkat Said bin Amir al Jumahi sbg Gubernur Himsh.


Umar bertanya kpd Said:

“Aku akan menetapkan gaji utk mu.”

```

Said menjawab;```

“Apa yg aku lakukan dg gaji itu wahai Amirul Mukminin.?? _Pemberian dari baitul maal kpd ku melebihi kebutuhanku._”


Said pun berangkat ```ke Himsh menunaikan tugasnya.

```

Tdk lama berselang, Amirul Mukminin Umar ra didatangi oleh orang² yg bisa dipercaya dari penduduk Himsh, ```Umar berkata kpd mereka;

“Tulislah nama penduduk miskin dari Himsh agar aku bisa membantu mereka.”

```

Mereka menulis dlm sebuah lembaran, di dlmnya tercantum nama fulan dan fulan serta Said bin Amir.

```

Umar bertanya;

“Siapa Said bin Amir.??”

```

Mereka menjawab; “Gubernur kami.”

```

Umar menegaskan;```

“Gubernur kalian miskin.??”

```

Mereka menjawab;

“Benar di rumahnya tdk pernah dinyalakan api dlm waktu yg cukup lama.”

```

Maka Umar-pun menangis hingga air matanya membasahi janggutnya, kemudian dia mengambil seribu dinar dan memasukkannya ke ```dlm sebuah kantong.


Umar berkata:```

“Sampaikan salamku kpd nya dan katakan kpd nya bhw Amirul Mukminin mengirimkan harta ini agar kamu bisa menggunakannya utk memenuhi kebutuhanmu.”


Delegasi pun pulang dan mendatangi rumah Said dg menyerahkan kantong dari Umar bin Khatthab.


Said melihatnya dan ternyata isinya adlh dinar, maka dia menyingkirkan -nya seraya berkata:

_“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.”_


Se-olah² Said sedang ditimpa musibah besar atau perkara berat.


Istrinya datang ter-gopoh² dg penuh kecemasan, dia berkata;

"Apa yg terjadi wahai Said.??"

"Apakah Amirul Mukimin wafat.??"

```

Said menjawab;

“Lebih besar dari itu.”


Istrinya bertanya;```

“Apa yg lebih besar dari itu.??”

```

Said menjawab:```

_“DUNIA DATANG KEPADAKU UNTUK MERUSAK AKHIRATKU, SEBUAH FITNAH TELAH MENERPA RUMAHKU."_

```

Istrinya berkata;```

“Engkau harus berlepas diri darinya,”

```

Dia belum mengerti apa pun terkait dg perkara dinar tsb.


Said bertanya;```

“Kamu bersedia membantuku.??”


Istrinya menjawab; “Ya”


Maka Said mengambil dinar itu, memasukkannya ke dlm kantong² dan mem-bagi²nya kpd kaum muslimin yg fakir dan miskin.

```

Masyaa Allah...```

Itulah pribadi Said bin Amir,

Semoga Allah swt meridhoinya.


Seorang Gubernur yg miskin ```dan mendahulukan rakyatnya walau ia sendiri miskin.

```

_Cerita ini seperti khayal, pdhl nyata. Apalagi jika melihatnya dg perspektif jaman sekarang. Dimana kita melihat para pejabat sibuk memperkaya diri, bahkan dg harta yg haram hasil dari korupsi, kolusi dan nepotisme. Bahkan utk bisa menjadi pejabat-pun juga dg menghalalkan segala cara.....😞😔._


Indah sekali perkataan Said ```ketika ia menerima kiriman uang dari Umar ra :```

_"DUNIA DATANG KEPADAKU UNTUK MERUSAK AKHIRATKU, SEBUAH FITNAH TELAH MENERPA RUMAHKU."_


Tak mungkin perkataan ini ```keluar dari lidah manusia yg cinta dunia dan takut mati.

```

Tapi pasti datang dari manusia yg beriman yg matanya selalu menengadah ke langit membayang -kan negeri akhirat dan bertemu Allah ta'ala yg dirindukannya. 

```

Wahai Said bin Umar, ...```

Semoga engkau mendptkan apa yg engkau inginkan.``` Aamiin.


Allah ﷻ berfirman:


مَن كَانَ یَرۡجُوا۟ لِقَاۤءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَـَٔاتࣲۚ وَهُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ


▪️Barangsiapa yg mengharap pertemuan dg Allah,``` _maka sesungguhnya waktu (yg dijanjikan) Allah itu pasti datang,_``` dan


🕋 Dialah Yg Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.```

[QS.29 *Al-Ankabut: 5*]

Aqiqah

 :: AQIQAH ANAK.. WAJIB BUAT KE? ::


Ramai di kalangan kita masih keliru pasal benda ni.. Banyak persoalan yg tak terjawab.. Contoh:

1) Bolehkah Aqiqah dilakukan utk diri sendiri setelah dewasa sebab dulu mak ayah tak mampu?

2) Boleh ke daging Aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam?

3) Bolehkah daging Aqiqah digunakan utk masak lauk kenduri?

4) Bolehkah sebahagian drpd badan haiwan seperti tanduk dan kulit dijadikan perhiasan rumah?

5) Apakah hukum Aqiqah sebenarnya? Mesti kena buat ke?

6) Betul ke kalau seorang anak tak dibuatkan Aqiqah maka hidup dia akan sengsara?

7) Tulang-tulang semua mesti kena tanam ke?

8) Boleh ke nak combine sekali Aqiqah dan Ibadah Korban waktu Aidil Adha? Seekor haiwan niatnya dua sekaligus?


Ni atok cuba jelaskan seringkasnya eh supaya semua boleh faham.. InshaALLaH..


Aqiqah ni hukumnya Sunat Muakkad iaitu sunat yg digalakkan.. Kalau tak buat, tak berdosa.. Kalau buat, dpt ler pahala.. Aqiqah hukumnya TAK WAJIB... Ianya hanya jadi Wajib apabila telah bernazar.. Aqiqah ni bermula sebelum zaman RasuluLLaH lagi.. Kalau ada bayi lahir, waktu cukur rambut bayi tu, org Arab jahiliyah akan sembelih haiwan tu dan darah tu dilumurkan kat kepala bayi.. Selepas RasuluLLaH SAW ada, amalan melumurkan darah tu dah dibuang.. Tapi amalan Aqiqah dikekalkan.. Biasanya dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi.. Cukur rambut, Aqiqah dan beri nama kepada bayi.. Tapi tak semua org mampu.. Yelah, kambing bukan murah.. Kalau baby boy, 2 ekor kena tumbang.. Kat situ je dah nak dekat RM2,000... Belum lagi masuk belanja nak kenduri etc.. Menurut Mazhab Syafi'e, boleh dilakukan Aqiqah sebelum anak tu Baligh.. Akan tetapi, ada gak yg tak buat sampai la dia Baligh.. Maka tuntutan Aqiqah tu pun gugur.. Takyah buat dah.. Sama gak kalau bayi tu meninggal dunia sebelum sempat buat Aqiqah.. Tak perlu buat Aqiqah utk arwah.. 


