Zakat
Erti :
Suci dan subur
Erti pada istilah syarak :
Mengeluar harta yang tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat tertentu kepada asnaf tertentu.
Syarat Wajib :
1. Islam
2. Merdeka
3. Milik yang Sempurna
4. Cukup Hisab :
85g emas - 20 misqal
5. Cukup Haul
364 hari Hijriah
6. Berkembang :
- haiwan kenderaan, rumah kediaman, perabut dan alat pekerjaan.
Dalil zakat :
خذ من امولهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها وصل عليهم ان صلوتك سكن لهم والله سميع عليم
Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya membersihkan mereka ( dari dosa ) dan mensucikan mereka ( dari akhlak buruk ) dan doakanlah mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteramkan bagi mereka. Dan ( ingatlah ) Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.
( Al Taubah :103)
Zakat Pendapatan :
Harta perolehan dari hasil usaha tanpa proses jual-beli seperti gaji, upah, elaun dan seumpamanya.
Kadar 2.5% daripada pendapatan kasar setahun.
Zakat Fitrah :
Sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka akhir ramadan.
Asnaf Zakat :
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Mualaf
5. Al Riqab - hamba yang dijanjikan untuk merdeka.
6. Orang berhutang
7. Fisabillah : Individu atau institusi yg mempertahankan dan mendakwah Islam
8. Ibnu Sabil :
Orang yang dalam perjalanan memerlukan bantuan
No comments:
Post a Comment