SUATU KETIKA LORI PENGANGKUT BERAS TIBA DI SEBUAH KEDAI, RAMAI ORANG BEREBUT UNTUK MEMBELI DARINYA.
Pembeli beratur panjang menunggu giliran membeli sehingga tiba giliran seorang wanita tua miskin, dengan tangan gementar menghulurkan gelas yang dibawanya kepada penjual beras.
“AKU TAK MAMPU MEMBELI BERASMU, SUDIKAH ENGKAU BERSEDEKAH PADAKU CUMA SEGELAS BERAS SAHAJA?”
“TIDAK, AKU TAK BOLEH MEMBERIMU SEGELAS BELAS!” kata si penjual.
Tetapi kemudian si penjual menyuruh pembantunya untuk membawa sekarung beras dan menghantarkannya ke rumah wanita tua itu.
Wanita tua menerimanya dengan mata yg berkaca kerana tak percaya apa yg telah terjadi.
Air mata bahagia mengalir deras di pipi tuanya.
Seorang pembeli yang tadinya berdiri di belakang wanita bertanya pada si penjual beras, "Tuan, bukankah yang diminta wanita tua tu hanya segelas beras, mengapa tuan memberinya sekarung beras?"
INI JAWAPAN SI PENJUAL:
"Itu kerana dia meminta sesuai dengan keperluannya, sedangkan aku memberi sesuai kemampuanku."
"Aku melakukan itu kerana begitu pula yang TUHANKU lakukan kepadaku selama ini."
"Setiap kali aku meminta kepada-NYA apa yang aku inginkan, DIA selalu memberiku berdasarkan kuasa-NYA."
"Dan pemberian-NYA bukan hanya sekadar cukup, malahan selalu lebih dari cukup."
Begitulah hebatnya TUHAN kita memberi kepada setiap makhluknya.
Banyak kali kita meminta kepada-NYA dan DIA memberi lebih dari apa yg kita perlu.
Begitulah pemurahnya TUHAN kita. RahmatNYA maha luas sehingga tak terbilang apa yg telah diberikan kepada kita.
Sekiranya hanya sedikit yg mampu disedekahkan, teruskanlah bersedekah semampunya.
Kecil yg kita lihat, sungguh besarnya ganjaran pahala yg kita dapat.
Teruslah berjuang untuk agama ini. Bantulah kami untuk mengembangkan agama ini dengan menyumbang kepada pembinaan Pondok Moden Al-Rahimiyah di Maran.
Jangan tangguh untuk bersedekah.
Klik butang “Learn More” atau link di video ini.
Semoga dengan sedekah ikhlas ini menjadi saksi kita di sana nanti.i kita di sana nanti.
No comments:
Post a Comment