Katalah mampu, buat la Aqiqah ni dan tak salah kalau orang bukan Islam makan daging tu.. Sebab tujuan Aqiqah tu bila kita buat kenduri lalu digunakan daging itu utk dijadikan lauk kenduri adalah bertujuan utk sedekah.. Kita jamu tetamu yg hadir.. Seeloknya dikongsikan sesama Islam tapi takde dalil yg mengharamkan orang bukan Islam makan daging Aqiqah.. 


Kalau nak buat, buatlah sebelum anak tu mencapai usia Baligh.. Kalau dah terlepas, takyah dah buat Aqiqah tu.. Ada antara kita sampai sanggup berhutang semata-mata nak buat Aqiqah.. Kan dah membebankan tu namanya.. Berkaitan tanam tulang tu pulak, itu tak wajib.. Nak tanam boleh, nak buang pun boleh cuma buang kat tempat yg betul la.. Kalau nak simpan kulit dan tanduk haiwan Aqiqah, pun boleh.. Hukumnya harus je.. Aqiqah dan Ibadah Korban TIDAK BOLEH disatukan eh.. Kena asing-asing.. tak boleh kongsi.. Sebab dua amalan ni tujuannya berbeza.. Daging korban sunat disedekahkan mentah manakala daging Aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.. Satu lagi, tentang kepercayaan bahawa anak yg tak dibuatkan Aqiqah akan hidup susah, selalu ditimpa musibah dan sebagainya, tu semua kepercayaan orang dulu-dulu je.. Dalam Islam takde kepercayaan mcm ni.. Boleh faham eh?


WaLLaHu'alam...


So, kalau belum buat Aqiqah anak, pastu orang sibuk tanya; Dah buat Aqiqah dah? 

Jawab je; InshaALLaH kalau ada rezeki lebih nanti.. Sunat je pun hukumnya.. Bukan Wajib pun..


Kredit : Normah Ahmad

page : Jom Hamil Bersama Furmon

Follow Group FB : Tips Usaha Hamil

Add FB : Fatihah Furmon Penang

Friday, June 17, 2022

Meminta Ikut Keperluan dan Memberi ikut kemampuan

 SUATU KETIKA LORI PENGANGKUT BERAS TIBA DI SEBUAH KEDAI, RAMAI ORANG BEREBUT UNTUK MEMBELI DARINYA.


Pembeli beratur panjang menunggu giliran membeli sehingga tiba giliran seorang wanita tua miskin, dengan tangan gementar menghulurkan gelas yang dibawanya kepada penjual beras.


“AKU TAK MAMPU MEMBELI BERASMU, SUDIKAH ENGKAU BERSEDEKAH PADAKU CUMA SEGELAS BERAS SAHAJA?”


“TIDAK, AKU TAK BOLEH MEMBERIMU SEGELAS BELAS!” kata si penjual.


Tetapi kemudian si penjual menyuruh pembantunya untuk membawa sekarung beras dan menghantarkannya ke rumah wanita tua itu.


Wanita tua menerimanya dengan mata yg berkaca kerana tak percaya apa yg telah terjadi.


Air mata bahagia mengalir deras di pipi tuanya.


Seorang pembeli yang tadinya berdiri di belakang wanita bertanya pada si penjual beras, "Tuan, bukankah yang diminta wanita tua tu hanya segelas beras, mengapa tuan memberinya sekarung beras?"


INI JAWAPAN SI PENJUAL:


"Itu kerana dia meminta sesuai dengan keperluannya, sedangkan aku memberi sesuai kemampuanku."


"Aku melakukan itu kerana begitu pula yang TUHANKU lakukan kepadaku selama ini."


"Setiap kali aku meminta kepada-NYA apa yang aku inginkan, DIA selalu memberiku berdasarkan kuasa-NYA."


"Dan pemberian-NYA bukan hanya sekadar cukup, malahan selalu lebih dari cukup."


Begitulah hebatnya TUHAN kita memberi kepada setiap makhluknya.


Banyak kali kita meminta kepada-NYA dan DIA memberi lebih dari apa yg kita perlu.


Begitulah pemurahnya TUHAN kita. RahmatNYA maha luas sehingga tak terbilang apa yg telah diberikan kepada kita.


Sekiranya hanya sedikit yg mampu disedekahkan, teruskanlah bersedekah semampunya.


Kecil yg kita lihat, sungguh besarnya ganjaran pahala yg kita dapat.


Teruslah berjuang untuk agama ini. Bantulah kami untuk mengembangkan agama ini dengan menyumbang kepada pembinaan Pondok Moden Al-Rahimiyah di Maran.


Jangan tangguh untuk bersedekah.


Klik butang “Learn More” atau link di video ini.


Semoga dengan sedekah ikhlas ini menjadi saksi kita di sana nanti.i kita di sana nanti.

Thursday, June 16, 2022

PAS beristiqamah bersama PM

 Kenyataan Media Presiden PAS


PAS BERISTIQAMAH BERSAMA PERDANA MENTERI 


PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.


Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan. 


Secara khusus, PAS memahami keadaan darurat pandemik COVID-19 dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.


Namun, masih lagi terdapat dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi. Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politicking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana COVID-19 yang sebegini rupa.  


Rasulullah SAW membandingkan kumpulan ini laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera, di mana mereka ingin menebuk kapal daripada bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk mereka sahaja tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera. Mereka perlu dihalang agar semuanya selamat.


Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA juga menegaskan:


‌إنَّ ‌اللَّهَ ‌يَزَعُ ‌بِالسُّلْطَانِ ‌مَا ‌لَا ‌يَزَعُ ‌بِالْقُرْآنِ.


“Allah memberikan kuasa kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak disebutkan oleh al-Quran.” 


Bertindak dengan tegas tanpa perasaan waswas, kerana waswas itu datangnya daripada syaitan.


ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Dari Jendela Institut Jantung Negara (IJN).


