*MENGHIDUPKAN KEMBALI KISAH PADANG TOK SYEIKH*
https://twitter.com/UmmahMediaNet/status/1430759611225632773?s=19
https://www.facebook.com/2015269015230289/posts/4294064064017428/
.
Kehangatan kisah Unit Amal solat di atas bukit ini telah membangkitkan satu legasi yang ramai belum tahu iaitu kisah Masjid Padang Tok Sheikh Kedah yang merupakan masjid tertua di Malaysia yang berada di Puncak Jerai.
.
Siapa Tok Sheikh ini sehingga namanya ternukil dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan kekal disebut hingga ke hari ini?
.
Padang Tok Sheikh ialah tempat yang terkenal yang disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa di mana terletaknya makam Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Al-Qumairi dari Yaman.
Sheikh Abdullah ialah ulama yang mengislamkan Maharaja Derbar Raja, pemerintah Kedah Tua pada tahun 1136 Masihi. Maharaja Derbar Raja menukar nama kepada Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah, Sultan Negeri Kedah ke-9 setelah memeluk Islam.
Sebuah menara dibina atas Gunung Jerai dengan titah Sultan Muzaffar Shah sebagai tempat melaungkan azan di samping memperingati pengislaman baginda dan pertukaran nama negeri 'Kalaha' kepada 'Kedah'.
Sheikh Abdullah meninggal dunia semasa memantau pembinaan menara tersebut. Beliau dikebumikan di kawasan rata berhampiran menara azan tersebut dan kawasan tersebut kemudian dikenali sebagai Padang Tok Sheikh, bersempena nama beliau.
.
No comments:
Post a Comment