Thursday, June 16, 2022

Laporan EIA, PSR.

 Tudia


Laporan EIA PSR, surat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar, 25 Jun 2019


Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar


Pihak Jabatan ini ingin menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa pembangunan projek akan menyebabkan kemusnahan kekal dan residual impact ke atas ekosistem dataran lumpur (mudflat), fishing ground, kawasan pendaratan penyu, dan sebahagian terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting kepada sumber perikanan. Kemusnahan kekal ini akan memberi impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan dan jaminan sumber bekalan makanan negara. Dalam hal ini Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah memastikan pelaksana projek memberi perhatian serius terhadap residual impact dan melaksanakan semua langkah mitigasi tanpa gagal dengan nasihat teknikal jabatan berkaitan terutama Jabatan Perikanan Malaysia. Antara perkara­ perkara yang wajar dititikberatkan termasuk:-

 

(a) Offset Programme


(i) Offset Programme bagi kehilangan kekal di atas hendaklah diselaraskan sebagai sebahagian daripada Penang OffSet Masterplan antaranya merangkumi :-


- Tukun tiruan

- Fishery Aggregating Device (FAD)

- Penanaman semula bakau dengan nasihat Jabatan Perhutanan dan agensi teknikal berkaitan.

- Pelepasan benih ikan

- Stuktur eco engineering pada lapis lindung pantai

- Menyediakan dana untuk kajian dan penyelidikan penyu dan terumbu karang

- Lain-lain dari cadangan Offset programme dalam bab 8, langkah-langkah kawalan


(ii) Kajian teknikal terperinci dan ulasan Jabatan teknikal hendaklah dilaksanakan sebelum pelaksanaan Offset programme di atas;


(iii) Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Offset Programme dengan melibatkan agensi teknikal berkaitan bagi memantau pelaksanaan Offset programme yang dicadangkan di dalam Laporan EIA; dan


(iv) Offset Programme ini hendaklah dipantau secara berkala dan diaudit bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Laporan pemantauan Offset programme ini hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Offset Programme.

No comments:

Post a Comment