Bertarikh: 28 Syawwal 1442 / 9 Jun 2021

Ayat Al Quran halau kera

 Ayat18, surat alkhafi. Ayat halau kera atau babi. Baca di kebun. Seru kera atau babi

Rukhsah dan Fitnah

 Sebab tulah saya selalu pesan, Ulama tak boleh mudah-mudah ambil rukhsah walaupun ia harus. Ada ketika kena ambil azimah juga.


Bila timbul fitnah, kita jawab dengan soalan "salahkah?". 


Memang salah. Sebab menimbulkan fitnah.


Baca balik sebab kenapa Yaasir dan Sumaiyah tak ambil rukhsah taqiyyah seperti anaknya Ammar. Dalam buku hadis 40 sahabat saya ada huraikan. Dalam artikel-artikel lepas pun banyak saya nyatakan.


Kata hukama'

"من دخل موضعا من مواضع التهمة فاتهم فلا يلومن إلا نفسه "

Barangsiapa masuk ke tempat-tempat yang boleh timbul fitnah, maka jangan menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri.


Cara terbaik, minta maaf sahajalah. Akui 'kesilapan'. Tak menang nak berlawan dengan netizen ni.


(Ustaz Alang Ibn Shukrimun)

PSR dan PTMP

 PSR = TAMBAK 3 PULAU DI SELATAN P.PINANG.

PTMP: PENANG TRANSPORT MASTER PLAN ( PLAN INDUK PENGANGKUTAN P.PINANG )


Apakah objektifnya atau matlamatnya??? Iaitu untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di dalam pulau dan seberang. Objektifnya murni.wajar semua pihak menyokongnya ,tetapi yang timbulnya pertikaian disini ialah berlakunya penyimpangan yang ketara daripada matlamat asalnya. 


Ada beberapa pertikaian iaitu:-


1. Konsultan yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya iaitu Halcrow yang menampilkan PTMP ( plan induk pengangkutan P.Pinang )ditukarkan kepada SRS yang dilihat menampilkan konsep " PDMP ( Penang Develope master Plan ) bukan lagi PTMP. Bukankah  PTMP objektifnya untuk menangani kesesakan trafik??? Bukankah dah nampak penyimpangan matlamat??? Logiklah ada penyimpangan kerana bidang kepakarannya ialah sebagai Pihak pemaju.


Dalam hal ini pakej Halcrow antaranya mencadangkan:-

1.Kawasan memasukkan kereta terhad dan bercaj.

2.Kawasan letak kenderaan terkawal

3.kawasan pembaikan ruang perjalan kaki.

4.penambahbikan persimpangan

5.Kawasan hentian,park and ride.

6.Penambahbaikan lebuhraya sedia ada.

7.Beberapa jalan baharu.

8.Laluan khas BRT & Tram

9.Memperkenalkan perkhidmatan Komuter

10.Penambahbaikan laluan baru untuk feri.

Rancangan Halcrow ini dilaksanakan secara berperingkat hingga tahun 2030.


Kita boleh lihat disini,tiada PSR bukan?? Fokusnya betul iaitu menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

Kos yang dianggarkan ketika itu hanya dalam lingkungan Rm 10 billion Sahaja.


Bila wujud plan SRS, wujudlah cadangan :-

1.LRT (kos 8.5 billion )

2.PIL 1 ( Penang island link 1 )- kosnya  RM 7.5 -9.5 billion untuk 19.5km ( 1 km menghampiri RM 500 juta ).


Zenith pula mengendalikan :-

1.Terowong bawah laut Gurney ke Bagan Ajam,Butterworth.

2. 3 pakej jalan berkembar.


Kos plan versi SRS dan patnernya mencecah hingga RM 46 billion .maka untuk mendanai projek mega tersebut timbullah cadangan PSR (Tambak 3 Pulau untuk buat modai projek mega tu )


Ini yang jadinya.suka saya tegaskan disini,kita bukannya anti PTMP.kita tak boleh terima PSR...PSR....PSR. kaji semula PTMP supaya balik ke pangkal jalan iaitu objektifnya. Kecilkan skalanya kepada hal yang berpatutan ,supaya musibah yang timbul akibat PTMP  tidak akan ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang berketurunan .


PSR pula menjanjikan kerosakkan total bukan sahaja Pulau Pinang bahkan melibatkan negeri jiran iaitu Perak sebagai salah satu pihak pembekal pasir dan Kedah dikatakan membekal kuari batu-batan.kerosakan di laut yang jadi ketakutan demi food sekuriti untuk rakyat mendapatkan ikan segar daripada nelayan tempatan.


Kerajaan !!! Baliklah ke pangkal jalan kalau betul bertindak sebagai kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kemaslahatan rakyat,bukannya mengambil kesempatan di atas kelemahan rakyat.

Laporan EIA, PSR.

 Tudia


Laporan EIA PSR, surat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar, 25 Jun 2019


Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar


Pihak Jabatan ini ingin menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa pembangunan projek akan menyebabkan kemusnahan kekal dan residual impact ke atas ekosistem dataran lumpur (mudflat), fishing ground, kawasan pendaratan penyu, dan sebahagian terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting kepada sumber perikanan. Kemusnahan kekal ini akan memberi impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan dan jaminan sumber bekalan makanan negara. Dalam hal ini Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah memastikan pelaksana projek memberi perhatian serius terhadap residual impact dan melaksanakan semua langkah mitigasi tanpa gagal dengan nasihat teknikal jabatan berkaitan terutama Jabatan Perikanan Malaysia. Antara perkara­ perkara yang wajar dititikberatkan termasuk:-

 

(a) Offset Programme


(i) Offset Programme bagi kehilangan kekal di atas hendaklah diselaraskan sebagai sebahagian daripada Penang OffSet Masterplan antaranya merangkumi :-


- Tukun tiruan

- Fishery Aggregating Device (FAD)

- Penanaman semula bakau dengan nasihat Jabatan Perhutanan dan agensi teknikal berkaitan.

- Pelepasan benih ikan

- Stuktur eco engineering pada lapis lindung pantai

- Menyediakan dana untuk kajian dan penyelidikan penyu dan terumbu karang

- Lain-lain dari cadangan Offset programme dalam bab 8, langkah-langkah kawalan


(ii) Kajian teknikal terperinci dan ulasan Jabatan teknikal hendaklah dilaksanakan sebelum pelaksanaan Offset programme di atas;


(iii) Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Offset Programme dengan melibatkan agensi teknikal berkaitan bagi memantau pelaksanaan Offset programme yang dicadangkan di dalam Laporan EIA; dan


(iv) Offset Programme ini hendaklah dipantau secara berkala dan diaudit bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Laporan pemantauan Offset programme ini hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Offset Programme.

