ISU TAJRIBAH ULAMA
Tajribah bermaksud pengalaman dan percubaan yang dilalui oleh para ulama. Pengalaman ini disampaikan kepada para muridnya dan mereka menyakini ia tidaklah termasuk dalam perkara ditegah dalam agama.
1-Imam ibn Qayyim menulis daripada tajribah assalikin yang telah dicuba oleh mereka dan mereka mengatakan ia benar : sesiapa yang melazimi (يا حي يا قيوم لا إله إلا أنت ) Allah akan mewariskan hidupnya hati dan aqal. Begitu pula imam ibn Taimiyyah amat menjaga amalan ini bahkan menyebut kepadaku : sesiapa melazimi (يا حي يا قيوم ، لا إله إلا أنت ، برحمتك أستغيث) 40 kali selama 40 hari antara sunat subuh dan solat fardu subuh terhasil subur hatinya tidak mati. (Madarij alsalikin, Imam Ibn Qayyim : 1152)
ومن تجريبات السالكين التي جربوها فألفوها صحيحة أن من أدمن يا حي يا قيوم لا إله إلا أنت أورثه ذلك حياة القلب والعقل .
وكان شيخ الإسلام ابن تيمية قدس الله روحه شديد اللهج بها جدا ، وقال لي يوما : لهذين الاسمين وهما الحي القيوم تأثير عظيم في حياة القلب ، وكان يشير إلى أنهما الاسم الأعظم ، وسمعته يقول : من واظب على أربعين مرة كل يوم بين سنة الفجر وصلاة الفجر يا حي يا قيوم ، لا إله إلا أنت ، برحمتك أستغيث حصلت له حياة القلب ، ولم يمت قلبه
2-Dalam kitab alfawaid pula, beliau menulis sesiapa yang membaca doa nabi ayyub 7 kali akan dilepaskan masalah dan kepayahannya. (وقد جرب أنه من قالها سبع مرات) iaitu telah DICUBA (TAJRIBAH) bahawa sesiapa membacanya 7 kali.. (alfawaid hal 92)
3-Diriwayatkan oleh imam al darimi dan dari tariq abdah dari zirr bin hubaisy berkata : sesiapa yang membaca akhir surah alkahfi dengan tujuan ingin bangun malam pada waktu tertentu, nescaya dia akan bangun. Kata abdah kami telah mencubanya (TAJRIBAH) dan memang berlaku (alitqan fi ulum alquran, Imam alSuyuti 2/162)
3406 حدثنا محمد بن كثير عن الأوزاعي عن عبدة عن زر بن حبيش قال من قرأ آخر سورة الكهف لساعة يريد يقوم من الليل قامها قال عبدة فجربناه فوجدناه كذلك
4-Sesiapa yang membaca yasin pada waktu pagi ia akan gembira hingga ke petang. Sesiapa membacanya waktu petang akan gembira hingga pagi. Orang yang telah mencubanya (TAJRIBAH) mengkhabarkan kepada kami
(mawsu’ah ulum alquran, dr abd alqadir Mansur hal 236)
وَأَخْرَجَ أَيْضًا عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ قَالَ مَنْ قَرَأَ يس إِذَا أَصْبَحَ لَمْ
يَزَلْ فِي فَرَحٍ حَتَّى يُمْسِيَ وَمَنْ قَرَأَهَا إِذَا أَمْسَى لَمْ يَزَلْ فِي فَرَحٍ حَتَّى يُصْبِحَ أَخْبَرَنَا مَنْ جَرَّبَ ذَلِكَ
5-Hakikatnya banyak sekali tajribah ini dalam kitab2 turath. Imam ibn Taimiyyah dan ibn Qayyim adalah panutan kuat golongan bergelar salafi, namun mereka berdua masih menerima TAJRIBAH di kalangan ulama.
No comments:
Post a Comment