Assl, saya teringat catatan seminar yg pernah sy hadiri sekitar thn 2017. Di antara lainnya Tuan, saya peranan, cabaran dan kekangan yg dihadapi oleh para asatizah/pihak berkuasa/mereka yg diberi tanggungjawab mengikut peranan masing² di dalam mendepani isu penyelewengan aqidah @ ajaran sesat.
Saya kongsikan catatan sy utk makluman bersama👇
*Catatan seminar*
Seminar Mendepani Isu Semasa Daerah Hulu Langat 2017, KUIS, 5/4/17
Pembentangan 2: Kesan Penularan Ajaran Sesat ke Arah Ancaman Terrorisme - Najmuddin Abdul Karim, Perancangan & Penyelidikan JAKIM
Ancaman terhadap ASWJ:
1. Ajaran baharu.
- contohnya ajaran hj Kahar(rasul melayu)
Jakim tak iktiraf terhadap mana2 tariqat di Malaysia.
- *Bidang agama berada di dlm bidang kuasa fatwa negeri. Kebangsaan tak ada bidang kuasa tersebut.*
2. Serangan pemikiran
- liberalisme, pluralisme,
- cth gerakan Sister in Islam - difatwa seleweng oleh Selangor
Akta 164 (sama mcm tuntutan IFC):
- Pasangan yg bukan Islam berkahwin, salah seorang pasangan masuk Islam, anak mengikut pasangan yg masuk Islam. Tetapi akta ini meluluskan anak yg berumur 18 thn boleh keputusan sendiri
3. Militan
4. Gerakan anti mazhab - isu wahabi
Dasar Jakim - wahabi adalah kelompok ASWJ, tetapi tidak dibenarkan utk disebarluaskan di Malaysia. Nak amalkan secara peribadi adalah dibenarkan.
Berbeza dgn negeri yg menyesatkan fahaman ini.
Ajaran sesat bukan perkara baharu.
1. Bermula sejak zaman Nabi SAW
2. Di Malaysia ia bermula 1870 an:
Ajaran Taslim - Hj Ahmad Matahari:
- tunai haji di bukit kg Seronok
- tak payah solat Jumaat (bilal azan, jimak dgn isteri ketika itu, dpt pahala solat Jumaat, alasan karutnya ialah, Nabi Adam dan Hawa bertemu di Jabal Rahmat, semasa pertemuan tersebut tepat ketika solat Jumaat, mengadakan hubungan intim)
*Kekangan terhadap penghapusan ajaran sesat:*
1. *Manipulasi yg dilakukan oleh ajaran sesat terhadap loophole (kelompongan) undang2 yg ada. Contoh 1, jika Selangor mengharamkan sesuatu ajarannya, maka ada lagi kerajaan negeri lain yg tidak mengharamkannya, lalu operasinya masih berterusan di negeri lain. Contoh 2- guna nama lain dgn ajaran yg sama, walaupun di Selangor juga, tetapi fatwa dan warta sesat terhadap ajaran tersebut dgn nama yg baharu agak lama utk dikeluarkan dan diambil tindakan.*
2. *Fatwa tidak mengikat sehingga warta dikeluarkan baru tindakan boleh dibuat terhadap ajaran sesat. Warta memerlukan masa 1 tahun untuk dikeluarkan*.
Ancaman terhadap:
1. Akidah, syariat dan akhlak
2. Keselamatan Negara
- (yg ini tidak termasuk dlm bidang kuasa badan agama)
Isunya, ajaran sesat yg ada 'backup' / org kuat di belakang dan tidak mengancan negara, sukar dihapuskan. Contohnya, ajaran bomoh Ibrahim Mat Zin sukar dihapuskan kerana tak ancam keselanatan negara dan mungkin ada org kuat di belakang.
Ajaran yg membawa keganasan:
1. Tafsiran alQuran secara literal(zahir).
Cth 1 - ayat di dlm surah AtTaubah yg menyeru pembunuhan tersebut ditafsirkan secara literal - boleh bunuh semua org bukan Islam.
Cth 2 - Pegangan IS: Demokrasi itu haram. Sesiapa yg mengamalkannya wajib ditentang dan diperangai. Malaysia yg mengamalkan demokrasi boleh diperangi.
Ayat alQuran yg dipegang " Sesiapa yg tidak menghukum dgn apa yg diturunkan Allah, maka mereka adalah org2 kafir"
2. Tafsiran alQuran & hadis sesuka hati
Cth 1- ajaran Millah Abraham,
Surah AsSof - من بعد اسمه احمد....
Ketua ajaran ini di Indonesia, bernama Ahmad, mengaku bhw Ahmad dlm ayat tersebut adalah dirinya.
Cth 2- ajaran ayah Pin, ayat "inna lillahi..."
"Sesungguhnya kita dari Allah, dan kpd Allah kita kembali"
Tafsiran menyeleweng ayah Pin "Sesungguhnya kita ini berasal drp Allah, dan mati esok nanti kembali jadi Allah"
3. Dakwaan guru sebagai Nabi/Imam Mahdi
- sebarang arahan guru tak boleh dibantah, sebab sama mcm arahan Nabi
4. Manhaj Takfir Terhadap Golongan yg tidak sealiran
5. Arahan guru tidak boleh dibantah
- Nikah batin (hanya guru shj), saksi nikah Allah dan malaikat, maharnya air mani tok guru.
Survey by an international organisation, sebab²:
1. Stat
us seekers - terdesak mencari sesuatu dlm hidup spt masalah kewangan dll. Mereka yg trlibat dgn IS dijanjikan spt ini mulanya
2. Indentity seekers - hidup terasing
3. Revenge seekers - balas dendam
4. Redemption seekers - ganjaran spt syurga, mati syahid dll
5. Responsibility seekers - tanggungjawab yg perlu dilaksanaksn
6. Thrill seekers - mencari sesuatu yg mencabar
7. Ideology seekers - mencari ideologi
8. Justice seekers - cari keadilan
9. Death seekers - mati lebih senang
No comments:
Post a Comment