Monday, June 13, 2022

Amalan Meluaskan Rezeki : Sujimy

 Amalkan sebelum masuk rumah seperti di tempat parking atau dalam lif :

1. Baca alfatihah 1 kali

2. Baca al Ikhlas 3 kali

3. Bila masuk dalam rumah, berikan salam dan beri salam juga keatas Rasulullah juga.

Tambahan :

1. Selawat 1 kali

2. Ayat kursi 1 kali.

Monday, June 6, 2022

Vladmir Putin

 Russia

Vladimir Putin


https://www.facebook.com/100001203720904/posts/1521625867887523/


Sebut 2 nama di atas memang kebanyakkan org Islam Malaysia akan terus pikir bahawa tu adalah :

•Musuh Islam

•Pembunuh Umat Islam Di Syria bersama Bashar Assad


Tapi sebenarnya kita ditipu hidup2 selama ini oleh media2 barat(media yahudi nasoro) dan media khowarij moden(salafi wahhabi).

Berita benar tidak disebarkan kpd kita dan disekat penyebarannya agar tidak sampai kepada kita umat Islam.


•••Hakikatnya•••


Russia dibawah pemerintahan Putin adalah merupakan :


•Pembela Umat Islam di Russia dan Syria

•Putin membina dan merasmikan Masjid antara terbesar di eropah iaitu Masjid di Moskow, ibukota Russia(video 2 dan 5).

•Muslim dia Moskow sekarang hampir 6JUTA org dan semakin ramai memeluk islam di sana setia hari.

•Islam adalah agama kedua terbesar di Russia.

•Putin bersama Mufti Besar Russia (video 6)

•Russia adalah negara terbesar di dunia.

•Putin menubuhkan pasukan TENTERA ELIT MUSLIM di Chechen(video 3).

Tentera Malaysia boleh simpan  mendedahkan siapa IS(Video 2 sila tgok minit 1.43).

•Putin mendedahkan siapa US(video 4).

•Yahudi(Israel), Nasoro(US) dan salafi wahhabi(Saudi) amat takut dgn Putin dan Bashar.Sb tu mereka cipta fitnah yg hebat terhadap Putin dan Bashar.


Media yg boleh dipercayai sebahagian berita2 ialah ALJAZEERA dan RUPTLY TV.


Semoga bermanfaat utk kita semua.

Konspirasi Yang Telah Dilupakan

 KONSPIRASI YANG TELAH DILUPAKAN


Salam 2 all.


Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah atas pemergian Almarhum Abuya Ustadz Ashaari Muhammad yang telah kembali kerahmatullah semalam di Ipoh. Jenazah Almarhum dikebumikan di kampung asal Almarhum di Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembila malam semalam.


Sebenarnya saya mengenali Almarhum sejak tahun 1983 lagi semasa menuntut di New Zealand. Almarhum telah datang ke Wellington dalam siri dakwah Al Arqam. Saya pada masa itu tau-tau ajelah, jenis Islam pun janji solat puasa kira okaylah tu.


Tetapi kedatangan Almarhum membuka satu tirai baru kepada saya. Almarhum adalah orang yang membezakan kepada saya Islam ritual dengan Islam haraki. Almarhum orang yang menunjukkan kepada saya perbezaan Islam mekanikal dengan Islam syumul. Almarhum membuktikan kepada saya Islam itu satu cara hidup yang praktikal dan bukan hanya disurau masjid. Ringkasnya, Almarhum membuka mata saya kepada Islam sebenarnya.


Saya sangat tertarik dengan cara Almarhum berdakwah. Nama Almarhum masa itu memang gah dan hebat. Jadi bila Almarhum dikatakan mahu datang New Zealand, kami bercadang menempatkan Almarhum di The Terrace Hotel, sebuah hotel ternama di Wellington masa itu. Kebetulan sebelum itu beberapa ustad gomen datang dan duduk memerap dalam hotel mahal ni.


Tetapi apabila sampai, Almarhum kata dia nak duduk tidur sama dengan kami pelajar di Islamic Centre Wellington, tempat program tamrin yang kami adakan. Memang kami tidur disitu masa itu. Kami semua agak terkedu dengan sikap rendah diri dan tawaddhu' Almarhum. Sepanjang bersama, Almarhum makan minum dengan kami. Itulah pengalaman pertama saya makan dalam talam, berebut kami nak makan dengan Almarhum. Tak cukup dengan itu, Almarhum turut sama membasuh pinggan, menyapu dan membersihkan centre tu. Saya perhati tengok Almarhum kekadang membasuh pakaian dia sendiri. Wajah Almarhum sungguh membawa ketenangan bila melihatnya.


Saya sendiri agak terkedu bila Almarhum nak ziarah rumah kami masa tu di No. 2 MacDonald Crescent, Wellington. Tau-taulah rumah student bujang, semua jantan pulak tu! Kami pergi naik tramp dan kena jalan kaki dekat 15minit juga mendaki bukit. Tapi Almarhum selamba aje mengikut kami berjalan. Sampai ke rumah kami, Almarhum sedikit pun tak menegur dengan papan karom dan lain-lain harta karun yang ada yang menunjukkan kami yang dok rumah tu memang jenis happy go lucky punya geng. Sebaliknya saya ingat kata Almarhum, "jadi orang muda ni memang seronok, tapi sayang umur muda datang sekali aje". Kata-kata itu walaupun sepatah dan sempoi aje, tapi terus menusuk ke jiwa saya.


Timbul persoalan takkan nak sia-siakan usia muda yang datang hanya sekali ini. Saya mula tertanya-tanya apa makna hidup ini, mengapa kita dihidupkan, apa tujuan kita, kemana kita selepas ini. Waduh..berserabut kepala masa tu.


Tapi nak jadi cerita, dalam kepala dok berserabut dengan macam-macam soalan tentang falsafah kehidupan itu, kuliah suboh pada pagi itu menjadi pembuka mata dan jiwa kepada saya. Dalam tazkirahnya, Almarhum membawa tajuk "Dua Peranan Manusia", kupasan tentang mengapa manusia dihidupkan, apa tanggungjawab dan matlamat kita, serta kemana kita nanti akhirnya. Bagaimana kata Almarhum, kita ini adalah makhluk ciptaan ALLAH yang dicipta dengan dua peranan; bahawa kita dicipta untuk memperhambakan diri kepadaNya, selain menjadi khalifah ALLAH dimukabumi ini. Bahawa sebagai hamba mahupun khalifah, ALLAH menurunkan Al Quran sebagai manual kehdiupan manusia.


