PSR = TAMBAK 3 PULAU DI SELATAN P.PINANG.
PTMP: PENANG TRANSPORT MASTER PLAN ( PLAN INDUK PENGANGKUTAN P.PINANG )
Apakah objektifnya atau matlamatnya??? Iaitu untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di dalam pulau dan seberang. Objektifnya murni.wajar semua pihak menyokongnya ,tetapi yang timbulnya pertikaian disini ialah berlakunya penyimpangan yang ketara daripada matlamat asalnya.
Ada beberapa pertikaian iaitu:-
1. Konsultan yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya iaitu Halcrow yang menampilkan PTMP ( plan induk pengangkutan P.Pinang )ditukarkan kepada SRS yang dilihat menampilkan konsep " PDMP ( Penang Develope master Plan ) bukan lagi PTMP. Bukankah PTMP objektifnya untuk menangani kesesakan trafik??? Bukankah dah nampak penyimpangan matlamat??? Logiklah ada penyimpangan kerana bidang kepakarannya ialah sebagai Pihak pemaju.
Dalam hal ini pakej Halcrow antaranya mencadangkan:-
1.Kawasan memasukkan kereta terhad dan bercaj.
2.Kawasan letak kenderaan terkawal
3.kawasan pembaikan ruang perjalan kaki.
4.penambahbikan persimpangan
5.Kawasan hentian,park and ride.
6.Penambahbaikan lebuhraya sedia ada.
7.Beberapa jalan baharu.
8.Laluan khas BRT & Tram
9.Memperkenalkan perkhidmatan Komuter
10.Penambahbaikan laluan baru untuk feri.
Rancangan Halcrow ini dilaksanakan secara berperingkat hingga tahun 2030.
Kita boleh lihat disini,tiada PSR bukan?? Fokusnya betul iaitu menyelesaikan masalah kesesakan trafik.
Kos yang dianggarkan ketika itu hanya dalam lingkungan Rm 10 billion Sahaja.
Bila wujud plan SRS, wujudlah cadangan :-
1.LRT (kos 8.5 billion )
2.PIL 1 ( Penang island link 1 )- kosnya RM 7.5 -9.5 billion untuk 19.5km ( 1 km menghampiri RM 500 juta ).
Zenith pula mengendalikan :-
1.Terowong bawah laut Gurney ke Bagan Ajam,Butterworth.
2. 3 pakej jalan berkembar.
Kos plan versi SRS dan patnernya mencecah hingga RM 46 billion .maka untuk mendanai projek mega tersebut timbullah cadangan PSR (Tambak 3 Pulau untuk buat modai projek mega tu )
Ini yang jadinya.suka saya tegaskan disini,kita bukannya anti PTMP.kita tak boleh terima PSR...PSR....PSR. kaji semula PTMP supaya balik ke pangkal jalan iaitu objektifnya. Kecilkan skalanya kepada hal yang berpatutan ,supaya musibah yang timbul akibat PTMP tidak akan ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang berketurunan .
PSR pula menjanjikan kerosakkan total bukan sahaja Pulau Pinang bahkan melibatkan negeri jiran iaitu Perak sebagai salah satu pihak pembekal pasir dan Kedah dikatakan membekal kuari batu-batan.kerosakan di laut yang jadi ketakutan demi food sekuriti untuk rakyat mendapatkan ikan segar daripada nelayan tempatan.
Kerajaan !!! Baliklah ke pangkal jalan kalau betul bertindak sebagai kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kemaslahatan rakyat,bukannya mengambil kesempatan di atas kelemahan rakyat.
No comments:
Post a Comment