Saya ingat lagi kiasan Almarhum, alangkan syarikat Toyota pencipta kereta pun memberikan manual untuk tujuan pemakaian dan penjagaan kereta ciptaannya. Kita mungkin rase kereta Mercedes tu hebat, tapi kita tak boleh pakai manualnya kepada kereta Toyota, jahanam nanti. Kita mesti tetap berpegang kepada manual Toyota walau apa pun orang nak kata.


Begitulah seorang manusia, dilahirkan dengan dua peranan dan diberi Al Quran sebagai manual kehidupan. Kita mesti berpegang kepadanya, walau macam mana dugaan dan godaan datang. Walaupun nampak cara hidup barat hebat dan menyeronokkan, tetapi itu bukan manual hidup kita. Kalau kita ikut juga, kita akan jahanam. Berpeganglah kepada manual Al Quran, kita pasti selamat! Begitu tegas tapi lembut ayat-ayat tazkirah daria jiwa Almarhum menusuk jiwa saya. Malah itulah harinya saya mula berminat untuk mendalami Islam, mengkaji agama lain untuk melihat kebenaran Islam dan berjinak-jinak dengan gerakan Islam.


Sebenarnya banyak yang boleh saya coretkan mengenai pengalaman bersama Almarhum. Walaupun saya sendiri tidak pernah menganggotai Al Arqam, namun persahabatan saya dengan Almarhum saya terus pelihara. Semasa tindakan Pusat Islam memfatwakan Al Arqam sesat, sayalah peguam yang memfailkan saman terhadap Pusat Islam untuk mengisytiharkan fatwa itu sebagai tidak sah. Bersama YM Raja Aziz Addruse masa itu, kami cuba mempertahankan institusi Al Arqam. Kalau ya sesat pun bukan Al Arqam, mungkin individu tertentu. Mengapa perlu nak dilumpuhkan Al Arqam sehingga habis segala perniagaan dan rangkaian komersial mereka turut nak dimusnahkan. Berdepan dengan suasana itu, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menghancurkan Al Arqam pada tahun 1994.


Saya masih ingat bagaimana Abuya diheret ke muka televisyen dalam siaran secara langsung untuk dipaksa membuat pengakuan beliau sesat. Semasa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun langsung tiada sebarang pertolongan atau bantuan diberikan kepada Abuya atau Al Arqam. Saya tahu sebab saya terlibat secara langsung.


Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah.


Tetapi sikap kasih sayang Almarhum kepada saya masih ada, dan Almarhum menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk "POLITIK ISLAM Membawa Kasih Sayang" tulisan Almarhum sendiri. Almarhum juga menghadiahkan saya beberapa baranganan dan penulisan lain. Tetapi yang saya paling hargai ialah sehelai serban yang pernah Almarhum hadiahkan kepada saya, yang tetap saya simpan dan gunakan sekali sekala sehingga kini


Saya merindui saat bersama dengan Almarhum, walaupun hanya sekali sekala dapat bersama dengan beliau. Kata-katanya, nasihat Almarhum, gurau senda dan gelak tawanya. Setiap kali berada disisi Almarhum, saya berasa sangat tenang dan selamat. Almarhum adalah mursyid saya, guru saya, dan saperti bapa bagi saya.


Moga ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada Almarhum. Semoga ALLAH meletakkan Almarhum bersama dengan para syuhada, para solihin, dan para siddiqin. Moga ALLAH melapangkan kubur Almarhum, dan menerangkan cahayaNya dialam barzakh sana. Semoga ALLAH menganugerahkan syurga buat Almarhum. Dan semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada keluarga, anak isteri, sahabat handai dan para murid Almarhum dalam menghadapi ujian ini. Amin ya rabbal 'alamin.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Jumaat

30 Jamadil Awal 1431

14 April 2010


https://www.google.com.my/amp/s/tokwan.wordpress.com/2010/05/14/tokwan-menangis-baca-kisah-zulkifli-nordin-dengan-abuya-ashaari-yang-berkait-dengan-anwar-ibrahim/amp/

Analisa Data PRN Johor

 SEDIKIT ANALISA DATA PRN JOHOR...terkini..


Jumlah pengundi 2.59juta


Melayu 62% = +- 1,605,800  orang

Cina 30% = +-  777,000 orang

lndia dll 8% = +- 207,000 orang


Ahli Umno 450k =18% saja.

Ahli Pas +- 30K = 1.1% saja

Ahli PBBM +-20k = 0.7% saja


Dari beberapa survey sepanjang tahun 2021 peratus pengundi atas pagar adalah 40% ia itu lebih kurang 1,036,000 juta orang.


Pengundi atas pagar kecenderungan mereka kpd MN, tapi menolak BN jika solo, bermakna mereka lebih cenderung kpd PN. 95% pengundi atas pagar adalah kaum Melayu seramai +- 984,200 orang, dan 5% bukan Melayu seramai +- 51,800 orang.


Trend terkini....


50% undi bukan Melayu seramai 492,100 orang pergi ke BN bermakna BN dapat 450,000 + 492,100 = 942,000 undi keseluruhan.


40% lagi undi bukan Melayu seramai 393,680 orang + 5% undi atas pagar seramai 51,800 orang akan pergi ke PH dan blok pembangkang yg lain, bermakna PH dapat  393,680 + 51,800 = 445,480 undi keseluruhan.


10%  lagi undi bukan Melayu seramai 103,600 orang pergi ke PN. Bermakna PN akan dapat 103,600 undi buka Melayu + 50,000 undi ahli Pas dan Ppbm + 984,200 undi atas pagar.


Maka jumlah undi keseluruhan PN adalah 1,137,800 undi.


Peningkatan pengundi atas pagar adalah disebabkan beberapa faktor.


1. Orang Melayu yg  tidak berparti.


2. Orang Melayu yg serik dengan pemerintahan PH.


3. Orang Melayu yg  benci dengan rejim BN yg korup.


Namun mereka ini boleh menerima Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah yg di angotai Pas, Umno dan PPBM. Tapi menolak Umno jika Umno bergerak solo bersama BN. 


Mereka lebih cenderung menyokong PN setelah kecewa MN terlerai, sebab itu ketika TSMY meletak jawatan, survey yg dibuat oleh UKM mendapati 94% tidak setuju TSMY meletak jawatan.


Analisa ini adalah secara rambang berpandukan senario dan kecenderungan pengundi yg berlaku sekarang. Masa ada seminggu lagi yg boleh mengubah trend pengundian pada hari pengundian nanti.


Analisa ini mendapati persaingan hebat antara BN dan PN. 

PH dan parti pembankang lain termasuk calun bebas dianggap terkeluar dari persaingan.


tq.... 5 Mac 2022.

Pola Pengundian PRN Johor

 POLA PENGUNDIAN PRN JOHOR: MELAYU TOLAK PH, BUKAN MELAYU SUKAR TERIMA PN


Satu pola pengundian yang agak mengejutkan berlaku dalam PRN Johor, iaitu terlihat jelas bahawa PH dalam keadaannya sekarang gagal menarik minat pengundi Melayu.


PRN Johor ini menyaksikan buat kali pertama kita dapat menyaksikan deretan calon PKR dan AMANAH hilang deposit di kerusi majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia.


7 calon PKR yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Azmi Masrani yang hanya mampu memperolehi 1,537 undi di kerusi N18 Sri Medan yang mempunyai 29,248 (89.45%) pengundi Melayu.

2. Haryati Abu Nasir yang hanya mampu memperolehi 1,331 undi di kerusi N20 Semarang yang mempunyai 23,724 (85.54%) pengundi Melayu.

3. Zulinah Johari yang hanya mampu memperolehi 1,529 undi di kerusi N33 Tenggaroh yang mempunyai 31,680 (82.48%) pengundi Melayu.

4. Mohd Fakharuddin Moslim yang hanya mampu memperolehi 1,976 undi di kerusi N35 Pasir Raja yang mempunyai 19,093 (68.08%) pengundi Melayu.

5. Omar Mokhtar A Manap yang hanya mampu memperolehi 1,527 undi di kerusi N37 Johor Lama yang mempunyai 26,840 (82.19%) pengundi Melayu.

6. Rosman Tahir yang hanya mampu memperolehi 800 undi di kerusi N39 Tanjung Surat yang mempunyai 20,106 (80.00%) pengundi Melayu.

7. Haniff @ Ghazali Hosman yang hanya mampu memperolehi 1,200 undi di kerusi N53 Benut yang mempunyai 22,636 (80.37%) pengundi Melayu.


4 calon AMANAH yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

1. Mohammad Fakrulradzi Mahmud yang hanya mampu memperolehi 1,154 undi di kerusi N32 Endau yang mempunyai 22,146 (79.31%) pengundi Melayu.

2. Ahmad Daniel Shahrudin yang hanya mampu memperolehi 2,314 undi di kerusi N34 Panti yang mempunyai 29,407 (76.56%) pengundi Melayu.   

3. Mat Khairi Samsudin yang hanya mampu memperolehi 333 undi di kerusi N36 Sedili yang mempunyai 27,509 (95.99%) pengundi Melayu.

4. Norazila Sanip yang hanya mampu memperolehi 693 undi di kerusi N38 Penawar yang mempunyai 29,179 (97.48%) pengundi Melayu.


Deretan calon PKR dan AMANAH hilang deposit di kerusi majoriti Melayu ini menunjukkan bahawa puncanya bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.


Pada masa yang sama, PN, walaupun menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan di kerusi majoriti Melayu tetapi masih sukar diterima oleh pengundi bukan Melayu.


Fakta ini dapat dilihat bila sebilangan calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan Melayu atau di kerusi campuran, iaitu membabitkan 2 calon BERSATU, 1 calon GERAKAN dan 1 calon PAS.


2 calon BERSATU yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Alagathiran Krishnan yang hanya mampu memperolehi 1,278 undi di kerusi N27 Layang-Layang yang mempunyai 13,724 (54.58%) pengundi Melayu.

2. Wong Chan Giap yang hanya mampu memperolehi 4,116 undi di kerusi N28 Mengkibol yang mempunyai 18,574 (27.99%) pengundi Melayu.  


1 calon GERAKAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Susan Yong Fui Ling yang hanya mampu memperolehi 1,681 undi di kerusi N19 Yong Peng yang mempunyai 11,283 (34.14%) pengundi Melayu.


1 calon PAS yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

1. Selvendran Velu yang hanya mampu memperolehi 1,512 undi di kerusi N30 Paloh yang mempunyai 11,801 (45.69%) pengundi Melayu.


Data ini juga menunjukkan bahawa punca calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan Melayu atau di kerusi campuran bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.


Pucuk pimpinan PH dan PN wajar memandang serius permasalahan yang menimpa mereka ini kerana jika ianya tidak diselesaikan dengan segera nescaya perkara sama boleh berulang dalam PRU 15.


Begitupun, masalah yang jauh lebih memeningkan pastilah perlu difikirkan oleh PEJUANG, WARISAN dan PBM yang semua 24, 7 dan 4 calon mereka hilang wang deposit.


24 calon PEJUANG yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:


1. Mohd Hanafi Ahmad yang hanya mampu memperolehi 190 undi di kerusi N01 Buloh Kasap.

2. Dr Azita Amrin yang hanya mampu memperolehi 247 undi di kerusi N03 Pemanis.

3. Norizan Sahardin yang hanya mampu memperolehi 214 undi di kerusi N04 Kemelah.

4. Mohd Fauzi Bachok yang hanya mampu memperolehi 224 undi di kerusi N05 Tenang.

5. Md Taib Md Suhut yang hanya mampu memperolehi 191 undi di kerusi N07 Bukit Kepong.

6. Mohd Akhiri Mahmood yang hanya mampu memperolehi 196 undi di kerusi N08 Bukit Pasir.

7. Suraya Sulaiman yang hanya mampu memperolehi 220 undi di kerusi N09 Gambir.

8. Muhammad Airel Zabridin yang hanya mampu memperolehi 789 undi di kerusi N10 Tangkak.

9. Abdul Azim Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 332 undi di kerusi N11 Serom.

10. Mahaizal Mahmor yang hanya mampu memperolehi 208 undi di kerusi N13 Simpang Jeram.

11. Datuk Ibrahim Shafe'e yang hanya mampu memperolehi 86 undi di kerusi N14 Bukit Naning.

12. Riad Ahmad yang hanya mampu memperolehi 292 undi di kerusi N15 Maharani.

13. Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N16 Sungai Balang.

14. Mahdzir Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 361 undi di kerusi N17 Semerah.

15. Mohd Firdaus Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 159 undi di kerusi N18 Sri Medan.

16. Adzlan Raju yang hanya mampu memperolehi 230 undi di kerusi N20 Semarang.

17. Mohd Ridhauddin Mohd Tahir yang hanya mampu memperolehi 239 undi di kerusi N21 Parit Yaani.

18. Abdul Lateef Mahrani yang hanya mampu memperolehi 510 undi di kerusi N22 Parit Raja.

19. Zalihah Jaafar yang hanya mampu memperolehi 168 undi di kerusi N24 Senggarang.

20. Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang hanya mampu memperolehi 206 undi di kerusi N25 Rengit.

21. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang hanya mampu memperolehi 465 undi di kerusi N26 Machap.

22. Ahmad Shafiq Othaman yang hanya mampu memperolehi 164 undi di kerusi N27 Layang-Layang.

23. Aminuddin Johari yang hanya mampu memperolehi 181 undi di kerusi N30 Paloh.

24. Rosdi Amir yang hanya mampu memperolehi 273 undi di kerusi N31 Kahang.

25. Mohd Noorhisyam Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 145 undi di kerusi N32 Endau.

26. Mohd Firdaus Abd Rahman yang hanya mampu memperolehi 213 undi di kerusi N33 Tenggaroh.

27. Ahmade Mohd. Din yang hanya mampu memperolehi 334 undi di kerusi N34 Panti.

28. Mohd Yusri Yusof yang hanya mampu memperolehi 265 undi di kerusi N35 Pasir Raja.

29. Tariq Ismail Mustafa yang hanya mampu memperolehi 211 undi di kerusi N36 Sedili.

30. Mohd Shukor Ahmad yang hanya mampu memperolehi 268 undi di kerusi N37 Johor Lama.

31. Rahmattullah Kamilin yang hanya mampu memperolehi 521 undi di kerusi N38 Penawar.

32. Samat Atan yang hanya mampu memperolehi 110 undi di kerusi N39 Tanjung Surat.

33. Datuk Abdul Aziz Harun yang hanya mampu memperolehi 1,391 undi di kerusi N40 Tiram.

34. Ts Dr Khairil Anwar Razali yang hanya mampu memperolehi 2,468 undi di kerusi N41 Puteri Wangsa.

35. Mahaya Ahad yang hanya mampu memperolehi 1,036 undi di kerusi N43 Permas.

36. Mohamad Riadz Tan Sri Mohamad Hashim yang hanya mampu memperolehi 810 undi di kerusi N44 Larkin.

37. Nornekman Datuk Osman yang hanya mampu memperolehi 1,358 undi di kerusi N47 Kempas.  

38. Dr Zaini Abu Bakar yang hanya mampu memperolehi 1,308 undi di kerusi N49 Kota Iskandar.

39. Mokhtar Abdul Wahab yang hanya mampu memperolehi 385 undi di kerusi N50 Bukit Permai.

40. Iskandar Noor Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 139 undi di kerusi N53 Benut.

41. Abd Rashid Abd. Hadi yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N54 Pulai Sebatang.

42. Zamzam Hashim yang hanya mampu memperolehi 927 undi di kerusi N56 Kukup.


6 calon WARISAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Sandara Segaran Arumugam yang hanya mampu memperolehi 330 undi di kerusi N06 Bekok.

2. Mohamed Noor Suleiman yang hanya mampu memperolehi 555 undi di kerusi N29 Mahkota.

Prestasi Perikatan Nasional PRN Johor

 *Prestasi Perikatan Nasional PRN Johor*


*DUN Menang: 3*


1. N32 Endau

*PN: 8433*

PH: 1154

BN: 5392

Pejuang: 145

Majoriti: *3041*

Keluar Undi: 54.44%


2. N15 Maharani

*PN: 7559*

PH: 6522

BN: 5861

Pejuang: 292

Majoriti: *1037*

Keluar Undi: 54.45%


3. N7 Bukit Kepong

*PN: 9873*

BN: 9163

Muda: 3076

Pejuang: 191

Majoriti: 710

Keluar Undi: 59.48%


*DUN Kalah Tipis (Marginal)*


1. N8 Bukit Pasir

PN: 5850

BN: 6048

PH: 4676

Pejuang: 196

Majoriti: 198 (BN)

Keluar Undi: 53.34%


2. N11 Serom

PN: 7808

BN: 8507

PH: 5509

Pejuang: 332

Majoriti: 699 (BN)

Keluar Undi: 56.78%


N33 Tenggaroh 

PN: 9172

BN: 10,528

PH: 1529

Pejuang: 213

Majoriti: 1356 (BN)

Keluar Undi: 55.83%


Pertambahan peratus undi popular BN adalah 4.3% berbanding PRU14.


Jika dalam PRN Melaka, peningkatan peratus undi popular PAS (dari bersendirian kepada gabungan, PN) ialah 12.4% kini peningkatan itu melonjak lagi di Johor ke 16.35%, menjadikan undi popular dalam PN di Johor ialah 24.23%. Yang merosot teruk adalah PH dan rakan2 sekutunya.


Maknanya, penyertaan PAS dalam PN menguntungkan PAS. Cuma hakikat yang terpaksa diterima.. Johor dan Melaka sejak lama bukanlah tanah subur bagi PAS.


Jika lonjakan sokongan diterima PAS itu konsisten di seluruh negara (hasil gabungan dalam PN) insyaAllah PAS tiada masalah pertahankan KEDAH, Kelantan dan Terengganu. Di samping menambah kerusi di negeri2 lain.


Zulkefli Yahaya..

Senarai nama Tahlil di surau Taman Desa Mutiara, Simpang 4, Balik Pulau

 Senarai nama arwah untuk disedekah kan bacaan yassin dan tahlil pada 26 Mac, 2021 jam 9.30 pagi

 

( Mohon buat semakan untuk dikeluarkan atau ditambah )

Kemas-kini : 13/3/22


1.Hj Ali bin Wan

2.Hjj Rubiah bt Hambiah

3.Mat Zain bin Sulaiman

4.Som bt Hussein

5.Norbee bt Ismail

6.Man Bin Awang

7.Rahimah Binti Man

8-Rohayu Binti Man

9.Ismail bin Abdullah

10.Chik bt Man

11.Abdul Latib bin Abdul Majid

12.Kasim b mirasa

13.Gayah bt ismail

14.Abu bakar bin kasim

15.Jamaludin b.kasim

16.Lasiah bt.baiq

17.Ismail b.kadir

18.Ahmad bin salleh

19.Jamilah bt Hassan

20.Abdul Aziz b.Buyok

21.Ahmad b.kasim

22.Hatijah bt Mat

23.Zakaria b Ahmad

24.Esah bt Ishaq

25.Rosmina bt Ahmad

26.Nosrol b.Ahmad

27.Fatimah bt Ahmad

28.Norhayati bt Ahmad

29.Norsiah bt Ahmad

30.Rahmah bt Ahmad

31.Nordin b Ahmad

32.Md.Tahir b.Zakaria

33.Ahmad b.Zakaria

34.NorHaslinda bt Yahya

35.Faridah bt Putih

36.Muzalifah bt Putih

37.Hjj Minah bt.Romli

38.Hj Zainul b Che Mat

39.Rusdhi b.Hj Sulaiman

40.Saadiah bt Sharif

41.Hj Sulaiman

42.Abu Bakar b.Abdullah

43.Azizah bt Saad

44.Ismail b. Panjang Abu Hassan

45.Panjang Abu Hassan b.Ngah Rani

46.Zainab bt Panjang Majid

47.Salleh b Ali

48.Aminah bt Sutan Sarif

49.Mat Nik b.Sagaf

50.Azimah bt Alias

51.Alias b.Ahmad

52.Abdul Samad b. Abdul Rahman

53.Mustaffa b.Hashim

54.Halijah bt Lidin

55.Hashim b.Noh

56.Embun bt Abdullah

57.Salasiah bt Hawa

58.Muzlihah bt Mustafa

59.Rosli Bin Mat

60.Ramlah Binti Yaacob

61.Fazal Rahman Bin Musa Dali

62.Mat Bin Kasa

63.Soknah Bin jusuh

64.Muzlia bt Mustafa

65.Mat Lazim b.Mohammad

66.Zulkifli b. Mat Lazim

67.Rosli b.Mat Lazim

68.Othman b.Zubir

69.Fatimah bt Saleh

70.Yusoff b. Hashim

71.Hashim b.Akib

72.Rashid b. Hj Saad

73.Tauhid b.Sadan

74.Ahmad b.Rejab

75.Pah bt Harun

76.Sainah bt Yunus

77.Puteh bt Akob

78.Yah bt Hawa

79.Saari Saud

80.Jamnah bt Karim

81.Ramlah

82.Abdul Karim

83.Saud

84.Leha

85.Puteh b.Abdullah

86.Bashah bt Yatim

87.Din b Puteh

88.Umil Kalsum bt Puteh

89.Umar b Puteh

90.Azmi b Ismail

91. Ayob b Ahmad

92. Zaid bin Zainol

93. Ramlah bin Ahmad

94. Hussain bin Salleh

95. Jainah 

96. Zainab bin Hussain

97.Othman b Hasim

98.Zainab bt Rahim

99.Noriman Othman

100.Latif b Harun

101.Puteh Yunus

102. Haji Othman & isteri

103. Zakaria bin Baharum

104. Abdul Rahim Haji Sulaiman

105. Salmi Haji Sulaiman

106.Faridah Haji Sulaiman

107.Yahya bin Zakaria

108. Mohd Azwan bin Mat Zain

109 Said bin Ahmad

110 Ramlah Bt Ngah

111 Ana Othman

112 Abdul Rahim bin Junid

113 Ramlah bte Md Noor

114 Razali bin Shariff

115 Yahya bin Zakaria

116 Ishak bin Ibrahim

117 Yahaya bin Nordin

118 Md Saad bin Seman

119 Abdul Yamin bin Khalid

120 Siti bte Abdul Yamin

Tazkirah Ramadan : 5 Kekuatan dalam bulan Ramadan

 5 kekuatan dalam bulan Ramadan :

1. Kekuatan Ruhiyyah :

-من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله متقدم من ذنبه 

( Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu)

- Daripada Abu Hurairah RA, Riwayat al Bukhari dan Muslim.


2. Kekuatan Jasadiyyah :

i  ) perang badar 

-  tahun 2 H

- muslim 313, kafir 1000

ii ) perang khandaq/ahzab/parit

- tahun 5 H

- muslim 3,000, kafir 10,000

iii) Fathu Mekah 

- tahun 8 H

iv ) perang Tabuk :

- tahun 9 H 

3. Kekuatan Saqafiyyah :

- Iman

- Solat 

- Zakat 


Imam Ibnu 'Abd al-Barr rhm dalam kitabnya Jami' al-'Ulum wa al-Hikam menukilkan kata2 Ibn 'Abbas r.a (sebahagian ulama' menyatakan ia adalah hadith mawquf) iaitu :


تذاكر العلم بعض ليلة أحبُّ إليَّ من إحيائها


"Membincangkan (membahaskan tentang) ilmu pada sebahagian malam lebih aku sukai daripada menghidupkannya (malam itu) dengan ibadah2 sunat..."


4. Kekuatan Maliyyah :

- zakat fitrah

- wakaf


" Makan sedap-sedap, kahwin kerap-kerap "

Taklimat Zakat

 Zakat 

Erti :

Suci dan subur


Erti pada istilah syarak :

Mengeluar harta yang tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat tertentu kepada asnaf tertentu.


Syarat Wajib :

1. Islam

2. Merdeka

3. Milik yang Sempurna

4. Cukup Hisab :

85g emas - 20 misqal

5. Cukup Haul

364 hari Hijriah

6. Berkembang :

- haiwan kenderaan, rumah kediaman, perabut dan alat pekerjaan.

Dalil zakat :

خذ من امولهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها وصل عليهم ان صلوتك سكن لهم والله سميع عليم 

Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya membersihkan mereka ( dari dosa ) dan mensucikan mereka ( dari akhlak buruk ) dan doakanlah mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi  ketenteramkan bagi mereka. Dan ( ingatlah ) Allah  maha mendengar lagi maha mengetahui.

( Al Taubah :103)


Zakat Pendapatan :

Harta perolehan dari hasil usaha tanpa proses jual-beli seperti gaji, upah, elaun dan seumpamanya.

Kadar 2.5% daripada pendapatan kasar setahun.


Zakat Fitrah :

Sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka akhir ramadan.


Asnaf Zakat :

1. Fakir

2. Miskin

3. Amil 

4. Mualaf

5. Al Riqab - hamba yang dijanjikan untuk merdeka.

6. Orang berhutang

7. Fisabillah : Individu atau institusi yg mempertahankan dan mendakwah Islam

8. Ibnu Sabil :

Orang yang dalam perjalanan memerlukan bantuan

KIAS pada 6 Mac 2022



 Gambar kenangan didepan asrama lelaki, Kolej Universiti Islam Antarabangsa ( KIAS ) Nilam Puri, Kelantan pada 6 Mac 2022

Depan KIAS Nilam Puri, Kelantan 5.3.2022


 

Amalan Murah Rezeki

 Sebelum masuk rumah seperti ditempat parking atau nak lif, baca :

1. Alfatihah 1 X

2. Surah al Ikhlas 3 X 

3. Beri salam kepada Rasullah 

4. Selawat 1 X 

5. Ayat Kerusi 1 X